Punca Alahan Bermula Dari Rumah, Ini Cara Pastikan Rumah Bebas Habuk & Debu Hama

Punca Alahan Bermula Dari Rumah, Ini Cara Pastikan Rumah Bebas Habuk & Debu Hama

Ketahui cara berkesan atasi alahan akibat debu hama dan habuk di dalam rumah!

Apabila sebilangan rakyat Malaysia kini lebih menghabiskan masa di rumah, baik bekerja atau menjaga anak-anak, makanya rumah perlulah sentiasa bersih. Barulah keluarga bebas alahan atau alergik!

Selain memastikan barang-barang di rumah tersusun cantik, pinggan mangkuk dicuci, lantai dimop bersih-bersih dan mainan anak disimpan kemas setiap kali habis main ada satu benda yang sering diabaikan. Nak tahu apa dia? Debu hama atau dust mite!

Apa itu debu hama?

alergik

Debu hama ni adalah sejenis serangga kecil yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop, memang tak nampak dengan mata kasar. Malah debu hama ini boleh menyebabkan risiko alergik dan asma kepada manusia. Itu sebabnya bila anda mencuci tempat yang berhabuk, baring atas karpet kadang-kadang menyebabkan hidung gatal-gatal dan bersin tanpa henti. 

Jangan keliru dengan pepijat dan hama habuk. Ada perbezaannya antara dua serangga ini, debu hama tidak menggigit manusia seperti pepijat. Ia hanya memakan sel kulit mati, bulu-bulu haiwan dan habuk. Sekiranya anda mengalami alahan yang berpanjangan ketika berada di rumah, anda boleh ambil ubat alergik serta merta atau pergi ke klinik berdekatan, kerana anda kemungkinan anda terkena alahan debu hama. Namun kebiasaannya ia akan hilang dalam 24 jam. 

Mengapa ia tak boleh dilihat dengan mata kasar? Ini kerana debu hama ini bersaiz antara 1/4 ke 1/3 millimeter panjang. Hama hanya boleh dilihat melalu mikroskop dan ia menyerupai labah-labah tapi berwarna putih kejernihan. Manusia akan menghasilkan sekurang-kurangnya 1.5 gram kulit mati dalam satu hari dan ianya cukup untuk menjadikan sumber makanan kepada jutaan debu hama.

Malah dengan cuaca yang panas dan lembab seperti Malaysia ni amatlah sesuai untuk pembiakan serangga ini. 

Sekiranya anda mengalamani gejala seperti  bersin, batuk, hidung tersumbat, kegatalan kulit, mata berair, kulit kemerahan dan kegatalan tekak, itu menandakan terdapatnya debu hama di dalam rumah. Selain itu, ia juga boleh membuatkan seseorang itu menghadapi asma bergantung dengan tahap imunisasi badan seseorang.

Tips atasi alergik & mengurangkan debu hama

alergik

Untuk menghapuskan debu hama ini bukanlah mudah dan boleh dikatakan mustahil. Namun sebenarnya ia boleh dikurangkan. Dan cara untuk anda mengurangkan kewujudan debu hama ini adalah seperti berikut:

#1. Guna cadar anti-alahan 

Ada pelbagai jenis dan material cadar yang anda boleh pilih, namun antara jenis cadar yang boleh bantu mengurangkan debu hama dari terperangkap adalah yang jenis kalis habuk! Cadar jenis ini biasanya mengandungi kandungan benang yang tinggi jadi apabila kurang lubang-lubang diantara jahitan benang, maka sukarlah debu hama untuk terperangkap. 

#2. Basuh cadar dengan kerap

Selain itu anda juga boleh jadikan membasuh cadar tilam dan sarung bantal ini sebagai rutin mingguan. Basuh semua cadar, sarung bantal, selimut dengan air panas untuk membunuh debu hama dan alahan. Jika anda mesin basuh anda tiada fungsi air panas, anda boleh bawa ke mesin pengering dan biarkan cadar dikeringkan dalam 15 minit. 

#3. Kurangkan kelembapan di rumah

Gunakan humidifier atau penghawa dingin yang mempunyai fungsi dehumidifier untuk mengekalkan kelembapan yang rendah di dalam rumah. 

#4. Beli mainan lembut yang boleh dibasuh

Punyai anak-anak kecil yang gemar bermain patung mainan? Tapi tahu tak patung mainan ni antara tempat yang debu hama gemar nak membiak? Jadi, kalau boleh belilah patung mainan atau mainan lembut yang mudah dibasuh. Kalau boleh basuh sekerap mungkin ini dapat elakkan anak daripada terkena alahan. 

#5. Bersihkan habuk dengan tuala lembab

Ini antara cara nak mengelakkan dari habuk terbang di udara lantas menyebabkan anda mudah terkena alahan. 

#6. Vacuum dengan kerap

alergik

Dengan pelbagai teknologi yang digunakan dalam menghasilkan vacuum terbaik, tak ada alasan lagi kenapa anda tidak boleh mengekalkan kebersihan rumah dengan baik. Baik debu, sisa makanan dan rambut-rambut gugur dapat dibersihkan dengan mudah dengan penggunaan vacuum berkualiti.

Antara vacuum yang saya sendiri percaya dan yakin bila menggunakannya dalam membersihkan debu-debu halus adalah Dyson Digital Slim baharu. Ia memang direka khas untuk ibu-ibu Asia, yang mana sangat mementingkan kebersihan walaupun habuk yang sekecil zarah.

Ia 20 peratus lebih kecil dan 30% lebih ringan daripada vacuum Dyson yang lain, mudah untuk digunakan wanita. I hadir dengan ciri yang cukup penting iaitu motor Dyson Hyperdymium, cyclones yang cukup efisyen dan filamen karbon fiber yang mampu menangkap habuk halus.

alergik

Selain itu kepala vacuum Dyson yang cukup terkenal dengan ciri Fluffy mereka juga diperbaharui agar laluannya lebih lembut dan dapat menangkap habuk-habuk pada bahagian sudut yang sukar dicapai. Jadi untuk debu hama yang hidup di dalam habuk serta pada sisa-sisa makanan dapat disedut sempurna oleh vacuum ini!

Proses pembersihan vacuum ini juga sangat mudah. Membuatkan anda lebih semangat untuk vacuum rumah anda bila-bila masa sahaja! 

Harga bermula dari RM2, 599, untuk ketahui lebih lanjut layari Dyson Malaysia

Sumber: Dyson,  Mayoclinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner