Sekejap saja masa berlalu, kini anda dalam fasa perkembangan janin 6 minggu kehamilan. Pada masa ini juga anda telah menunjukkan beberapa tanda kehamilan.
Jom kita lihat bersama perkembangan janin 6 minggu ini.
Perkembangan janin 6 minggu: besar mana bayi anda sekarang?

Dalam perkembangan janin 6 minggu ini anda akan lebih senang hati bila mengetahui bahawa…
- Jantung bayi berdegup dengan baik kira-kira 150 kali seminit. Kadar denyutan ini akan berterusan sehingga bayi lahir. Bayangkan apa yang bayi anda lakukan sekarang!
- Jantung ibu mengepam darah lebih banyak. Bahkan sistem peredaraan darah pada bayi juga semakin baik.
- Ciri-ciri wajahnya juga kian berkembang dan terdapat bintik gelap pada mata dan lubang hidung yang akhirnya akan membentuk seperti seorang bayi kecil. Manakala telinganya pula masih belum dibentuk sempurna pada minggu keenam ini. Hanya terdapat benjolan kecil telinga di sebelah kiri dan kanan kepala.
- Walaubagaimanapun, anggota badan bayi masih belum membentuk sepenuhnya. Anda juga dapat melihat bayi melakukan beberapa perkara yang mencuit hati anda.
Simptom perkembangan janin 6 minggu
- Kadang-kadang anda mengalami sedikit beremosi atau terharu dengan sesuatu perkara secara tiba-tiba.
- Mood yang tidak menentu disebabkan perubahan hormon.
- Kerap berasa letih dan lesu. Hal ini kerana, tubuh anda melakukan banyak kerja bagi memastikan perkembangan bayi berada di landasan yang betul ketika hamil.
- Mengalami morning sickness seperti muntah dan mual di waktu pagi.
- Payudara mempersiapkan untuk hormon pengeluaran air susu ibu. Ada sebilangan ibu berasa besar dan tegang pada payudaranya.
Penjagaan bagi perkembangan janin 6 minggu
kredit: nosecka.net
- Perlu lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti seharian. Sekiranya terdapat tompokan darah ia juga boleh menjadi tanda awal keguguran atau mengandung di luar rahim (kehamilan ektopik pada bahagian follopian tube).
- Anda harus meningkatkan kawalan otot dengan melakukan senaman kehamilan untuk beberapa kali sehari.
- Walaupun hamil bukan waktu yang sesuai untuk diet tetapi anda harus mengubah pemakanan seharian kepada yang lebih sihat dan berkhasiat. Selain membahagikan makanan kepada potongan yang lebih kecil.
Semakan

- Jika anda sudah melakukan rutin senaman. Fikirkan untuk melakukan senaman otot yang sesuai ketika hamil supaya tidak mendatangkan kecederaan pada janin dalam kandungan. Selain itu, dapatkan nasihat doktor ketika melakukan pemeriksaan kehamilan.
- Catatkan sebarang masalah atau kebimbangan anda terhadap kandungan dan bertanyakan sendiri pada gynecologist yang merawat.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!