Sakit bersalin ini sememangnya ada pelbagai jika diperjelaskan terutamanya mereka yang kali pertama bersalin. Ada yang cakap sakit yang tidak terkata, tidak pernah dirasai sebelum ini, sakit yang nyawa bagaikan di hujung tanduk dan sebagainya.
Namun begitu, ramai yang menyatakan perasaan gembira dan excited setelah dapat berjumpa dengan bayi yang dikandung selama sembilan bulan. Mendengar pengalaman orang tentang sakit bersalin bukanlah satu perkara yang menyenangkan. Kadangkala boleh fobia jadinya.
Tapi, tak dapat dinafikan, kita tetap akan tertanya-tanya macam mana sakit bersalin ini. Tahap sakit setiap kelahiran adalah berbeza, dan sehingga anda mengalaminya sendiri, anda tak akan tahu bagaimana tahap sakit yang akan anda hadapi. Jangan risau, ini adalah apa yang anda perlu tahu tentang sakit bersalin dan harapnya ia dapat membantu anda sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran permata hati anda.
Apakah Rasa Sebenar Sakit Bersalin?
Rahim ialah organ otot yang akan menguncup dengan kuat untuk mengeluarkan bayi dan penguncupan ini lebih dikenali sebagai kontraksi adalah penyebab utama anda sakit ketika bersalin.
Sekuat mana sakit yang anda alami adalah bergantung pada beberapa faktor:
- Kekuatan kontraksi anda (akan bertambah dari masa ke semasa).
- Induce. Ia menyebabkan kontraksi jadi lebih kuat.
- Saiz bayi dan kedudukan mereka pada pelvik.
- Posisi bayi. Sama ada mukanya menghadap ke depan atau ke belakang.
- Berapa lama masa yang diambil untuk bersalin
Selain kekejangan otot yang kuat pada abdomen dan kadang-kala di seluruh badan dan kawasan pelvik, anda juga akan merasa tekanan pada belakang anda, vagina, pundi kencing dan usus. Kesemua ini digabungkan menjadikan anda lebih sakit.
Kombinasi genetik dan pengalaman hidup juga akan menentukan tahap ketahanan atau kebolehan anda untuk menahan sakit. Sokongan sosial, ketakutan, kecemasan dan juga cerita-cerita bersalin yang anda dengar juga boleh menyumbang pada persepsi sakit anda.
Sakit Bersalin Bertambah Secara Berperingkat
Sakit orang bersalin biasanya datang secara berperingkat dan semakin sakit apabila anda melalui peringkat akhir bersalin.
#1. Peringkat awal bersalin (sehingga lapan jam atau lebih)
Biasanya bukaan servik anda akan terbuka sepanjang 3cm ke 4cm dan ia mula menipis. Biasanya, kontraksi ringan ke sederhana akan bertahan 30 hingga 60 saat. Anda akan mengalami kontraksi ini setiap lima ke 20 minit dan menjadi bertambah kuat dan sering.
#2. Peringkat bersalin aktif (dua ke lapan jam)
Kontraksi akan terus menjadi lebih lama, kuat dan semakin rapat. Bukaan servik anda akan terbuka ke 7cm dan ini adalah masa yang biasa untuk wanita minta ubat sakit (epidural), walaupun kadang-kadang ia akan diberi lebih awal.
#3. Peringkat peralihan (satu jam atau lebih)
Sakit akan jadi lebih kuat apabila bukaan servik anda mencapai bukaan penuh iaitu 10cm. Dengan tambahan ketegangan yang anda rasai apabila kontraksi anda semakin cepat, anda juga akan rasa sakit belakang, pangkal paha, tepi badan dan rasa mual.
#4. Meneran (beberapa minit ke tiga jam)
Anda akan jadi lebih sakit apabila anda merasa desakan yang kuat untuk meneran bayi keluar . Beberapa wanita menggambarkan situasi ini seperti “hendak mengeluarkan buah tembikai atau bola boling.”
Walaupun sakit yang anda rasai berterusan ketika bukaan bersalin semakin luas, ramai wanita mengatakan mereka merasa lega untuk meneran kerana ia membantu melegakan tekanan. Apabila kepala bayi mula keluar, anda akan rasa ngilu dan terbakar di sekitar bukaan apabila vagina meregang.
#5. Mengeluarkan uri
Proses bersalin normal yang ini kebiasanya lebih mudah kerana kontraksi ringan dan kejang akan mengeluarkan uri. Di peringkat ini biasanya anda akan lebih fokus pada bayi anda yang baru lahir.
Cara Mengurangkan Rasa Sakit Melahirkan Anak
Langkah selesa boleh membantu anda meningkatkan keupayaan untuk mengawal kesakitan proses bersalin normal adalah dengan menggunakan beberapa teknik relaksasi.
Nafas berirama, visualisasi, meditasi dan strategi relaksasi yang lain boleh membantu untuk menenangkan minda anda dan melonggarkan otot anda.
