Sebaik sahaja masuk hari ke-7 kelahiran, antara perkara sunat yang perlu ibu ayah lakukan adalah menamakan bayi, melakukan aqiqah dan mencukur rambut bayi hingga botak. Bagi membolehkan rambutnya tumbuh semula dengan sihat, ada beberapa petua melebatkan rambut bayi yang boleh anda cuba.
Sesetengah ibu mungkin berasa sayang untuk cukur rambut bayi. Walau bagaimanapun, tujuan mencukur rambut adalah untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan. Di samping itu untuk menjaga kebersihan dan memastikan anak bebas dari penyakit.
Petua melebatkan rambut bayi selepas bercukur
Kebanyakan bayi yang baru lahir kelihatan begitu comel kerana rambutnya lebat dan menutupi keseluruhan kepala. Namun selepas bercukur, ada sesetengah ibu berdepan masalah rambut anak nipis, jarang serta lambat tumbuh sehingga perlu mencuba pelbagai produk rambut bayi.

Bagaimanapun, anda sepatutnya tidak perlu bimbang kerana tebal atau nipisnya rambut bayi sebenarnya dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunannya.
Bagi bayi baru lahir hingga enam bulan, ibu hendaklah sentiasa mengambil pemakanan seimbang kerana si manja memerlukan khasiat yang cukup daripada susu ibu untuk berkembang dengan baik.
Antara petua melebatkan rambut secara semula jadi yang boleh ibu ayah cuba di rumah adalah:
#1. Air kelapa muda
Petua melebatkan rambut bayi yang pertama adalah menggunakan air kelapa muda.Anda hanya perlu menyediakan air kelapa muda secukupnya, siramkan pada kulit kepala bayi sambil diurut lembut.
Cara nak lebatkan rambut bayi dengan cepat adalah lakukannya setiap pagi dan petang selepas waktu mandi.
#2. Minyak kelapa
Hentikan penggunaan bahan tidak jelas dan berbahaya yang ada dalam minyak rambut.
Sebenarnya pada beberapa minggu pertama selepas kelahiran, ibu ayah tidak digalakkan guna produk lebatkan rambut bayi.
Hal ini kerana dikhuatiri bahan yang terkandung di dalamnya boleh membawa mudarat terhadap si manja.
Sebaliknya, gunakan saja bahan semula jadi seperti minyak kelapa yang sudah jelas tidak akan membawa bahaya atau merosakkan rambut dan kulit kepala mereka.
#3. Lidah buaya
Lidah buaya memang bukan lagi rahsia melebatkan rambut. Tidak hanya bayi, malah ramai orang dewasa yang menggunakan tanaman ini untuk menghitamkan dan melebatkan rambut mereka.
Cara nak lebatkan rambut bayi adalah dengan mengambil isi dan lendir lidah buaya sahaja. Kemudian hancurkan isi sehingga menjadi dalam bentuk gel.
Sapukan pada rambut dan kulit kepala bayi. Buat secara berulang kali setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
#4. Madu dan minyak zaitun
Madu bukan saja baik diamalkan dalam diet seharian malah dapat membantu menyihatkan kulit, begitu juga dengan minyak zaitun yang membuat kulit lebih sihat kerana mengandung vitamin E.
Kedua bahan ini juga dikatakan mampu melebatkan rambut. Caranya adalah campur madu bersama minyak zaitun. Sapukan di bahagian kepala dan biarkan beberapa saat sebelum membilasnya.
Lakukan sekali sehari atau dua hari.
#5. Buah avokado dan madu
Cara melebatkan rambut bayi yang seterusnya adalah menggunakan buah avokado dan madu.
Ibu hanya perlu ambil isi buah yang sudah masak, kemudian hancurkan hingga halus seperti pupur. Kemudian, campurkan satu sudu madu asli.
Kacau sebati dan sapu pada rambut serta kulit kepala bayi. Jangan lupa gunakan penutup kepala agar tidak disentuh atau diusik oleh tangan kecil si manja.
Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.
#6. Buah keras
Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah.
Minyak buah keras memiliki banyak khasiat untuk rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semula jadi.
Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.
#7. Pisang dan minyak zaitun
Cara melebatkan rambut dalam masa 3 hari adalah menggunakan pisang dan minyak zaitun. Buah pisang mengandungi bahan mineral seperti kalium yang dapat merangsang pertumbuhan rambut lebih cepat.
Campuran pisang bersama minyak zaitun dapat membuatkan folikel rambut lebih kuat dan tumbuh dengan baik.
#8. Minyak argan
Minyak argan mengandungi vitamin E dan kaya antioksidan, kandungan ini dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan menjadi salah satu cara melebatkan rambut dalam masa 3 hari.
Untuk bayi, minyak argan boleh disapu sebelum dicuci dan diurut perlahan-lahan, biarkan selama 10 minit.
Kemudian bilas menggunakan air suam. Bila rambut bayi semakin lebat nanti boleh sapukan pada rambut seperti masker.
#9. Minyak hazelnut
Minyak hazelnut telah lama dipercayai membantu melebatkan rambut bayi. Kandungan asid penting dan linoleik yang terkandung dalam hazelnut membantu merangsang pertumbuhan rambut yang cepat.
Cara melebatkan rambut dalam masa 3 hari adalah dengan sapukan minyak hazelnut perlahan-lahan pada kulit kepala bayi dan buat urutan lembut untuk melancarkan peredaran darah.
Jika kulit bayi anda jenis yang sensitif, pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Cara lebatkan rambut bayi 6 bulan dan ke atas

#10. Pastikan anak penuhi keperluan vitamin
Cara lebatkan rambut bayi 6 bulan ke atas adalah dengan memastikan anak mendapat keperluan vitamin yang mencukupi.
Sumber vitamin ini penting kerana setiapnya mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu menyihatkan rambut:
- vitamin C dan E yang membantu melindungi rambut daripada cahaya matahari yang boleh membuatkan rambut rosak
- vitamin A membantu menyihatkan kelenjar kulit kepala
- vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut dan membaiki rambut-rambut rosak
#11. Elakkan makanan tidak sihat
Salah satu cara lebatkan rambut anak adalah dengan menjaga pemakanannya. Elak beri anak junk food dan minuman berkarbonat kerana ia akan membuatkan rambut mereka kering dan kasar.
#12. Banyakkan makan sayuran, buah-buahan
Rambut mudah tumbuh dan lebat jika tubuh anak penuh nutrisi. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jika mereka susah memakan buah, buatkan jus atau smoothie tanpa gula yang penuh khasiat.
#13. Makan telur
Masukkan telur dalam diet seharian. Ini kerana telur mengandungi protein, kaya L-cysteine iaitu asid amino yang sangat penting dalam pertumbuhan rambut yang sihat.
Selain itu, ia mengandungi manganese dan vitamin B biotin yang membantu mengurangkan rambut gugur.
#14. Beri anak bijirin sihat
Kita sering terlepas pandang bab ini kerana kebanyakan yang dijual di pasaran adalah sumber bijirin yang diproses. Tukar menu seperti roti putih, biskut dan pasta kepada whole grains.
Mengandungi Keratin, whole grains bertindak balas dengan hormon yang membantu pertumbuhan rambut.
#15. Banyakkan beri anak ikan
Cara lebatkan rambut anak yang seterusnya adalah pelbagaikan menu ikan. Asid lemak yang terkandung di dalamnya mampu memberikan perlindungan kesihatan pada rambut secara maksimum dan hasilnya, rambut semakin tebal.
Banyakkan makan ikan yang kaya Omega 3, daging lembu organik yang kaya Omega 6 dan minyak zaitun sumber utama Omega 9.
#16. Pengambilan zat besi
Cara melebatkan rambut untuk anak yang lebih besar adalah memastikan si manja mendapat kandungan zat besi iaitu antara 7 hingga 10 mg setiap hari.
Biji bunga matahari, oat, bijirin, daging dan ayam adalah antara makanan yang kaya dengan zat besi.
Cara orang India melebatkan rambut
Ada beberapa cara orang India melebatkan rambut mereka khususnya golongan wanita. Antaranya:
- Daun pandan bersama santan
Gabungan dua bahan ini dikatakan mampu lebatkan rambut anak. Caranya adalah tumbuk daun pandan, kemudian masukkan sedikit air dan perah.
Seterusnya ambil santan dan campurkan dengan daun pandan. Kacau sehingga rata dan biarkan selama setengah hari sebelum sapukan pada kepala anak untuk 45 minit atau lebih.
Akhir sekali bilas dengan air. Lakukan dengan kerap bagi mendapatkan hasilnya.
Cara melebatkan rambut yang seterusnya adalah menggunakan masker protein. Ambil sebiji telur dan asingkan bahagian putihnya. Lalu sapukan putih telur berkenaan pada akar rambut.
Balut dengan tuala kecil untuk tempoh satu jam.
Jojoba, Lavender dan almond merupakan tumbuhan yang baik dalam perawatan dan pertumbuhan rambut. Cara melebatkan rambut menggunakan bahan ini adalah campurkan kesemuanya gabungkan dengan masker kelapa.
Setelah itu sapukannya pada kulit kepala dan biarkan selama 2–3 jam. Cuci rambut dua kali agar kesan dan bau minyak hilang.
- Cuci rambut dengan cuka epal
Cara untuk melebatkan rambut yang seterusnya adalah cuka epal.
Penggunaan cuka epal pada rambut sangatlah mudah, Anda hanya perlu menggunakannya sebagai pengganti conditioner, bezanya anda tidak perlu membilas rambut.
- Bilas rambut anak menggunakan air sejuk
Selain tips lebatkan rambut di atas, ada cara paling mudah ibu boleh cuba iaitu menggunakan air dingin untuk membilas rambut setelah menggunakan conditioner.
Cara penjagaan rambut bayi dengan betul

#1. Membersihkan kerak pada kepala bayi
Tips melebatkan rambut dan cara jaga rambut bayi hendaklah mengutamakan kebersihan kepala si manja.
Kerak kepala bayi muncul disebabkan oleh penghasilan sebum yang banyak iaitu salah satu bahan untuk memastikan kulit kepala bayi kekal lembap. Biasanya ia kelihatan seolah-olah seperti kelemumur dan berwarna kekuningan.
Bagi membersihkan kepala si manja, letakkan sedikit minyak bayi dan gosok perlahan menggunakan berus rambut atau berus gigi lembut. Lakukan dengan kerap, lama kelamaan kulit kepala bayi akan bersih.
#2. Elakkan sikat plastik, guna berus lembut
Tips melebatkan rambut dan menjaganya dengan baik adalah penggunaan berus lembut.
Dengan menyikat rambut bayi, liang pori mereka akan dirangsang untuk menghasilkan sebum yang sihat. Walau bagaimanapun perlu ingat bahawa kulit kepala bayi bersifat lembut dan nipis.
Justeru sikat plastik yang biasa kurang sesuai, sebaiknya gantikan dengan sikat khas untuk bayi menggunakan berus lembut.
#3. Guna syampu yang dikhaskan untuk bayi
Salah satu tips lebatkan rambut adalah penggunaan syampu bayi.
Bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang baik, si manja anda hendaklah disyampu sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Selepas mencuci kepala bayi, anda hendaklah mengeringkan rambut dengan baik.
Hal ini kerana kulit kepala yang lembap akan meningkatkan risiko jangkitan kulat.
#4. Melakukan urutan kepala bayi
Cara penjagaan rambut yang lain adalah melakukan urutan.
Urutan daripada tangan seorang ibu dapat meningkatkan pengaliran darah pada kulit kepala. Keadaan ini sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut bayi.
Caranya adalah dengan sapukan minyak pada kulit kepala bayi. Gunakan kelima-lima jari, tekan lembut ke atas kepala si manja dalam gerakan membentuk bulatan.
#5. Elakkan tuala kasar atau pengering
Penggunaan tuala kasar atau pengering rambut boleh membuatkan kepala si manja tertekan.
Bagi yang berusia lebih enam bulan, cara penjagaan rambutnya adalah ibu boleh beli sikat bergigi jarang untuk menyikat rambut, perapi rambut setiap kali selepas syampu dan elak ikat rambut dengan ketat.
#6. Guna minyak rambut yang sesuai
Petua lebatkan rambut yang seterusnya adalah pemilihan minyak yang sesuai dan selamat.
Dalam bab cara jaga rambut anak, ibu digalakkan meneliti kandungan dalam minyak rambut bayi berasaskan sumber organik seperti minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak hazelnut.
Untuk anak yang lebih besar, anda juga boleh membuat sendiri masker rambut yang sihat daripada bahan semulajadi.
Nak rambut cantik, jagalah pemakanan anak
Sebab itu pastikan anak menerima vitamin dan nutrisi yang secukupnya. Segera berjumpa doktor jika mengalami masalah kulit kepala agar dapat diubati segera kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan rambut yang sempurna serta tebal.
Elak mengguna produk daripada bahan kimia untuk mendapatkan rambut yang lebat kerana ia hanya untuk masa yang singkat sahaja malah boleh memberi kesan sampingan untuk tempoh lama.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat
Baca juga: Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!
Baca juga: Ibu Sedih Rambut Anak Kena Potong Pendek Oleh Pengasuh, Dah Nampak Macam Gegirl!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!