TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Panduan Lengkap Buat Ibu Ayah Baru

6 min bacaan
Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Panduan Lengkap Buat Ibu Ayah Baru

Cara cukur rambut bayi hendaklah dilakukan pada hari-7 selepas kelahiran dengan berhati-hati kerana kepala si manja masih lembut dan sangat sensitif.

Kehadiran ahli baru dalam keluarga memberikan pelbagai kesan emosi kepada ibu ayah, lebih-lebih lagi jika anak pertama. Setelah dilahirkan, anda perlu meletakkan nama dengan maksud yang baik dan disunatkan untuk menyempurnakan cara cukur rambut bayi sehingga botak. 

Ajaran Islam telah menyusun beberapa perkara yang dilakukan oleh ibu ayah. Bagi pengetahuan anda, hari ke-7 selepas anak dilahirkan, adalah disunatkan memberi nama bayi, mencukur rambut hingga botak serta melakukan kenduri aqiqah.

Ia adalah sunnah Rasulullah yang afdhal untuk diamalkan.

▲▼Isi Kandungan

  • Cara Cukur Rambut Bayi
  • Sebab Perlu Cukur Rambut Bayi
  • Hukum Cukur Rambut Bayi
  • Tips Memastikan Kepala Bayi Tidak Luka
  • Cara Timbang Rambut Bayi
  • Kebaikan Cukur Rambut Bayi

Cara Cukur Rambut Bayi Dengan Betul

Peralatan Yang Diperlukan

Peralatan yang digunakan untuk cukur rambut bayi juga memainkan peranan penting supaya kulit kepala bayi tidak terluka semasa mencukur. Sebelum mula mencukur rambut bayi, pastikan anda menyediakan peralatan yang mencukupi.

Antara alatan yang perlu disediakan:

  • Pisau pencukur – sebaiknya pilih pisau pencukur dengan 3 mata.
  • Mangkuk berisi air 
  • Tuala
  • Bedak sejuk atau bedak bayi
  • Gunting jika perlu

Bagi anda yang baru ingin mencuba cukur kepala bayi, berikut merupakan cara cukur rambut bayi menurut islam.

  1. Sediakan 1 bekas yang berisi air

  2. Kemudian basahkan kepala bayi dan gunakan sedikit syampu rambut bayi

  3. Guna pisau cukur Gillete atau mana-mana jenama. Pastikan ia masih baru dan tajam

  4. Setiap kali cukur, celupkan pisau cukur dalam bekas berisi air tadi

  5. Selepas selesai, lap kepala si manja dan sapukan sedikit bedak sejuk

Sebab Perlu Cukur Rambut Bayi

Amalan cukur rambut bayi bukanlah adat Melayu semata-mata. Ia adalah bersandarkan dalil dari hadis Nabi sendiri iaitu:

”Setiap anak tertebus dengan aqiqahnya, disembeli di hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya.” (Hadis riwayat Nasai 4149, Abu Daud 2837, Tirmidzi 1522 dan disahihkan Al-Albani)

Sesetengah bayi dilahirkan dengan memiliki rambut yang cantik dan lebat, sehingga ada ibu ayah berasa sayang untuk cukur rambut anak.

#1. Tidak Dikira Sunnah Jika Gunting Sedikit Sahaja

Menurut Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz menegaskan bahawa amalan cukur jambul tidak akan dikira sebagai sunnah jika ibu ayah menggunting sedikit sahaja atau tidak dicukur sepenuhnya selepas majlis. Ustaz Azhar Idrus turut menekankan juga tiada pahala diperoleh daripada hanya menggunting sedikit rambut bayi yang baru lahir.

#2. Membersihkan Bayi Daripada Kotoran

Antara sebab utama mencukur rambut bayi adalah tujuan tujuan kesihatan. Sewaktu bersalin, bayi akan melalui rahim yang turut membawa kotoran serta lemak ibu. Ini secara tidak langsung menyebabkan sisa melekat pada kulit kepala si manja. Dengan mencukur rambutnya sehingga botak, sisa ini dapat dibersihkan secara menyeluruh.

#3. Mengelakkan Masalah Cradle Cap

Selain itu amalan cukur jambul bayi adalah untuk mengelakkan cradle cap. Sesetengah bayi mengalami masalah ini ditandai dengan kerak kepala berwarna kekuningan dan berminyak. Apabila rambut dicukur botak, ia lebih mudah untuk anda memeriksa kesihatan pada kepala si manja.

#4. Menggalakkan Rambut Tumbuh Lebat

Bagi menggalakkan rambut bayi tumbuh lebih lebat selepas dicukur, ibu boleh memberikan urutan pada kepalanya bagi meningkatkan aliran darah ke kepala. Menurut laman web kesihatan Livestrong, teknik ini mampu membuatkan rambut tumbuh lebih cepat.

Hukum Cukur Rambut Bayi Menurut Islam

Mencukur rambut bayi yang baru lahir merupakan salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh syarak. Ini berdasarkan hadis daripada Saidina Ali RA, katanya:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.”

Riwayat al-Tirmizi (1519)

Tips Memastikan Kepala Bayi Tidak Luka

Bagi memastikan kepala tidak terluka selepas mencukur, ibu ayah hendaklah tahu cara cukur rambut bayi dengan betul seperti:

  • Jika rambut si manja terlalu lebat, potong dahulu sependek mungkin menggunakan gunting
  • Pastikan mula mencukur dari atas ke bawah
  • Setelah habis dicukur, rapikan dengan mencukur dari bawah ke atas sehingga habis sisa rambut terbuang
  • Pastikan diri anda kekal tenang dan tidak gementar kerana ia boleh memberikan kesan terhadap bayi
  • Anda boleh cukur kepala semasa bayi sedang tidur atau menyusu
  • Pastikan ibu ayah cuci tangan sebelum mencukur

Cara Timbang Rambut Bayi

Adalah disunatkan untuk ibu ayah menimbang rambut yang telah dicukur tersebut, seterusnya nilaikan dengan harga emas semasa dan sedekahkan kepada orang yang memerlukan.

Caranya adalah dengan:

  1. Masukkan rambut ke dalam beg plastik dan timbang
  2. Anda juga perlu timbang beg plastik yang kosong
  3. Tolak perbezaan berat bagi mendapatkan berat rambut yang sebenar tanpa berat plastik
  4. Darab berat rambut dengan nilai emas semasa. Sekiranya tidak mampu, ibu ayah boleh menggunakan nilai perak

Kebaikan Cukur Rambut Bayi

1. Kebersihan

Rambut yang tumbuh semasa di dalam rahim ibu akan terkena lemak dan lendiran ketika proses bersalin. Jadi, dengan membuang rambut asal bayi dapat membersihkan kepala dari kotoran yang ada. 

2. Pengaliran darah yang lancar

Kesan mencukur rambut bayi yang baru lahir membantu menjadikan pengaliran darah ke kepala lebih lancar dan melengkapkan keperluan khasiat dan oksigen yang diperlukan perkembangan otak supaya bayi lebih cergas dan cerdas.

3. Menghilangkan masalah kerak kepala

Sesetengah bayi mengalami kerak di kepala. Kerak kepala selalunya berwarna kekuningan dan berminyak serta mengeluarkan bau yang hamis.

Dengan mencukur rambut yang ada, lebih mudah untuk membersihkan kerak kepala dan menghilangkan rasa tidak selesa pada bayi kerana kegatalan. 

4. Merangsang pertumbuhan rambut baru yang sihat

Rambut bayi selepas cukur sehingga botak akan tumbuh lebih sihat, kuat dan lebat. Jadi, sementara mereka masih kecil dan ubun masih lembut tidak perlu ditangguhkan lagi.

Jangan risau, kebiasaannya rambut bayi akan cepat tumbuh selepas dibotakkan nanti.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

5. Bayi lebih selesa

Kadangkala rambut bayi yang panjang dan mencucuk-cucuk di sekitar telinga boleh jadi merimaskan. Jika anak anda tidak tidur lena, tidak salahnya untuk segera bercukur.

Kesimpulannya, ibu ayah yang ingin mencukur rambut bayi hendaklah sentiasa berhati-hati dan menekankan aspek kebersihan kerana ubun-ubun kepala bayi baru lahir masih lembut.

Kulit mereka juga sangat sensitif. Jika anda was-was, minta bantuan orang yang berpengalaman seperti ibu, mentua atau ahli keluarga yang lain.

Korban Aqiqah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Menenangkan Bayi Baru Lahir Dengan Efektif, #3 Paling Mudah Untuk Ibu Cuba!

Baca juga: Boleh Cukur Jambul Bayi Dahulu, Baru Buat Aqiqah Jika Ibu Ayah Tidak Berkemampuan

Baca juga: Rambut Bayi: Bila Ia Tumbuh, Tips Penjagaan & 21 Cara Melebatkan Rambut Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Panduan Lengkap Buat Ibu Ayah Baru
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

powered by
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham