X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Gatal dan ruam pada kemaluan adalah masalah yang biasa dilalui oleh wanita subur. Kenali jenis jangkitan yang anda alami dan dapatkan ubat gatal kemaluan wanita di farmasi untuk rawatan segera.

Rasa gatal pada kemaluan adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita. Jika anda pernah atau sedang mengalaminya sekarang, dapatkan ubat gatal kemaluan wanita di farmasi untuk rawatan segera secara topikal.

Ramai yang menyangka masalah gatal pada kemaluan ini hanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin. Sebenarnya, ia boleh dialami oleh mana-mana wanita yang sudah dapat kitaran haid (subur), walaupun belum berkahwin.

Simptom yang pada dasarnya nampak sama, gatal-gatal (itchiness), bintik-bintik merah (red rash) dan keluar keputihan berlebihan boleh berpunca daripada jenis jangkitan yang berbeza. Jadi, untuk mengelakkan anda daripada termenung untuk memilih ubat gatal kemaluan wanita di farmasi, kami senaraikan beberapa jenis ubat sapu untuk anda cuba.

Isi Kandungan

  • Ubat gatal kemaluan wanita
  • Himalaya V-Gel Vagina Infection Treatment
  • Gynofit
  • Creobic
  • Canesten
  • Egoderm
  • Perbandingan Harga
  • Masalah gatal kemaluan

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi untuk anda beli dan simpan sebagai bekalan

Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Kebiasaannya ubat gatal kemaluan wanita di farmasi boleh dibeli terus tanpa preskripsi doktor dan selamat digunakan secara topikal. Jangka hayat simpanannya juga biasanya agak lama, tambahan lagi jika ianya masih belum dibuka. 

Jadi, jika anda kerap mempunyai masalah gatal-gatal pada kemaluan anda, tiada salahnya untuk menyimpan ubat ini sebagai bekalan kecemasan di rumah.

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi
product image
Himalaya V-Gel Vagina Infection Treatment
Ubat gatal kemaluan wanita dengan formulasi tradisional
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel
Ubat gatal kemaluan wanita dengan aplikator
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
Creobic Cream Treatment of Fungal Infections
Ubat gatal kemaluan wanita dan bahagian lain badan
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
Canesten Cream
Ubat gatal kemaluan wanita sesuai untuk seisi keluarga
more info icon
View Details
BELI DI WATSONS
product image
Egoderm Ointment
Ubat gatal kemaluan wanita selamat untuk bayi
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE

Himalaya V-Gel Vagina Infection Treatment

Ubat gatal kemaluan wanita dengan formulasi tradisional

Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Himalaya adalah pengeluar produk kesihatan dan kecantikan daripada India yang terkenal dengan produknya yang berasaskan herba. Ubat V-Gel ini juga sama seperti produknya yang lain, turut mengandungi ekstrak pelbagai jenis herba dan tumbuhan seperti, buah pelaga, bunga Ros Parsi dan Triphala.

V-Gel ini sesuai digunakan untuk merawat vaginitis dan cervicitis. Vaginitis adalah jangkitan kuman yang menyebabkan kegatalan dan kerengsaan pada vagina dan vulva, manakala cervicitis pula ialah jangkitan kuman pada pembukaan serviks yang menyebabkan keradangan. 

Untuk memakainya, anda hanya perlu sapukan sedikit sahaja pada bahagian yang gatal atau merah-merah dengan tangan yang bersih. Selepas seketika, rasa gatal dan burning yang anda alami sebelum ini akan berkurangan dan lega.

Apa yang kami suka:

  1. Berasaskan bahan herba yang terkenal dengan sifatnya yang mempunyai healing potential secara semulajadi.
  2. Turut berkesan untuk mengelakkan jangkitan berulang kali serta mengurangkan masalah keputihan.
  3. Sesuai digunakan untuk masalah jangkitat yeast, parasitic dan bakteria lain juga. 

Himalaya V-Gel Vagina Infection Treatment

product imageBELI DI SHOPEE

Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

Ubat gatal kemaluan wanita dengan aplikator

Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Jika produk sebelum ini perlu disapu dengan tangan, ubat keluaran Gynofit ini datang dengan aplikator yang mudah digunakan. Ini adalah kerana, gel ini bukan sahaja sesuai untuk disapu pada bahagian luar kemaluan, tetapi ianya juga selamat digunakan pada bahagian dalam kemaluan.

