TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Faraj Yang Sihat Mesti Dijaga Dengan Betul, Elakkan Guna Produk Ini!

4 min bacaan
Faraj Yang Sihat Mesti Dijaga Dengan Betul, Elakkan Guna Produk Ini!

Adakah anda selalu guna produk feminin seperti tisu basah, pencuci feminin dan gel mandian khas untuk faraj? Hati-hati! Anda tak boleh sesuka hati membasuh faraj dengan sabun, ketahui cara mencuci miss V dengan betul!

Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang dan masa untuk menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan. Tapi malangnya tidak mengekalkan penjagaan faraj yang sihat. Sedangkan itu aset yang paling utama untuk dijaga.  

Tahukah anda soalan ‘bagaimana cara  mencuci miss v dengan betul‘ digoogle setiap 0.59 saat di seluruh dunia? Jumlah wanita yang tak tahu cara mencuci miss v dengan betul akan mengejutkan anda!

Dan anda juga pasti terkejut mengetahui miss v kita sebenarnya tidak memerlukan produk pembersih pun untuk menjadikannya kekal sihat dan bersih, cukup sekadar penggunaan air!

Isi Kandungan

  • Lakukan Perkara Ini Untuk Memiliki Faraj Yang Sihat
  • Tips Untuk Faraj Yang Sihat

Lakukan Perkara Ini Untuk Memiliki Faraj Yang Sihat

faraj yang sihat, miss v

Cara yang betul penting untuk mengelak masalah kesihatan yang berkaitan dengan bahagian intim ini. 

Walaupun terdapat pelbagai produk feminin di pasaran yang menjanjikan kebersihan dan keharuman Ms V, tapi adakah produk-produk ini mendatangkan lebih banyak kebaikan dari keburukan? Ada 3 perkara penting yang perlu kita tahu.

#1 Bakteria baik dan tidak baik dalam faraj

Seperti usus dan kulit anda, Ms V mempunyai bakteria tersendiri yang melindunginya. Fungsi Lactobacilli adalah untuk menjaga keseimbangan pH dalam faraj untuk menghalang bakteria jahat dari berkembang.

Sekiranya keadaan dalam faraj jadi kurang berasid, ia boleh terdedah kepada jangkitan termasuk bakteria vaginosis atau jangkitan kulat.

#2 Jangan terlampau bersih

“Faraj wanita sebenarnya sangat sensitif. Saya syorkan wanita cuci dengan air satu kali sehari,” kata Dr Sangeeta Agnihotri, perunding ginekologi, obstetrik dan perubatan ibu, serta jurucakap untuk Wellbeing of Women.

“Saya selalu berjumpa wanita dengan kerengsaan, rasa sakit dan gatal-gatal kerana terlampau menjaga kebersihan faraj. Ini hanya akan menyebabkan ketidakselesaan,” kata beliau lagi.

Faraj anda sebenarnya boleh membersihkan diri dengan pelepasan semula jadi. Tapi apakah pelepasan yang normal? Rembesan jernih seperti lendiran berwarna putih adalah pelepasan normal dan biasanya berlaku semasa ovulasi,” kata Dr Agnihotri.

Jika lendiran itu likat dan ada rasa gatal-gatal, itu mungkin jangkitan kulat yang boleh dirawat dengan ubat dari farmasi. Biasanya ubat untuk gatal kemaluan hadir bentuk krim atau seperti bullet.

Kalau terdapat apa-apa kegatalan, kesakitan, keluar lendiran yang bertukar warna serta berbau hanyir, anda patut berjumpa doktor.

Pelepasan berwarna kelabu bersama dengan bau hanyir yang kuat adalah tanda bakteria vaginosis, yang biasanya perlu dirawat dengan ubat antibiotik.

#3 Promosi produk feminin

Anda mungkin akan tertarik dengan produk feminin seperti tisu basah, deodoran dan gel mandi yang dirumus khas untuk Ms V. Tapi pakar tidak mengesyorkan produk-produk ini.

“Anda cuma perlu cuci dengan air dan keringkan dengan tuala bersih, untuk menghilangkan kesan peluh,” kata Dr Agnihotri.

Jika anda ingin menggunakan sabun, elakkan jenis yang ada minyak wangi, pewarna, pengawet dan bahan kimia yang kuat. Jika kulit anda terangsang, jangan gunakan sabun, gunakan emolien.

Hadkan kekerapan mandi buih, penggunaan gel mandian wangi dan sabun yang beraroma kuat serta pelembut yang boleh menyebabkan kerengsaan.

“Jangan amalkan douching. Ia boleh memudaratkan dan mengganggu mikrobiome faraj biasa serta menjadikan ia lebih terdedah kepada jangkitan, ” petik Dr Agnihotri.

Tips Untuk Faraj Yang Sihat

faraj yang sihat, miss v

  • Pilih pakaian dalam yang diperbuat dari kain kapas dan elakkan dari memakai thongs.
  • Guna tisu tandas yang tak diluntur, tak berwangi dan jangan basahkan tisu sebelum mengelap faraj kerana bahan kimia mungkin meresap ke dalam kulit dan menyebabkan kerengsaan.
  • Potong bulu rambut faraj dengan gunting kecil atau anda juga boleh melakukan pembuangan rambut secara laser. Jangan cukur kerana ia akan merosakkan kulit.
  • Jaga pemakanan, amalkan memakan buah-buahan sitrus. Selain memberi sumber Vitamin C kepada badan, ia juga dapat mengharumkan miss v anda secara semula jadi. 
  • Jika vagina rasa tak selesa jika tak dicuci dengan sabun, anda boleh rendamkan vagina anda di dalam air garam. Macam orang selepas bersalin, elok untuk sembuhkan luka jahitan dengan cepat.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menjaga kebersihan faraj! Jom sama-sama kita jaga permata indah ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Keputihan Berketul Keluar Dari Faraj? Ini Punca & Cara Penjagaan Mudah Perlu Wanita Tahu

Baca juga: Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Baca juga: Berhenti Guna Sabun Vagina, Ia Penyebab Keputihan Gatal Terjadi Di Kawasan Alat Sulit Wanita!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Faraj Yang Sihat Mesti Dijaga Dengan Betul, Elakkan Guna Produk Ini!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham