TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Detik Mengerikan! Doktor Tarik Kepala Bayi Terlalu Kuat Sampai TERPUTUS Dari Badannya

22 Oct, 2020
Detik Mengerikan! Doktor Tarik Kepala Bayi Terlalu Kuat Sampai TERPUTUS Dari Badannya

Proses melahirkan bayi merupakan saat penuh debaran bagi semua ibu hamil. Ada yang melaluinya dengan mudah dan ada pula tidak bernasib baik seperti kes ini!

Proses melahirkan bayi adalah saat paling getir dan penuh dengan air mata kerana ia melibatkan nyawa anda dan anak yang bakal dilahirkan. Siapa sangka setelah melalui pelbagai ujian ketika mengandung, akhirnya si ibu terpaksa menerima takdir yang tidak pernah diminta olehnya.

Kejadian yang mengerikan boleh berlaku sekiranya anda berdepan komplikasi bersalin sehingga sedikit kesilapan boleh meragut bayi.

Proses melahirkan bayi gagal

proses kelahiran bayi

credit to sources

Memetik laporan Harian Metro, kepala seorang bayi yang baru lahir telah dilaporkan terputus daripada badannya dalam proses melahirkan bayi gagal berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, utara Brazil.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila beberapa orang doktor telah memaksa ibu muda berusia 26 tahun meneran bayi keluar dari dalam kandungan. Walau bagaimanapun dia sebenarnya sebelum ini telah dijadualkan bersalin secara pembedahan.

Menurut keterangan suami mangsa, isterinya sedang mengandung 8 bulan telah tiba di pusat perubatan berkenaan pada jam 6 pagi dari sebuah hospital lain di bandar Qurem bagi menjalani pembedahan Caesarean secara elektif.

Mangsa kemudiannya terpaksa menunggu selama 3 jam sebelum dibawa ke dewan bersalin untuk proses melahirkan bayi secara normal. 

”Sebelum ini pihak hospital Qurem telah memberikan surat yang menyatakan bayi kami hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana dia mengalami masalah kesihatan ketika dalam kandungan,” 

”Namun apabila tiba sahaja di hospital ini, mereka menyuruh isteri saya untuk bersalin normal. Mereka menarik kepala anak saya terlalu kuat sehingga kepalanya terputus dari badan,” jelas lelaki berkenaan kepada pihak media.

Kemudian, doktor telah meletakkan ubat bius di badan mangsa untuk menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal di dalam rahim.

Mangsa sudahpun dimaklumkan tentang kematian anaknya, namun tidak mengetahui punca bayi tersebut meninggal dunia. Salah seorang anggota perubatan mendakwa bahawa bayi dalam kandungan wanita berkenaan telah pun meninggal dunia sebelum dia diarahkan bersalin normal.

Berhubung insiden tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan terperinci oleh pihak berkuasa.

Tips kekal tenang menghadapi proses bersalin

Kebanyakan ibu pasti akan terbayang dengan cakap-cakap orang tentang kesakitan untuk melahirkan seorang anak. Meskipun sepanjang tempoh 9 bulan anda telah melakukan pelbagai persiapan fizikal dan mental, namun rasa cemas itu masih ada.

Berdasarkan penerangan oleh Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Norshida Brahim, proses kelahiran bayi sepatutnya dilalui dengan hati yang tenang. Anda hendaklah mengenal pasti perubahan, tanda-tanda dan langkah sehingga bayi berjaya dilahirkan.

#1. Mengenali simptom awal hendak bersalin

proses bersalin

credit to sources

Pada awal kelahiran, ibu mungkin terpaksa menahan sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau abdomen dan disertai rasa kejang seolah-olah senggugut.

Namun jika tidak disertai dengan rasa sakit atau lelehan mukus berwarna coklat atau darah, ia mungkin adalah Braxton Hicks. Justeru, kenali simptom sebenar supaya anda tidak penat berulang-alik ke hospital.

”Biasanya Braxton Hicks berlaku paling awal pada usia kandungan 8 bulan atau 32 hingga 36 minggu. Ibu akan berasa perut mengeras, tidak selesa dan berat pada bahagian ari-ari.” jelasnya.

Namun apabila mencecah usia kandungan 37 minggu dan perut mula mengeras, kontraksi hendak bersalin boleh dibezakan dengan naluri ibu sendiri. Tubuh akan merasakan sakit bersalin yang sebenar.

#2. Menjaga masa

Perhatikan waktu anda sakit. Sekiranya ia datang setiap setengah jam, pantau lagi dengan merekodkan secara bertulis di atas kertas atau catat dalam nota telefon pintar.

Ibu perlu mempertimbangkan jarak lokasi dengan hospital. Jika dekat, anda boleh datang ketika kontraksi bermula setiap 10 minit. Ambil perhatian sekiranya kontraksi sama berulang 3 kali. Ketika ini anda hendaklah menuju ke hospital.

#3. Usah ‘berehat’ terlalu awal

proses melahirkan bayi gagal
Stories Rakan Kongsi
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
6 tips on how to build resilience in children
6 tips on how to build resilience in children
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

credit to sources

”Zaman ini sudah menjadi trend kebanyakan ibu muda apabila memasuki usia kandungan 38 minggu, mereka akan meminta sijil cuti sakit. Kemudian, mereka hanya duduk di rumah dan mungkin membelek beg, menyemak keperluan bayi berulang-ulang kali,” 

”Lama-kelamaan, ibu menjadi semakin bimbang dan cemas. Kadang kala apabila rasa sakit sedikit, terus ajak suami ke hospital. Semua ini adalah kesan psikologi dan kerap terjadi kepada ibu yang mengandung anak pertama,” jelasnya.

Justeru, sekiranya anda hendak cuti pastikan tubuh terus aktif melakukan pelbagai aktiviti bagi menenangkan diri dan bersedia untuk kelahiran bayi.

Sumber: Harian Metro

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-melahirkan-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Detik Mengerikan! Doktor Tarik Kepala Bayi Terlalu Kuat Sampai TERPUTUS Dari Badannya
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham