X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!

4 min bacaan
Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!

Mencukur bulu kemaluan digalakkan bagi memastikan bahagian Miss V sentiasa bersih dan tidak berbau. Namun kadang kala timbul rasa gatal selepas bercukur. Bagaimana nak kurangkan rasa gatal ini?

Gatal selepas bercukur adalah perkara biasa yang terjadi, tidak kira untuk wanita mahupun lelaki. Jadi sesetengah wanita mengambil keputusan untuk terus tidak bercukur.

Sebenarnya tidak salah untuk anda bercukur atau menggunting sedikit bulu atas sebab kesihatan dan pembersihan. Jika bahagian kemaluan tidak dijaga dengan betul, ini akan menyebabkan jangkitan dan bau yang kurang enak.

Masalah gatal selepas bercukur bileh berlaku disebabkan alahan, kerosakan pada folikel rambut ataupun jangkitan. Ini kerana selepas dicukur atau waxing akan ada folikel yang terbuka.

Sekiranya anda menggunakan sabun terus pada bahagian yang baru sahaja dicukur, ini secara tidak langsung akan menyebabkan rasa pedih dan seterusnya terjadi jangkitan jika tidak jaga dengan baik.

Apa Yang Menyebabkan Rasa Gatal Selepas Bercukur?

gatal selepas bercukur

Kredit: self.com

Tidak kira sama ada anda mencukur kaki, lengan, mahupun bahagian kemaluan, hadir beberapa faktor yang menyebabkan rasa gatal selepas bercukur. Antaranya;

#1 Gatal Selepas Bercukur Kerana Pisau Cukur Yang Salah

gatal selepas bercukur

Kredit: thelist.com

Semasa anda mencukur, kemungkinan berlaku luka akibat kecuaian, yang boleh menyebabkan kegatalan. Akibatnya akan muncul ruam merah, dengan benjolan kecil. 

Perkara sebegini mungkin berlaku kerana faktor berikut:

  • tidak menggunakan pelembut seperti krim cukur atau sabun.
  • bercukur terlalu cepat
  • terlalu kerap bercukur
  • menggunakan pisau cukur lama atau tersumbat

#2 Gatal Selepas Bercukur Kerana Ada Kutu  Pada Kemaluan (Crab)

gatal selepas bercukur

Kredit: medicalnewstoday.com

Kutu kemaluan juga disebut crabs merupakan serangga kecil yang ditemukan di kawasan genital, dan kebiasaannya tersebar melalui hubungan seksual. Selain itu, adanya kutu ini mungkin berpunca dari pakaian, tuala atau tempat tidur seseorang yang mempunyai kutu.

Kutu ini menyebabkan sangat gatal dan juga boleh berada di bahagian tubuh lain seperti rambut kasar lainnya, kaki dan ketiak.

#3 Gatal Selepas Bercukur Kerana Dermatitis Kontak

Sekiranya anda menggunakan produk baru di area genital anda, kegatalan mungkin berlaku disebabkan dermatitis kontak.

Produk yang dimaksudkan adalah sabun, losyen serta produk kebersihan kulit yang lainnya yang menyebabkan dermatitis kontak, sejenis keradangan kulit.

Selain kegatalan, dermatitis kontak juga boleh menyebabkan:

  • kemerahan
  • kulit kering atau bersisik
  • gatal-gatal

#4 Gatal Selepas Bercukur Kerana Kudis

Keadaan kulit yang sangat menular ini disebabkan oleh tungau mikroskopis yang masuk ke dalam kulit dan bertelur. Setelah telur menetas, tungau merangkak di sepanjang kulit membuat lubang baru yang akan meninggalkan jejak merah tipis benjolan merah kecil.

Ini menyebabkan kegatalan hebat yang biasanya menjadi semakin teruk pada malam hari dan paling sering pada bahagian lipatan kulit di sekitar alat kelamin, punggung, payudara, dan lutut.

Kudis menyebar melalui sentuhan fizikal yang lama dan dekat dengan seseorang yang menderita kudis, termasuk semua jenis kulit yang bersifat seksual atau tidak.

Baca juga: Rupanya Ada Sebab Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin! Ini 4 Kebaikannya

Cara Mengatasi Rasa Gatal Selepas Bercukur

gatal selepas bercukur

Kredit: iStock

Jika bulu kemaluan anda gatal disebabkan keradangan ringan, ia akan hilang dalam beberapa hari hanya dengan melakukan rawatan di rumah. Berikut merupakan beberapa cara yang anda boleh lakukan di rumah:

1# Pakai Pakaian Dalam Yang Bersih 

Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!

Kelembapan dan pengumpulan bakteris boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan. Jadi sebaiknya anda kerap tukar pakaian dalam, terutamanya selepas berpeluh. Elakkan memakai pakai dalam yang terlalu ketat, dan dengan tekstur yang kesar serta melekat bagi mengurangkan sentuhan peluh yang merosakkan folikel rambut.

2# Jangan Menggaru

Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!
Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Kredit: healthline.com

Menggaru meningkatkan risiko luka, pendarahan, dan jangkitan. Jika bahagian kemaluan anda gatal disebabkan oleh jangkitan kulat, anda berisiko menyebarkan jangkitan ke bahagian lain dari tubuh hanya dengan menyentuhnya.

3# Hindari Produk

Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!

Kredit: medicalnewstoday.com

Jauhi produk yang mengandungi pewangi  dan bahan kimia lain yang dapat menyebabkan kegatalan. Cuba bertukar kepada produk yang lebih organik dan tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.

4# Bercukur Dengan Selamat

Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!

Jika anda mencukur bulu kemaluan, gunakan tips berikut untuk menghindari gatal dan iritasi:

  1. Gunakan gunting tajam untuk memotong rambut panjang sebelum mencukur
  2. Selalu gunakan pisau cukur baru
  3. Rendam bahagian yang ingin dicukur dalam air hangat untuk melembutkan rambut
  4. Sapukan krim, gel, atau sabun cukur tanpa bau dalam jumlah besar
  5. Cukur ke arah pertumbuhan rambut
  6. Bilas pisau cukur secara kerap semasa bercukur bagi mengelakkan pisau tersumbat
  7. Setelah selesai, keringkan dengan menepuk menggunakan tuala kering – jangan digosok
  8. Pastikan kawasan intim anda sentiasa kering.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Miss V Gatal-Gatal Adakah Ia Petanda Bahaya Atau Normal?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!
Kongsikan:
  • 7 Perkara Yang Sering Buat Ibu Takut & Overthinking Ketika Menjaga Bayi Baru Lahir

    7 Perkara Yang Sering Buat Ibu Takut & Overthinking Ketika Menjaga Bayi Baru Lahir

  • Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

    Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • 7 Perkara Yang Sering Buat Ibu Takut & Overthinking Ketika Menjaga Bayi Baru Lahir

    7 Perkara Yang Sering Buat Ibu Takut & Overthinking Ketika Menjaga Bayi Baru Lahir

  • Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

    Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.