Gangguan bakteria, virus, yis dan protozoa adalah punca kepada masalah jangkitan pada kemaluan wanita dan mengganggu persekitaran vagina. Kandungan utama produk ini iaitu lactic acid bertugas sebagai ejen yang mengembalikan kestabilan persekitaran pada kemaluan wanita dan sekaligus mengurangkan jangkitan.

Selain itu gel ini juga mampu memberikan kelegaan segera pada masalah gatal, burning dan bau kurang menyenangkan pada kemaluan wanita. Jadi, jika anda rasa terlalu gatal, sapukan terus gel ini dalam posisi baring sebelum tidur malam, dan rasakan kesannya selepas 4 jam.

Apa yang kami suka:

  1. Setiap set datang dengan 6 aplikator sedia terisi untuk sekali pakai, jadi anda tidak perlu mengagak jumlah yang betul.
  2. Lactic acid yang digunakan adalah daripada sumber natural serta bebas daripada hormon dan pewangi tambahan.
  3. Berkesan untuk merawat masalah bacterial vaginosis dan vaginal yeast infection.

Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

product imageBELI DI SHOPEE

Creobic Cream Treatment of Fungal Infections

Ubat gatal kemaluan wanita dan bahagian lain badan 

Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & BerbauCreobic Cream New Formula keluaran Kotra Pharma ini mengandungi bahan aktif Clotrimazole yang bertindak sebagai bahan yang mengawal jangkitan pada kulit berpunca daripada dermatophytes, yis dan fungal infection lain.

Fungal infection bukan sahaja boleh terjadi pada kemaluan wanita (vaginal infection), malah boleh turut terjadi pada mana-mana bahagian tubuh badan kita yang sering berpeluh dan lembab. Contohnya pada celah kelangkang, celah jari kaki (athlete’s foot), kawasan kulit berlipat (intertrigo) dan ruam lampin (nappy rash).

Untuk merawat jangkitan, ubat antifungal dengan tekstur krim putih ini perlu dipakai secara topikal pada kawasan kulit yang terkena jangkitan. Ia akan bertindak dengan membunuh fungus yang menyebabkan jangkitan. Selain itu, krim ini juga boleh digunakan pada bahagian lain untuk mencegah daripada jangkitan asal itu merebak.

Apa yang kami suka:

  1. Boleh digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah gatal pada kemaluan wanita, tetapi juga pada bahagian lain badan yang terkena fungal infection.
  2. Harganya yang berpatutan tidak membebankan pesakit untuk membeli beberapa tiub sehingga tamat tempoh rawatan yang dicadangkan – 2 minggu hingga sebulan.
  3. Mudah didapati di mana-mana farmasi, tanpa perlu mendapatkan preskripsi doctor.

Creobic Cream Treatment of Fungal Infections

product imageBELI DI SHOPEE

Canesten Cream

Ubat gatal kemaluan wanita sesuai untuk seisi keluarga

Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Krim jenama Canesten ini secara khasnya mengiklankan yang ianya baik untuk merawat masalah jangkitan kulit yg lazimnya dialami oleh kaum lelaki yang aktif dan selalu berpeluh. Antara contohnya ialah jangkitan pada jari kaki (athlete’s foot), gatal pada kawasan pangkal peha lelaki (jock itch) dan sekitarnya, serta jangkitan pada kuku (nail fungal infection).

Walau bagaimanapun, krim sapu Canesten ini juga boleh digunakan oleh wanita dan merawat masalah vaginal yeast infection yang berpunca daripada jangkitan fungus Candida Albicans. Selain itu, krim ini juga boleh digunakan untuk merawat masalah ringworm, sejenis jangkitan kulit dimana kawasan yang terkena jangkitan itu nampak seperti bentuk ring.

Dengan satu tiub kecil, anda dapat selesaikan pelbagai masalah kulit!

