X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Mengandung DILARANG Makan Telur Separuh Masak, Undang Risiko Keguguran, Kematian Janin!

4 min bacaan
Ibu Mengandung DILARANG Makan Telur Separuh Masak, Undang Risiko Keguguran, Kematian Janin!

Telur memang berkhasiat untuk ibu hami. Tetapi telur separuh masak bahaya untuk golongan ibu mengandung kerana ia boleh sebabkan keguguran!

Telur separuh masak memang sedap. Tetapi tahukah anda ia berbahaya untuk ibu hamil? Disebabkan itu apabila hamil anda seboleh-bolehnya dilarang mengambil telur separuh masak.

Telur separuh masak sememangnya enak dimakan. Malah ia mempunyai banyak nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan seperti protein , riboflavin dan juga selenium.

Ada pendapat mengatakan, memakan telur separuh masak juga membantu menurunkan berat badan dan mencegah anemia. Jadi salah satu cara untuk menaikkan bacaan Hn dalam darah ialah dengan mengamalkan memakan telur separuh masak.

Telur separuh masak bahaya untuk ibu hamil

Telur separuh masak

Namun, ibu mengandung adalah sangat dilarang untuk mengambil telur separuh masak di dalam menu makanan seharian kerana ia boleh membahayakan janin di dalam kandungan malah bahaya juga untuk diri mereka sendiri.

Ini adalah kerana, telur separuh masak mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara tanda-tanda berlakunya keracunan makanan akibat dari bakteria ini ialah cirit -birit yang teruk, sakit perut dan juga sakit kepala.

Baca juga: 4 Resepi Telur Untuk Bayi Yang Mudah Dibuat Dan Lazat! Ibu Ayah Wajib Cuba

Kenapa hanya bahaya kepada ibu mengandung? Telur separuh masak Kenapa tidak bahaya kepada orang lain tetapi bhaya kepada ibu mengandung? Apabila mengandung, sistem imunisasi seorang ibu akan menjadi lemah. Apabila sistem imunisasi lemah, sukar untuk tubuh badan melawan serangan bakteria atau virus. Akibatnya, risiko untuk kandungan gugur atau kematian janin sangat tinggi.

Hanya dengan dimasak sepenuhnya atau pun dipastuerkan, barulah bakteria ini akan mati. Bakteria salmonella ini datangnya dari usus dan tahi ayam yang masuk ke dalam telur, semasa ayam bertelur dan sebelum kulit ayam menjadi keras.

Jadi, kepada ibu mengandung yang teringin untuk menikmati telur separuh masak, tangguhkan dulu keinginan anda sehingga habis tempoh melahirkan dan berpantang nanti ya!

Khasiat telur untuk ibu hamil

Telur separuh masak

Telur semasa kehamilan adalah makanan yang merupakan komponen penting dalam diet ibu hamil kerana ia kaya dengan vitamin A, D, B2, B6, E, besi, fosforus, tembaga, kalsium, kobalt dan bahan-bahan lain yang sangat diperlukan untuk setiap orang.

Jadi sudah pasti ia sangat berkhasiat untuk ibu hamil dengan syarat ia dimasak dengan sempurna.

#1. Protein

Terdapat banyak protein dalam telur yang mudah diserap oleh badan. Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung.

Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti.

#2. Choline

Terdapat banyak choline dalam telur, dan unsur ini bertanggungjawab untuk perkembangan mental anak yang belum lahir dan menyumbang kepada fakta bahawa kecacatan tiub saraf tidak berkembang, oleh itu risiko kecacatan dan perkembangan keabnormalan dikurangkan.

Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia.

Ia juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Kandungan nutrisi di dalam telur adalah tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

#3. Sulfur 

Telur baik untuk rambut dan kuku. Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulfur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.

#4. Telur bantu hilangkan jerawat

Jika hamil pasti ada yang muka diserang jerawat. Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas.

Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.

#5. Karotenoid

Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata.

Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit ‘age-related degeneration’ dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ryanimar, infopelajar2u

Baca juga: Awas Keracunan Makanan Akibat Telur, Elak Membasuhnya Awal Jika Belum Ingin Memasak

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Mengandung DILARANG Makan Telur Separuh Masak, Undang Risiko Keguguran, Kematian Janin!
Kongsikan:
  • Lelaki Terkejut Telur Ayam Ternakannya Jadi Warna Hijau, Adakah Warna Telur Boleh Berubah?

    Lelaki Terkejut Telur Ayam Ternakannya Jadi Warna Hijau, Adakah Warna Telur Boleh Berubah?

  • 10 Manfaat Telur Untuk Ibu Hamil, Ia Baik Untuk Perkembangan OTAK Bayi!

    10 Manfaat Telur Untuk Ibu Hamil, Ia Baik Untuk Perkembangan OTAK Bayi!

  • Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

    Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Lelaki Terkejut Telur Ayam Ternakannya Jadi Warna Hijau, Adakah Warna Telur Boleh Berubah?

    Lelaki Terkejut Telur Ayam Ternakannya Jadi Warna Hijau, Adakah Warna Telur Boleh Berubah?

  • 10 Manfaat Telur Untuk Ibu Hamil, Ia Baik Untuk Perkembangan OTAK Bayi!

    10 Manfaat Telur Untuk Ibu Hamil, Ia Baik Untuk Perkembangan OTAK Bayi!

  • Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

    Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.