X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Baru Lahir Alami Mata Merah Berdarah? Jangan Risau, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Buat

6 min bacaan
Bayi Baru Lahir Alami Mata Merah Berdarah? Jangan Risau, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Buat

Mata merah berdarah pada bayi baru lahir mungkin berlaku disebabkan tekanan yang bayi hadapi ketika proses bersalin.

Walaupun bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan wajah anda dalam beberapa minggu pertama selepas kelahiran, namun ia tetap menggembirakan apabila anda dapat melihat si kecil membuka mata dan menerima persekitaran baharu mereka. Namun, kerisauan pastinya dirasai jika anda melihat bayi anda mengalami mata merah berdarah secara tiba-tiba.

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang pendarahan subkonjunktiva atau pendarahan dalam mata pada bayi baru lahir dan perkara apa yang boleh anda lakukan terhadapnya.

Sama ada anda ibu ayah kali pertama atau mempunyai anak yang sudah besar, anda pasti berasa bimbang apabila melihat sesuatu yang tidak kena pada bayi anda. Namun, bertenang ibu ayah. Meskipun pendarahan subkonjunktiva kedengaran serius, sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh anda..

Isi Kandungan

  • Mengapa Bayi Anda Mengalami Mata Merah Berdarah
  • Punca Pendarahan Subkonjunktiva
  • Perkara Ibu Ayah Perlu Peka
  • Cara Merawat Pendarahan Subkonjunktiva
  • Punca Lain Mata Berdarah
  • Bila Anda Perlu Jumpa Doktor

Mengapa Bayi Anda Mengalami Mata Merah Berdarah

mata merah berdarah, mata darah, pendarahan dalam mata,  subconjunctival hemorrhage, kenapa mata merah, punca mata merah

 

Anda hanya perlu tahu mengapa bayi baru lahir anda mempunyai mata darah dan berapa lama ia akan muncul. Apabila tiada gejala lain yang berlaku pada si kecil anda, maka kerisauan itu bolehlah anda padam dan teruskan menjaga bayi anda seperti biasa, dengan penuh kasih sayang.

Bahagian putih mata kita dipanggil sebagai sklera. Ia ditutupi oleh konjunktiva, iaitu lapisan nipis yang berwarna putih jernih. Konjunktiva mempunyai banyak saluran darah kecil.

Kadang-kala, saluran darah kecil ini rapuh dan mudah pecah. Darah bocor dan akan berkumpul di antara konjunktiva dan sklera.

Apabila keadaan ini berlaku kepada bayi anda yang baru lahir, anda boleh melihat mata bayi anda merah pada satu sudut. Inilah yang dipanggil sebagai pendarahan subkonjunktival.

Disebabkan konjunktiva tidak dapat menyerap darah yang bocor dengan cepat, ia mengakibatkan mata merah berdarah pada bayi anda. Anda hanya boleh melihat darah pada mata bayi anda, namun anda tidak boleh menghilangkannya.

Walaupun agak membimbangkan apabila melihat pendarahan dalam mata bayi anda itu, namun anda perlu tahu bahawa ia adalah perkara biasa dan tidak akan membahayakan bayi anda.

Punca Pendarahan Subkonjunktiva Pada Bayi Baru Lahir

Sesiapa sahaja boleh mengalami pendarahan dalam mata, dan terdapat beberapa sebab mengapa ia berlaku. Sebenarnya, mata merah berdarah boleh berlaku apabila kita:

  • batuk atau bersin dengan terlalu kuat
  • muntah
  • ketegangan (seperti meneran air besar)
  • mempunyai tekanan darah tinggi
  • mengambil ubat pencair darah
  • menggosok mata dengan terlalu kuat
  • mengalami kecederaan mata atau menjalani pembedahan mata
  • mempunyai jangkitan virus

Kenapa mata merah? Untuk makluman ibu ayah, bayi baru lahir juga boleh mengalami subconjunctival hemorrhage ini. Malah, ia sebenarnya adalah normal dan biasanya berlaku kerana badan bayi mengalami perubahan tekanan semasa dilahirkan.

Perkara yang Perlu Diperhatikan Apabila Bayi Anda Mengalami Mata Merah Berdarah

Konjunktiva tidak dapat menyerap darah yang bocor dengan cepat, menyebabkan darah di bahagian putih mata terkumpul sehingga mempunyai tompok atau bintik merah dan kelihatan kemerahan.

Bintik merah itu mungkin menjadi lebih besar dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama. Ia kemudiannya akan pudar daripada merah kepada kuning apabila tompokan mulai hilang.

Ia juga tidak akan menyebabkan kesakitan dan menjejaskan penglihatan bayi anda. 

Bagaimanapun jika bayi anda mengalami gejala selain daripada kemerahan mata, puncanya mungkin bukan disebabkan pendarahan subkonjunktiva.

Cara Merawat Pendarahan Subkonjunktiva

Pendarahan subkonjunktiva pada bayi baru lahir biasanya normal dan tidak merbahaya. Badan akan menyerap semula darah yang bocor di mata, dan ia akan hilang dengan sendirinya selepas dua atau tiga minggu.

