X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!

7 min bacaan
Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!

Sebab rambut gugur pada bayi adalah cradle cap, perubahan hormon atau geseran ketika mereka tidur. Sikat semasa basah juga jadi penyebab.

Sebab rambut gugur boleh terjadi atas pelbagai faktor. Jika berlaku pada orang dewasa, mungkin kita tahu atas perubahan hormon dan sebagainya. Namun keadaan keguguran rambut ini tidak terkecuali pada bayi juga. Apakah penyebabnya? 

Kalau rambut gugur, terus menipis sehingga tak tahu nak buat apa untuk merawat masalah rambut gugur. Stres tak terkata!

Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja golongan dewasa yang mengalami masalah rambut gugur ini. Bayi pun boleh mengalami masalah yang sama. Rambut mereka yang sudah nipis itu, bayangkan jikalau ia masih gugur.

Isi Kandungan

  • Adakah Normal Rambut Gugur Pada Bayi?
  • Bilakah Bayi Akan Mula Tumbuh Rambut?
  • Apakah Sebab Rambut Gugur Pada Bayi?
  • Cara Buat Rambut Bayi Tumbuh
  • Cara Jaga Rambut Bayi Baru Lahir

Adakah Normal Rambut Gugur Pada Bayi?

rambut jarang, cara atasi rambut gugur, rambut nipis dan jarang, kenapa rambut gugur, sebab rambut gugur

Sesetengah bayi dilahirkan dengan kepala yang penuh dengan rambut, orang kata rambut lebat! Yang lain mempunyai rambut jarang dan kebanyakannya hanya memilik rambut yang ‘ada takda je’.

Walaupun rambut bayi anda yang baru lahir tebal atau nipis, anda mungkin perasan ia gugur atau semakin menipis dalam beberapa minggu selepas bayi pulang ke rumah.

Penurunan ini mungkin mengejutkan dan juga mengecewakan jika anda mula membayangkan gaya rambut yang ingin anda lakukan. Tetapi tidak ada sebab untuk bimbang ya, ibu ayah.

Ini kerana keguguran rambut bayi adalah perkara biasa. Perkara seperti perubahan hormon semula jadi dan juga posisi tidur biasa boleh menyumbang kepada keguguran rambut bayi.

Keguguran rambut bayi adalah fasa normal perkembangan fizikal awal. Sesetengah bayi kehilangan sedikit sahaja rambut manakala yang lain gugur hampir setiap helai. Bayi anda mungkin kehilangan rambut lebih cepat daripada yang lain, menjadikan rambut gugur lebih ketara.

Hanya terdapat beberapa sebab sahaja untuk dibimbangkan apabila ia melibatkan masalah keguguran rambut dalam tempoh 6 bulan pertama kelahirannya.

Ketahui lebih lanjut tentang sebab mengapa keadaan ini berlaku, bila rambut mereka akan tumbuh semula, dan bagaimana anda boleh memastikan rambut bayi anda sihat sebaik mungkin semasa mereka membesar.

Bilakah Bayi Akan Mula Tumbuh Rambut?

rambut jarang, cara atasi rambut gugur, rambut nipis dan jarang, kenapa rambut gugur, sebab rambut gugur

Info ini adalah sangat berguna buat ibu ayah baharu yang mungkin belum pernah mengalami situasi seperti ini sebelumnya. Terutamanya untuk anak pertama yang baru dilahirkan. Yang penting, jangan panik jikalau melihat rambut bayi anda semakin menipis!

Walaupun bayi anda dibotakkan selepas dia dilahirkan, benih untuk masa hadapan telah lama ditanam. Folikel rambut mula berkembang pada minggu 14 atau 15 kehamilan, menetapkan peringkat bagi helaian masa depan untuk bercambah.

Walau bagaimanapun, bukanlah bermakna bayi anda yang baru lahir semestinya akan lahir dengan rambut yang lebat. Kebanyakan bayi hampir tiada rambut ketika dilahirkan, dan bulu-bulu halus yang muncul pada minggu-minggu dan bulan-bulan awal itu boleh gugur antara 2 dan 3 bulan.

Anda perlu mengetahui bahawa rambut mereka akan tumbuh dengan lebat juga tidak lama kemudian. Namun, ia adalah berbeza untuk setiap kanak-kanak. Ada yang mendapat rambut yang lebat dalam tempoh 6 bulan, ada yang tidak untuk tempoh selama dua atau tiga tahun.

Walaupun rambut mereka dilihat jarang dan nipis pada awalnya, ini tidak bermakna rambut anak anda akan menjadi nipis apabila dia meningkat dewasa nanti. Jadi ibu ayah, cuba untuk tidak risau dahulu ya!

Apakah Sebab Rambut Gugur Pada Bayi?

Terdapat beberapa sebab berbeza mengapa bayi baru lahir anda berkemungkinan besar gugur rambut dalam beberapa bulan pertama selepas dilahirkan.

Beberapa pencetus keguguran rambut untuk bayi termasuk perubahan hormon, geseran daripada cara mereka tidur dan masalah kulit bayi yang biasa, seperti ‘Cradle Cap’.

Ini antara beberapa sebab yang sering menyebabkan terjadinya keguguran rambut bayi:

#1.Perubahan Hormon

Jika para ibu memiliki penampilan rambut disukai ketika sedang mengandung, tahukah anda bahawa bayi anda juga telah menerima dos hormon yang sama di mana ia membuatkan anda kelihatan cantik dan menarik?

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mereka dilahirkan, anak kecil anda tidak lagi terdedah kepada hormon yang sama. Ini mengubah kimia badan mereka, mengakibatkan kehilangan sebahagian atau semua rambut mereka.

#2.Geseran Daripada Cara Bayi Tidur

Adalah disyorkan untuk bayi diletakkan secara meniarap untuk tidur siang dan sebelum tidur untuk mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS). Geseran antara belakang kepala bayi anda dan cadar atau tilam boleh menyumbang kepada atau mempercepatkan proses normal keguguran rambut bayi.

#3.Cradle Cap

Cradle cap yang juga dikenali sebagai dermatitis seborrheic, boleh berlaku pada bayi berumur antara 2 minggu dan 12 bulan. Ia boleh kelihatan seperti tompok merah bersisik atau kuning berkerak di sekeliling kulit kepala. Ia biasanya hilang dengan sendirinya tetapi boleh menyebabkan sesetengah bayi kehilangan rambut dalam tempoh yang singkat.

Bagaimana Cara Untuk Membuatkan Rambut Bayi Tumbuh?

rambut jarang, cara atasi rambut gugur, rambut nipis dan jarang, kenapa rambut gugur, sebab rambut gugur

Mempunyai impian untuk menggayakan rambut bayi anda dengan gaya yang menarik dan terkini? Meskipun mereka masih kecil dan tidak banyak yang boleh anda lakukan, anda boleh memberikan rawatan yang terbaik pada rambut sedia ada dan memberikan tubuhnya apa yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat dari hujung rambut hingga ke kaki.

Itu yang paling penting, kan?

Tips di bawah adalah khas buat ibu ayah yang ingin memastikan rambut bayi tumbuh kembali:

#1. Jangan biarkan bayi anda terbaring selepas dia bangun dari tidur

Adalah perkara biasa bagi bayi yang lebih kecil untuk mengalami tompok botak di belakang kepala mereka. Perkara ini berlaku kerana banyak masa yang dihabiskan dalam keadaan berbaring mereka semasa tidur.

Luangkan banyak masa dan pegang dia tegak semasa anda bermain atau membaca buku jika dia masih belum boleh duduk sendiri.

#2. Elakkan menyikat rambut secara berlebihan

Memberus 100 kali sehari tidak menggalakkan pertumbuhan rambut dan ia sebenarnya boleh menggalakkan rambut anak mengalami kerosakan dan patah. Anda disarankan untuk menyikat rambut bayi mengikut keperluan untuk menggayakannya, kemudian berhenti di situ. Tak perlu sikat terlalu lama ya!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

#3. Jangan sikat rambut ketika basah

Ini adalah tips paling biasa sekali iaitu jangan sesekali sikat rambut ketika ianya masih basah. Keringkan terlebih dahulu menggunakan kipas, dan selepas itu barulah sikat.