Apa yang kami suka:

  1. Mengandungi bahan aktif clotrimazole yang biasanya digunakan untuk merawat masalah jangkitan yis pada kemaluan wanita, secara topikal.
  2. Teksturnya yang seperti krim yang mudah diserap oleh kulit dan tidak melekit.
  3. Semasa travel ke tempat panas, krim ini boleh dibawa sebagai bekalan untuk merawat ruam peluh (sweat rash), dan boleh digunakan oleh seisi keluarga.

Canesten Cream

product imageBELI DI WATSONS

Egoderm Ointment

Ubat gatal kemaluan wanita selamat untuk bayi

Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Egoderm adalah ubat sapu yang boleh melegakan dan merawat kerengsaan pada kulit yang berpunca daripada masalah jangkitan. Produk ini adalah selamat untuk digunakan di seluruh badan, dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

Bahan aktif dalam produk ini ialah Ichthammol dan zinc oxide. Gandingan dua bahan ini adalah efektif dalam mengurangkan keradangan dan gatal pada kemaluan wanita. 

Selain itu, ubat sapu ini juga boleh melegakan masalah sakit kulit lain seperti nappy rash pada bayi, ekzema, dan masalah gatal pada dubur juga.

Apa yang kami suka:

  1. Selamat digunakan pada kemaluan wanita, lelaki, dan bayi, serta lain-lain bahagian badan yang mempunyai masalah kulit.
  2. Sesuai dipakai untuk jangka masa yang panjang kerana ia bersifat melegakan, merawat dan melindungi kulit.
  3. Hanya perlu pakai sedikit sahaja sudah memadai, dan dijual pada harga yang berpatutan.

Egoderm Ointment

product imageBELI DI SHOPEE

Perbandingan Harga

Jenama

Harga (RM)

Himalaya V-Gel Vagina Infection Treatment

RM 14.30

Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

RM109.00

Creobic Cream Treatment of Fungal Infections

RM23.40

Canesten Cream

RM27.50

Egoderm Ointment

RM15.29

Masalah gatal kemaluan yang biasa berlaku pada kaum wanita

Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Ramai yang menganggap apabila terasa gatal di kemaluan, itu hanyalah masalah alahan biasa. Lalu, ada yang pilih untuk ignore rasa tidak selesa itu dah bertahan saja selagi mampu. Malah ada juga wanita yang rasa malu untuk bercerita tentang masalah ini dengan doktor. 

Tahukah anda jika rasa gatal itu sebenarnya adalah simptom jangkitan kulat atau bakteria, ianya boleh melarat? Ia boleh mengakibatkan anda perlu lalui tempoh rawatan yang lebih lama dan mengganggu aktiviti harian serta hubungan bersama suami.

Jika anda sedang mengalami rasa tidak selesa pada kemaluan, jom baca beberapa sebab atau punca common kemaluan wanita terasa gatal.

1. Jangkitan kulat pada vagina

Lebih dikenali sebagai vaginal yeast infection, penyakit ini sering dijangkiti oleh wanita yang sedang subur. Jangkitan ini berpunca daripada kulat yang Candida Albicans yang membiak pada kadar berlebihan, yang akhirnya membuatkan persekitaran di farah tidak seimbang. 

Antara tanda yang menunjukkan seseorang wanita itu mengalami masalah ini ialah, rasa gatal, naik bintik-bintik merah pada kemaluan, pedih semasa kencing dan keluar lendir berwarna putih kekuningan daripada kemaluan. Namun, anda tidak perlu risau kerana vaginal yeast infection adalah masalah yang biasa dilalui oleh wanita, malah setiap wanita pasti akan melalui masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. 

Untuk mengesahkan jangkitan, doktor akan mengambil spesimen daripada kemaluan wanita itu, hantarkan ke makmal untuk pemeriksaan dan seterusnya memberikan ubat yang sesuai kepada pesakit. Selain itu, anda juga boleh beli ubat gatal kemaluan wanita di farmasi yang sesuai untuk masalah vaginal yeast infection.  

2. Masalah bacterial vaginosis

Bacterial vaginosis ini berlaku apabila jumlah bakteria ‘jahat’ seperti Gardnerella Vaginalis dan Genital Mycoplasma melebihi jumlah bakteria ‘baik’ lactobacillus yang menjaga persekitaran vagina. Simptom utama jangkitan ini ialah keluar lendir berwarna kekuningan yang berbau busuk secara berlebihan daripada vagina dan sesetengah wanita mengadu rasa gatal pada kemaluan mereka juga.

Menurut statistik, 10%-30% wanita akan mengalami masalah ini sepanjang tempoh subur mereka. Selain itu, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan ini adalah lebih tinggi bagi orang yang melakukan hubungan seks, sedang mengandung dan menggunakan alat perancang kehamilan jenis IUD. 

Berbeza dengan vaginal yeast infection, jika anda mempunyai masalah bacterial vaginosis, rawatan yang diperlukan adalah secara oral, bukan topikal. Doctor akan memberikan anda antibiotik yang perlu dihabiskan dalam tempoh seminggu untuk merawat masalah ini.

3. Alahan berpunca daripada faktor luaran

Alahan juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kerengsaan pada kemaluan wanita. Masalah alahan akan lebih teruk dan kerap terjadi pada mereka yang mempunyai sejarah ekzema dan kulit sensitif. 

Antara perkara yang boleh trigger alahan ini adalah pencuci pakaian, sabun mandi, pewangi dan tuala wanita. Jadi, jika tiba-tiba anda terasa gatal pada kemaluan, tapi tidak mempunyai sebarang simptom lain, cuba fikir jika anda ada menggunakan apa-apa produk baru kebelakangan ini.

Selain itu, ada juga wanita yang tidak sesuai memakai seluar dalam yang dibuat daripada material bukan kapas. Apabila berpeluh, material ini tidak dapat menyerap kelembaban secara efektif, dan menyebabkan kemaluan menjadi gatal dan dinaiki ruam.

4. Kesan sampingan selepas cukur bulu 

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memastikan bulu pada ari-ari dan sekitar permukaan faraj sentiasa kemas. Antaranya ialah dengan bercukur atau sekadar di trim menggunakan gunting. 

Kadangkala selepas anda mencukur bulu di sekitar kemaluan, anda akan terasa gatal apabila bulu yang baru hendak tumbuh, atau semasa bulu terlalu pendek. Ia akan bergesel dengan kulit peha dan akhirnya menyebabkan anda terasa gatal dan pedih. Selain itu, penggunaan pencukur yang tidak bersih atau tumpul juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Jika ini terjadi kepada anda, jangan panik kerana ia bukanlah masalah jangkitan yang serius, tetapi hanya masalah luaran sahaja. Untuk kelegaan segera, sapukan saja gel aloe vera pada kawasan yang terasa gatal itu. 

Baca juga:

Bahagian Faraj Gatal & Tidak Selesa? Ini Jenis Penyakit Kelamin Yang Anda Perlu Tahu

Ruam Gatal @ Ekzema Boleh Ditenangkan Dengan Sabun Yang Betul, Ini Senarainya!

Punca Alahan Bermula Dari Rumah, Ini Cara Pastikan Rumah Bebas Habuk & Debu Hama

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Najibah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Ketahui Jenis Botol Susu Bayi Terbaik Untuk Bayi Anda Dengan Menjawab Kuiz Ini

    Ketahui Jenis Botol Susu Bayi Terbaik Untuk Bayi Anda Dengan Menjawab Kuiz Ini

  • Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

    Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

  • Ibu Ayah, Jangan Biarkan Demam Anak Berlanjutan! Elak Risiko Sawan dengan Dengan Ubat Demam Kanak-Kanak

    Ibu Ayah, Jangan Biarkan Demam Anak Berlanjutan! Elak Risiko Sawan dengan Dengan Ubat Demam Kanak-Kanak

  • Ketahui Jenis Botol Susu Bayi Terbaik Untuk Bayi Anda Dengan Menjawab Kuiz Ini

    Ketahui Jenis Botol Susu Bayi Terbaik Untuk Bayi Anda Dengan Menjawab Kuiz Ini

  • Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

    Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

  • Ibu Ayah, Jangan Biarkan Demam Anak Berlanjutan! Elak Risiko Sawan dengan Dengan Ubat Demam Kanak-Kanak

    Ibu Ayah, Jangan Biarkan Demam Anak Berlanjutan! Elak Risiko Sawan dengan Dengan Ubat Demam Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.