Namun, ada kemungkinan mata bayi anda kelihatan sedikit kekuningan apabila tompok merah hilang.

Punca Lain Mata Berdarah

Tanda-tanda bahawa bayi baru lahir anda mengalami pendarahan subkonjunktiva adalah tompokan atau bintik merah pada mata yang tidak boleh dihilangkan. Jika bayi anda mempunyai lebih banyak gejala, maka ia mungkin disebabkan oleh keadaan lain. 

Berikut kemungkinan atau punca mata merah lain yang mungkin berlaku pada bayi anda: 

#1.Trauma mata 

mata merah berdarah, mata darah, pendarahan dalam mata,  subconjunctival hemorrhage, kenapa mata merah, punca mata merah

Ia berlaku apabila terdapat calar atau sedikit kecederaan pada bahagian kornea. Kornea bayi anda yang baru lahir boleh tercalar oleh beberapa perkara seperti habuk, pasir, atau bucu kertas. 

Selain daripada kemerahan, bayi anda juga mungkin sensitif kepada cahaya, kesakitan, dan koyakan pada mata.

#2. Konjunktivitis disebabkan oleh bakteria

mata merah berdarah, mata darah, pendarahan dalam mata,  subconjunctival hemorrhage, kenapa mata merah, punca mata merah

Bakteria seperti staphylococcus, streptokokus, atau hemophilus semuanya boleh menyebabkan konjunktivitis bakteria. Selain mata merah, bayi anda juga mungkin berair dan mengalami kegatalan. Selain itu, mungkin juga terdapat discaj pekat (tahi mata berwarna putih atau kekuningan). 

#3. Konjunktivitis disebabkan oleh virus

Keadaan ini disebabkan oleh virus dan juga dipanggil sebagai gejala mata merah jambu. Ia biasanya berlaku bersama-sama dengan sakit tekak atau selsema. Selain daripada satu atau kedua-dua mata kelihatan merah, mata bayi anda mungkin juga berasa gatal dan berair.  

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

#4. Konjunktivitis disebabkan alahan

Jika bayi baru lahir anda mempunyai alahan kepada asap, habuk, atau jenis alergen lain, dia mungkin mengalami konjunktivitis alahan. Gejalanya termasuklah mata membengkak, berair (air mata yang banyak), dan kemerahan. 

#5. Blepharitis

Keradangan kelopak mata dipanggil sebagai blepharitis dan ia berlaku disebabkan oleh bakteria. Ia juga terjadi apabila kelenjar minyak kelopak mata tersumbat atau tidak berfungsi dengan baik. Selain mata kemerahan, banyak lagi gejala lain mungkin ada jika bayi anda mengalami blepharitis. Mata mereka mungkin berair, kelopak mata terasa gatal, bengkak, dan melekat. Kulit di sekeliling mata juga boleh menjadi mengelupas. 

#6. Selulitis periorbital

Ia merupakan  jangkitan kuman pada kelopak mata, atau kulit di sekeliling mata. Ia boleh menjejaskan satu atau kedua-dua mata bayi anda. Selain daripada kemerahan di sekeliling mata, ia juga boleh menyebabkan mata bengkak, malah boleh sehingga tertutup.

Ia mungkin berlaku disebabkan oleh gigitan serangga atau luka berhampiran mata. Kawasan yang terjejas juga akan terasa lembut. Jika bayi anda mengalami gejala ini, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Bila Anda Perlu Jumpa Doktor

Pendarahan subkonjunktival pada bayi baru lahir akan hilang dan pulih dengan sendirinya, jadi kebiasaannya ,rawatan perubatan tidak diperlukan. Bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai gejala-gejala lain, sila dapatkan bantuan doktor. 

Segera berjumpa doktor jika bayi anda:

  • mempunyai kelopak mata merah dan bengkak
  • mempunyai mata merah dan mengalami kesakitan
  • berkelip dan berair berterusan
  • sering mengalami pendarahan subkonjunktival
  • sensitif terhadap cahaya
  • mengalami demam dan berumur kurang dari tiga bulan
  1. Nemours Kids Health (Jan, 2018). Looking at Your Newborn: What’s Normal. kidshealth.org/en/parents/newborn-variations.html#:~:text=Called%20subconjunctival%20hemorrhage%2C%20this%20occurs,damage%20to%20the%20infant%27s%20eyes.
  2. Flo (July 9, 2019). Why Does Your Baby Have Red Eyes? A Parents’ Guide. flo.health/being-a-mom/your-baby/baby-health-and-safety/why-does-your-baby-have-red-eyes

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 14 Jenis Ujian Pranatal & Saringan Penyakit Genetik Yang Ibu Hamil Digalak Ambil

Baca juga: Perut Rasa Cramp Ingatkan Nak Period, Ibu Ini Kongsi Cerita Pengalaman Mengandung Kali Pertama

Baca juga: Bagaimana Untuk Pilih Pakar Ginekologi Terbaik Untuk Anda? Ikuti Senarai Semak Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Athirah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Baru Lahir Alami Mata Merah Berdarah? Jangan Risau, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Buat
Kongsikan:
  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

    Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

    Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.