#4. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat

Ponytail memang comel tapi janganlah mengikat rambut anak itu sehingga terlalu ketat. Kasihan mereka tidak selesa dan juga ia akan menyumbang kepada masalah rambut gugur.

#5. Fokus kepada pemakanan yang lebih sihat

Ini adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda secara keseluruhan, jadi dalam erti kata lain, makanan dan makanan ringan yang sihat akan menguatkan dan menyokong pertumbuhan rambut bayi dengan sihat.

Susu ibu atau susu formula adalah semua yang bayi anda perlukan sebelum mencecah usia 6 bulan. Sebaik sahaja bayi anda mula makan solid, perkenalkan pelbagai jenis makanan sihat dan fokus pada nutrien yang penting terutamanya untuk bayi.

Fikirkan protein, kalsium, bijirin penuh dan karbohidrat kompleks, lemak sihat, zat besi, omega-3 dan vitamin A, B, C dan E.

#6. Guna minyak kelapa 

Cuba urut sapuan pada kulit kepala bayi anda selepas waktu mandi. Menurut kajian, sebatian tertentu dalam minyak kelapa boleh membantu memerangi kerosakan rambut dan menggalakkan kulit kepala yang sihat. Tapi jikalau anda tak yakin, boleh jumpa pakar pediatrik bayi anda terlebih dahulu ya!

Bagaimana Cara Menjaga Rambut Bayi Baru Lahir?

Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!

Terdapat pelbagai cara untuk memastikan rambut bayi anda kelihatan cantik walaupun masih nipis. Mandian juga boleh menjadi cara yang menenangkan untuk memberi isyarat kepada bayi anda bahawa ia semakin hampir waktu tidur, tetapi anda tidak perlu selalu menggunakan syampu. Sapukan syampu di sekeliling kulit kepala bayi anda dengan berhati-hati. Tidak perlu menggosok secara agresif.

Basuh rambut bayi anda hanya beberapa kali seminggu dengan syampu yang diformulasikan untuk bayi dan anda mungkin boleh mengatasi masalah keguguran.

Semoga artikel ini bermanfaat.

  1. verywellfamily ( March 11, 2022) Why Is My Infant’s Hair Falling Out?. www.verywellfamily.com/why-is-my-infants-hair-falling-out-5217702
  2. whattoexpect (July 26, 2021) When Babies Grow and Lose Their Hair. www.whattoexpect.com/first-year/ask-heidi/newborn-hair.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Barang Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Perlu Disediakan Parents!

Baca juga: Rambut Bayi Yang Tumbuh Selepas Dicukur Lebih Lebat? Ya Atau Tidak?

Baca juga: Rambut Bayi Lambat Tumbuh? Ketahui Punca & Cara Menangani

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!
Kongsikan:
  • Jantung Bayi Berbunyi 'Murmur': Ini Punca, Gejala & Rawatan

    Jantung Bayi Berbunyi 'Murmur': Ini Punca, Gejala & Rawatan

  • Jenis Permainan Bola Yang Meningkatkan Perkembangan Bayi, Ibu Pun Boleh Join Sekali!

    Jenis Permainan Bola Yang Meningkatkan Perkembangan Bayi, Ibu Pun Boleh Join Sekali!

  • Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

    Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

  • Jantung Bayi Berbunyi 'Murmur': Ini Punca, Gejala & Rawatan

    Jantung Bayi Berbunyi 'Murmur': Ini Punca, Gejala & Rawatan

  • Jenis Permainan Bola Yang Meningkatkan Perkembangan Bayi, Ibu Pun Boleh Join Sekali!

    Jenis Permainan Bola Yang Meningkatkan Perkembangan Bayi, Ibu Pun Boleh Join Sekali!

  • Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

    Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.