Teknik lain yang berkesan termasuklah:
- berurut
- berjalan
- bercakap
- mandi
- letak ais atau haba
Sama ada anda merancang untuk menggunakan ubat tahan sakit atau tak, cuba untuk jadi fleksibel. Anda tak akan tahu apa yang anda perlukan sebelum mengalaminya sendiri. Setiap pilihan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Jika anda memilih untuk melahirkan secara semula jadi tanpa ubat, ia akan memberikan perasaan yang berbaloi dengan pencapaian anda. Tapi jika anda tak boleh nak tahan sakit, ubat dapat mencegah anda dari terseksa.
Pilihan Untuk Melegakan Sakit Proses Bersalin Normal
Bersalin sememangnya bukanlah ujian untuk ketahanan.
Pada zaman perubatan moden, kini terdapat kaedah yang berkesan untuk pengurusan sakit bersalin. Sebaik-baiknya, ibu harus mendapatkan maklumat mengenai pilihan ini dalam minggu atau bulan sebelum tarikh akhir, untuk memberi masa untuk membuat keputusan yang termaklum.
#1. Kaedah bukan farmakologi (iaitu tidak menggunakan ubat)
Contohnya termasuk: hipnosis, hidroterapi, penggunaan haba atau sejuk tempatan, rangsangan saraf elektrik transkutaneus (juga dipanggil ‘TENS’), teknik akupunktur. Kaedah-kaedah ini berbeza-beza keberkesanannya tetapi majoritinya belum dibuktikan oleh kajian berkesan. Beberapa kaedah ini mungkin berguna dalam kerja singkat. Secara tempatan, kaedah ini tidak digunakan secara meluas.
#2. Kaedah farmakologi (iaitu menggunakan ubat)
Contohnya termasuk: penyedutan gas entonox, suntikan opioid, analgesia epidural atau gabungan spinal-epidural.
#3. Penyedutan Entonox
Dalam kaedah ini, ibu menyedut campuran gas 50% nitrus oksida dalam oksigen, diberikan melalui topeng muka atau corong yang ketat. Untuk penggunaan yang berkesan, orang bersalin harus mula menghirup gas sebaik sahaja kontraksi bermula, supaya kesan maksimum dicapai pada puncak kontraksi.
Penyedutan entonox tidak menghilangkan rasa sakit tetapi hanya mengubah keadaan mental supaya sakit dirasai kurang akut.
Keberkesanan entonox dalam melegakan sakit bersalin berbeza dari individu ke individu. Secara amnya, sehingga 50% ibu yang bersalin akan mendapati ini satu bentuk melegakan kesakitan yang memuaskan.
#4. Suntikan Opioid
Opioid yang paling biasa digunakan untuk kawalan sakit bersalin ialah petidin. Kebiasanya bidan akan menyuntiknya ke dalam otot paha. Setiap suntikan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk permulaan kesan dan memberikan dua hingga tiga jam melegakan kesakitan.
Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diberikan semasa bayi hampir keluar (biasanya sekurang-kurangnya 4 jam sebelum bersalin dan terhad kepada keadaan serviks <6 cm mengembang), kerana ia boleh menyebabkan rasa mengantuk dan masalah pernafasan pada bayi yang baru lahir.
Jika ini berlaku, penawar yang dikenali sebagai naloxone perlu diberikan kepada bayi untuk membalikkan kesan sampingan. Di Hospital peranti tersedia yang membolehkan ibu mentadbir sendiri ubat opioid bertindak pendek ke dalam aliran darah secara intravena dengan menekan butang (teknik yang dikenali sebagai ‘Analgesia Intravena Kawalan Pesakit’ atau PCIA).
Ini amat berguna sebagai alternatif untuk melegakan kesakitan dalam situasi apabila analgesia epidural tidak boleh diberikan, seperti kepada orang bersalin yang mempunyai kecenderungan pendarahan seperti paras platelet rendah atau masalah tulang belakang seperti cakera intervertebral yang prolaps.
Sama ada disuntik ke dalam otot atau aliran darah, kesan sampingan opioid yang diketahui adalah termasuk mengantuk, loya dan muntah. Ibu juga mungkin mengalami pernafasan yang lebih pendek dan perlahan.
#5. Analgesia Epidural (EA)
Analgesia Epidural (EA) adalah salah satu cara yang paling boleh dipercayai dan berkesan untuk melegakan kesakitan bersalin. Kelegaan kesakitan dicapai dengan suntikan ubat anestetik tempatan melalui tiub kecil ke dalam ruang epidural dalam saluran tulang belakang yang dilakukan oleh pakar bius terlatih.
Gabungan Analgesia Spinal-Epidural (CSEA) berbeza daripada EA kerana dos awal ubat diberikan ke dalam ruang tulang belakang, yang juga berada di dalam saluran tulang belakang. Ini menyebabkan permulaan melegakan kesakitan lebih cepat. Keputusan untuk EA atau CSEA biasanya diserahkan kepada budi bicara pakar bius, seperti yang ditentukan oleh peringkat dan kemajuan bersalin.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!
Baca juga: Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut
Baca juga: Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan Yang Selamat Diambil, Bantu Sembuhkan Luka Bersalin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!