TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

3 min bacaan
5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

Berenang semasa mengandung adalah senaman impak rendah yang paling sesuai untuk ibu hamil. Ini antara 5 kebaikan berenang semasa anda hamil.

Seorang pembaca telah bertanya jika seorang wanita boleh berenang semasa mengandung. Pembaca itu dipetik menyoal – 

“Saya sekarang hamil 6 minggu. Saya sangat suka berenang tapi saya bimbang air klorin akan memudaratkan janin. Adakah ini benar?”

Secara am, berenang adalah senaman yang sangat bagus untuk semua orang terutamanya buat wanita yang sedang mengandung.

Walaupun ramai wanita berharap dapat melakukan senaman sepanjang kehamilan mereka, kadang kala senaman tidak dapat dilakukan akibat berat dan perut yang bertambah besar.

Tapi apabila berada di dalam air, semua ini akan berubah! Ibu-ibu mengandung senang terapung dalam air dan pergerakkan ibu itu tidak disekat oleh berat badannya.

Berikut antara 5 sebab mengapa anda perlu berenang ketika mengandung:

Kebaikan berenang semasa mengandung

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

1. Ia menguatkan hati

Melakukan senaman aerobik seperti berenang semasa mengandung sangat bagus untuk ibu dan janin.

Ini kerana berenang semasa mengandung boleh menguatkan hati ibu, meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan tahap oksiden dalam darah ibu hamil.

2. Ia adalah senaman impak rendah

Keapungan air boleh menampung berat badan ibu mengandung dan membantu menyokong sendi-sendinya semasa  berenang.

Selain itu, berenang tidak sama seperti senaman aerobik lain seperti berjalan atau berjoging. Berenang tidak akan memberi kesan yang berkekalan kepada sendi ibu mengandung.

3. Melegakan sakit belakang

Salah satu kesan sampingan kehamilan adalah otot-otot yang lebih kendur serta tulang belakang dan bahu yang mungkin menyandar ke hadapan akibat perut yang semakin besar.

Apabila ibu berenang semasa mengandung, keapungan air dalam kolam renang boleh melegakan rasa tegang di bahagian belakang badan.

Apabila janin dalam perut ibu terapung juga, dia tidak akan menekan pada saraf sciatic ibu mengandung.

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

4. Mengurangkan kaki bengkak/edema

Tahukah anda berenang semasa mengandung boleh mengurangkan masalah vena varikos?

Selain itu, apabila ibu mengandung berada di dalam air, ketegangan badannya akan reda dan ini boleh mengurangkan masalah kaki bengkak.

Air akan menolak cecair dari tisu kaki, kembali ke urat, dan kemudian ke buah pinggang dan keluar melalui air kencing.

5. Menyejukkan badan

Ibu mengandung selalu rasa panas, apatah lagi di negara Malaysia yang panas sepanjang tahun dan kelenjar peluh yang bekerja dua kali ganda ketika hamil.

Apabila berendam di dalam kolam renang atau berenang semasa mengandung, ini boleh mengawal suhu badan ibu yang panas dan membantunya untuk berasa lebih selesa.

Ibu, jangan risau jika anda tidak boleh berenang! Beberapa senaman asas di dalam air kolam yang cetek sudah cukup memanfaatkan.

Mitos berenang semasa mengandung

Benar atau tidak: Air klorin boleh memudaratkan janin.

Tidak benar!

Badan ibu bertindak sebagai penghalang termasuk serviks ibu dan kantung amnion. Selain itu, kantung amnion dilengkap dengan penyumbat mukus untuk menghalang  barang asing dari masuk.

Berenang semasa mengandung: petua keselamatan

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

Kekal terhidrat – Terutamanya dalam iklim di negara kami yang sentiasa panas kami.

Ingat untuk minum segelas air sebelum anda masuk ke kolam renang, satu lagi untuk setiap 20 minit semasa anda berenang dan satu lagi selepas  berhenti berenang.

Pernafasan –  Apabila berenang semasa mengandung, jangan terlampau bersenam sehingga meletihkan diri sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Corak pernafasan anda tidak sepatutnya terjejas dan berada pada tahap yang normal, di mana anda masih boleh berbual dengan mudah bersama rakan.

JANGAN GUNA tab mandi panas – terutamanya semasa empat hingga enam minggu pertama kehamilan.

Suhu yang melebihi 40 darjah celsius boleh menimbulkan komplikasi untuk janin termasuk keguguran atau kerosakan otak dan tulang belakang.

Sources: Baby Center, What to Expect, Mother How

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Buang Air Besar Selepas Bersalin Czer/ Normal: Punca Sembelit, Posisi Buang Air Besar & Petua Berkesan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham