Tidak perlu nak tunggu salah seorang dari keluarga anda jatuh sakit baru mahu mulakan proses sanitasi rumah. Sebenarnya penting untuk anda sentiasa jaga akan kebersihan rumah dari kuman sepanjang PKPB ini.
Lagi-lagi untuk anda yang masih keluar masuk rumah apabila ke pejabat, membeli barang dapur dan sebagainya.
Ingat, setiap kali anda pulang ke rumah anda punyai risiko untuk membawa pulang virus bersama. Jadi amatlah penting untuk anda sentiasa sanitasi rumah terutama kali bahagian tombol pintu, lapik kaki, dinding rumah dan semua permukaan yang biasa dipegang!
Asas Penting Dalam Sanitasi Rumah
Pertama sekali ini yang ibu bapa perlu tahu:
- Pakai sarung tangan yang boleh digunakan semula atau jenis pakai buang untuk pembersihan dan pembasmian kuman.
- Bersihkan permukaan menggunakan sabun dan air, kemudian gunakan pembasmi kuman.
- Bersihkan atau cuci barang mengikut arahan pengeluar.
- Basuh tangan anda dengan sabun dan air selama 20 saat.
- Sekiranya seseorang sakit, asingkan bilik tidur dan bilik mandi untuk orang yang sakit (jika boleh).
- Cat dinding rumah anda dengan cat yang berformula anti-virus seperti Nippon Paint VirusGuard!
Kredit: iStock
Sebagai ibu bapa tentunya anda sering keluar membeli barang kelengkapan dapur dan ke pasar. Jadi sentiasa ingat untuk memakai sarung tangan ketika membuat aktiviti luar misalnya, ketika menggunakan troli membeli-belah atau menggunakan mesin ATM. Kaedah terbaik untuk melindungi diri daripada virus ketika melakukan tugasan di luar adalah dengan mencuci tangan anda dengan sabun dan air selama 20 saat atau menggunakan cecair pembasmi kuman dengan sekurang-kurangnya 60% kandungan alkohol.
Membersih
Setiap proses sanitasi mesti dimulakan dengan pembersihan terlebih dahulu. Ibu bapa perlu tahu apa barang yang perlu dibersihkan terlebih dahulu dan apa persiapan sebelum memulakan proses pembersihan, ikut langkah berikut!
- Pakai sarung tangan yang boleh digunakan semula atau pakai buang, untuk membersih dan membasmi kuman.
- Bersihkan permukaan menggunakan sabun dan air, kemudian gunakan pembasmi kuman.Pembersihan dengan sabun dan air dapat mengurangkan bilangan kuman dan kekotoran di permukaan, manakala membasmi kuman dapat membunuh kuman di permukaan.
- Amalkan pembersihan rutin permukaan yang sering disentuh. Permukaan yang kerap disentuh merangkumi meja, tombol pintu, suis lampu, pemegang peti ais, meja, telefon, papan kekunci, tandas, sink dan lain-lain.
Membasmi kuman
Bunuh kuman dengan cecair pembasmi kuman yang mempunyai fungsi mampu membunuh virus flu seperti: SARs dan COVID-19.
Ikuti arahan pada label untuk memastikan penggunaan produk yang selamat, ini bukan saja untuk kebaikan anda malah untuk seluruh keluarga!
Banyak produk mengesyorkan:
Biarkan permukaan basah beberapa minit selepas disembur dengan cecair pembasmi kuman.
Langkah berjaga-jaga seperti memakai sarung tangan dan memastikan anda mempunyai pengudaraan yang baik semasa penggunaan produk.
Langkah pembasmian selamat untuk keluarga
- Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang untuk melindungi kulit dan guna ‘face shield’ untuk perlindungan mata dari percikan bahan kimia yang merbahaya.
- Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah.
- Labelkan larutan pembersih yang dicampurkan dan simpan di tempat tersorok.
- Simpan bahan kimia di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
- Anda tidak boleh memegang tekstur produk secara terus, mencium atau menyuntik produk ini ke dalam badan anda kerana boleh menyebabkan kecederaan serius.
- Jangan lap atau memandikan haiwan peliharaan dengan produk pembasmi kuman atau produk lain yang tidak diluluskan untuk penggunaan haiwan.
Ibu bapa perlu peka sekiranya ada ahli keluarga yang menghidap asma dan mereka tidak boleh hadir ketika pembersihan dan pembasmian kuman dilakukan. Ini kerana ia boleh mengakibatkan asma lebih teruk. Juga, ibu hamil dielakkan untuk melakukan sebarang kerja pembersihan ini ya!
Membasmi rumah menggunakan cecair peluntur
Faham, ibu-ibu selalunya bijak dalam berjimat dan menggunakan apa yang ada dalam proses pembasmian. Yakni, penggunaan peluntur boleh digunakan jika sesuai untuk permukaan.
Tapi ibu-ibu perlu ingat, untuk hanya gunakan peluntur yang mengandungi 5.25–8.25 peratus sodium hypochlorite. Jangan gunakan produk pemutih jika peratusannya tidak berada dalam julat ini atau tidak ditentukan.
Ini paling penting ibu ayah sekalian! Jangan sekali-kali mencampurkan peluntur isi rumah dengan ammonia atau pembersih lain. Ini boleh menyebabkan asap yang sangat berbahaya untuk dihidu.
4 Cara Sanitasi Barangan Di Rumah
#1. Baju, cadar & mainan lembut anak-anak
Untuk pakaian, tuala, linen dan fabrik lain yang terutama sekali berkaitan dengan anak-anak anda perlulah dicuci dengan menggunakan tetapan air yang paling panas dan keringkan sepenuhnya menggunakan mesin pengering atau jemur ketika panas terik.
Sekiranya anda ingin mencuci pakaian yang baru dipakai keluar rumah, terus masukkan ke dalam mesin basuh, elakkan ia dari berlonggok dan bercampur dengan pakaian kotor lain di dalam bakul pakaian kotor.
#2. Permukaan lembut
Untuk permukaan lembut seperti lapik kaki, karpet dan tirai anda boleh bersihkan permukaan menggunakan sabun dan air atau dengan pembersih yang sesuai untuk digunakan pada permukaan ini.
Sekiranya anda punyai anak-anak yang mudah terkena alahan, elakkan semburan terus cecair pembasmi pada karpet yang mereka sering baring atau bermain. Kalau boleh jemurkan di terik matahari terlebih dahulu.
Sekiranya selama ini anda sering membasuh baju menggunakan air sejuk, kali ini buat tetapan air yang paling panas dan keringkan sepenuhnya. Jika boleh jemur di tempat panas, atau masukkan ke dalam mesin pengering. Vakum karpet dan seluruh permukaan yang lembut dengan sempurna!
Kredit: iStock
#3. Alat elektronik
Untuk alat elektronik seperti tablet, telefon pintar, papan kekunci dan alat kawalan jauh anda masih boleh semburkan cecair pembasmi kuman seperti biasa. Cuma untuk telefon pintar pastikan anda mempunyai skrin pelindung bagi melindungi skrin anda. Dan cara bersihkannya juga lebih terperinci, anda semburkan cecair pembasmi kuman pada kain pengelap khas kemudian lap alat elektronik anda dengan berhati-hati. Ikuti arahan pengeluar untuk membersihkan elektronik
#4. Cat dinding rumah dengan Nippon Paint VirusGuard untuk sanitasi dinding yang sempurna! Untuk keselamatan seluruh keluarga.
Ini yang selalu dipandang remeh, tapi anda tahu tak virus atau kuman juga boleh hidup di dinding rumah?Jadi, penting untuk anda pastikan dinding rumah sentiasa selamat disentuh dengan mengecat semula dinding rumah, terutama sekali bahagian bilik tidur! Bukankah bagus mencegah daripada merawat? Anda juga boleh jadikan PKPB kali ini untuk menukar warna cat dinding anda, sekaligus memberi satu nafas baru.
Nippon Paint VirusGuard adalah cat anti-virus pertama yang dihasilkan dan terbukit mampu melawan Koronavirus manusia, H1N1 dan HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut).
Dengan menggunakan teknologi Silver Ion yang mana merupakan antimikrobial dunia yang paling lama, ia berupaya melawan penularan mikro-organisma seperti virus, bakteria, kulat dan fungus. Malah ia juga selamat untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Jangan lepaskan peluang!
Sekiranya anda membuat pembelian cat Nippon Paint VirusGuard sekarang, anda berpeluang untuk mendapat pelitup muka Nippon Paint! Klik di sini untuk beli Nippon Paint VirusGuard hari ini dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nippon Paint VirusGuard klik di sini.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!