Anda tahu tak, penjagaan kehamilan trimester pertama adalah sangat penting dan perlu dijaga dengan betul? Sebabnya kerana… dalam tempoh ini sebarang kemungkinan seperti keguguran boleh berlaku.
Kehamilan kan satu saat yang ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri dan pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan tubuh sihat untuk memiliki zuriat.
Apatah lagi, kesihatan fizikal dan mental anak yang bakal lahir sebenarnya dipengaruhi oleh penjagaan kehamilan trimester pertama sehingga ketiga.
Berikut antara penjagaan kehamilan trimester pertama yang harus anda lakukan:
6 penjagaan kehamilan trimester pertama
1. Amalkan makanan tambahan
Kredit: Hello Sehat
Kalau nak tahu, secara lazimnya, kecacatan yang membabitkan organ tubuh bayi terjadi saat di trimester pertama kehamilan. Itu sebabnya penjagaan kehamilan trimester pertama sangat penting pada masa ini.
- Ambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin.
- Karbohidrat dapat beri tenaga kepada bayi dan ibu hamil.
- Protein pula bagi pertumbuhan dan pembinaan tisu tubuh bayi dan ibu.
- Bagi mencegah jangkitan penyakit pada janin dalam kandungan, ibu perlu ambil vitamin dan zat galian yang mencukupi.
2. Jangan ambil ubat tanpa kebenaran doktor
3. Berhenti merokok
Memang tak dinafikan, ada segelintir wanita yang merokok atau terdedah pada persekitaran yang ada asap rokok. Jadi, jika anda seorang perokok, adalah lebih baik anda berhenti ketika mula merancang untuk mengandung.
Ia adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang dikandung sihat dan jauh dari sebarang risiko tertentu.
Jika masih berdegil dan tetap merokok ketika hamil, risikonya adalah bayi cacat anggota, masalah sistem pernafasan, sakit jantung dan menyebabkan kematian.
4. Tidak terlalu banyak buat aktiviti lasak
Kredit: Baby Center
Bagi wanita yang bunting pelamin, mungkin mereka tidak mempunyai ilmu kehamilan yang mencukupi hingga tak sedar diri sedang berbadan dua.
Akibat itu, mereka melakukan kerja-kerja berat lalu menjadi punca keguguran terutama yang mempunyai masalah rahim rendah.
- Jika merasakan diri sedang bunting pelamin, banyakkan berehat dan kurangkan kerja-kerja berat.
- Penjagaan kehamilan trimester pertama adalah sangat penting sehingga bersalin. Namun, risiko untuk keguguran adalah sangat tinggi di trimester pertama berbanding kedua dan ketiga.
5. Kawal emosi dan elak stres
- Secara umumnya, wanita yang hamil cenderung memiliki emosi yang sesitif dan mudah tersinggung.
- Oleh sebab itu, ibu perlu mempersiapkan diri supaya banyakkan bersabar dengan hal tertentu dan tangani secara berhemah. Secara tak langsung, mood bayi dan ibu sentiasa dalam keadaan baik.
6. Rehat jika sudah penat
- Sekiranya penat setelah melakukan sebarang aktiviti, rehatlah sebentar. Jangan terlalu memaksa diri yang sedang berbadan dua itu. Kasihan pada bayi dalam kandungan dan tubuh anda.
- Bagi wanita bekerja, jangan terlalu memikirkan hal kerja hingga terbawa-bawa ke rumah. Jika boleh, sampai saja di rumah berehatlah dan freshkan minda anda.
- Perhatikan juga posisi tidur yang selesa ketika hamil supaya tidur malam tidak terganggu.
Makanan dalam penjagaan kehamilan trimester pertama
Kredit: Klikdokter
1 – Buah-buahan
- Banyakkan makan buah-buahan semasa di trimester pertama tapi hindari makan betik muda, durian dan nanas.
- Pilihan buah segar adalah sangat disyorkan seperti pisang, epal, anggur dan lain-lain.
- Jangan lupa makan buah berserat supaya pencernaan tetap lancar saat hamil.
2 – Sayur-sayuran
- Sayur-sayuran adalah menu yang sesuai bagi mengelak mual atau morning sickness.
- Bahkan, sayur juga mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan janin.
- Antara sayur yang bagus diamalkan seperti sawi,bayam dan brokoli.
3 – Kekacang
- Asam folat juga terkandung dalam beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang merah.
- Kekacang ini juga mengandungi B3 yang baik untuk kesihatan ibu dan janin dalam kandungan.
- Anda boleh menikmatinya dengan cara memasak bubur atau buat susu soya homemade.
4 – Makanan laut
- Kandungan omega 3 dalam ikan bagus untuk perkembangan otak bayi.
- Ia juga memenuhi keperluan protein ketika hamil tapi hindari memilih ikan yang bermerkuri.
- Salmon merupakan pilihan tepat dalam memilih jenis ikan ketika mengandung.
5 – Air kelapa
- Ada banyak manfaat air kelapa ketika hamil antaranya dapat segarkan tubuh ibu.
- Minum air kelapa juga menjadi solusi yang bagus kerana ia terkandung elektolit untuk gantikan cairan tubuh.
- Selain air putih kosong. Sesekali minum air kelapa tidak ada salahnya.
6 – Susu
- Susu boleh menjadi salah satu minuman yang kaya protein bagi memenuhi nutrisi selama kehamilan.
- Jika rasa mual minum susu lembu, dapatkan susu soya kerana kedua-dua mengandungi nutrisi yang sama.
Justeru dalam penjagaan kehamilan trimester pertama ini, ibu perlu mendapatkan temujanji berkala dengan doktor dan klinik kesihatan supaya kesihatan dan tumbesaran janin terjaga dengan sebaiknya.
Selain itu, tambahkan pengetahuan anda dengan membaca tips kehamilan di theAsianparent Malaysia kerana kami menyediakan banyak informasi berguna untuk ibu-ibu mengandung.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Fatimah Tony,Hamil.co.id
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-janin-1-hingga-3-minggu/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!