X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!

Secara amnya, ibu hamil perlukan banyak pad selepas bersalin pada hari awal selepas bersalin. Jadi ini dia jenama terbaik untuk ibu.

Apabila bercakap tentang persediaan bersalin, selalunya kita akan mula mencari set berpantang, barangan bayi, pakej bersalin terbaik dan barangan untuk penyusuan ibu tetapi, salah satu keperluan ibu berpantang yang sangat penting adalah pad bersalin yang bertindak sebagai pelapik darah nifas atau darah selepas bersalin.

Ibu baru bersalin memerlukan banyak pad kerana pendarahan dari rahim akan bermula tidak lama selepas bayi dilahirkan. Darah tersebut dari tempat di mana plasenta dilampirkan, jadi pengeluaran darah nifas akan terjadi sama ada ibu bersalin normal atau pembedahan caesar.

Isi Kandungan

  • Berapa Banyak Pad Selepas Bersalin Yang Diperlukan?
  • Memilih Pad Bersalin Yang Betul
  • Autumnz
  • Beeson
  • Pureen
  • Babesteps
  • Mothercare
  • Lunavie
  • Kasumi
  • Natracare
  • Mother-K
  • Kotex
  • Always Maxi
  • ALWAYS Infinity
  • Poise
  • Perbandingan Harga
  • 10 Perkara Tentang Pendarahan Selepas Bersalin Yang Ibu Patut Tahu

Berapa Banyak Pad Selepas Bersalin Yang Diperlukan?

pad materniti

Bilangan pad yang diperlukan tak sama bagi semua orang. Ini bergantung kepada tindak balas tubuh kepada keadaan selepas bersalin dan perubahan hormon anda.

Tetapi secara amnya, ibu memerlukan dalam 30 keping maternity pad terutamanya jika ada pendarahan yang banyak pada beberapa hari terawal selepas bersalin. Malah ibu akan kerap menukar pad, mungkin 2-3 jam sekali bergantung kepada tempoh dan jumlah darah nifas yang keluar dari tubuh.

Memilih Pad Bersalin Yang Betul

Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!

Sekiranya ibu biasa memakai pad semasa haid, anda mungkin mempunyai gambaran umum mengenai apa yang disukai. Pad yang lebih panjang dan tebal dengan bahagian sekelilingnya berfungsi dengan baik untuk waktu malam dan hari-hari dengan aliran yang lebih berat.

Perhatikan bahawa bahan tenunan mungkin menarik menarik kelembapan dari badan, tetapi boleh melekat pada kawasan lembut dengan jahitan, jadi ibu mungkin lebih suka gaya yang lebih halus jika jahitan belum sembuh sepenuhnya.

13 Jenama Pad Bersalin Yang Berkualiti Dan Bagus

Sebenarnya ramai yang ambil mudah saja tentang maternity pad, dan akhirnya ibu-ibu mengambil keputusan untuk menggunakan tuala wanita yang biasa saja. Betul tak?

Pad sanitari mudah digunakan semasa tempoh haid normal, tetapi aliran darah yang banyak selepas bersalin memerlukan penggunaan maternity pad untuk lebih keselesaan. Maternity pad lebih panjang, tekstur yang lembut, dan menyerap lebih baik.

Ini 13 pilihan maternity pad yang boleh digunakan selepas bersalin:

Pad Bersalin Terbaik
product image
Autumnz Premium Plus Maternity Pads
Terbaik untuk ibu C-sec
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Beeson Maxicare Maternity Loop Pad
Terbaik jenis gelung
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Pureen Madame Maternity Pad
Terbaik jenis material lembut
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Babesteps Postpartum Maternity Sanitary Napkin Pad
Terbaik dengan teknologi Jepun
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mothercare Maternity Towels Ultra Slim
Terbaik jenis ultra-slim
more info icon
View Details
Beli di Mothercare
product image
Lunavie Premium Maternity Pads
Terbaik untuk kulit sensitif
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Kasumi Maternity Pad
Terbaik harga bajet
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Natracare, Maternity Pads with Organic Cotton Cover
Terbaik jenis organik
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mother-K Miracle Maternity Pad
Terbaik dengan penyerapan tinggi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Kotex Overnight Panty
Terbaik jenis seluar
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Always Maxi Extra Heavy Overnight Pads With Wings
Terbaik Perlindungan Waktu Malam
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
ALWAYS Infinity Flex Foam Sanitary Pad Heavy Flows
Terbaik Nipis Dan Fleksibel
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Poise Women's Incontinence Pads
Terbaik 3-dalam-1
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Autumnz Premium Plus Maternity Pads

Pad Bersalin Terbaik Untuk Ibu C-Sec

pad bersalin Autumnz

Autumnz Premium Plus Maternity Pad diperbuat daripada bahan serapan tinggi dan telus udara untuk menyediakan perlindungan terbaik kepada pemakainya.

Mudah digunakan buat ibu yang bersalin C-sec, kontur yang selesa mengikut lengkung badan anda dan disertakan dengan pelekat untuk memastikan kedudukan tetap semasa pemakaian.

Apa yang kami suka:

  • Panjang pad 35 cm dengan pelindung pinggul yang lebar, sesuai untuk heavy-flow pada hari siang atau malam
  • Sentiasa rasa kering dan selesa
  • Lembut pada kulit meskipun terkena pada tempat jahitan

Autumnz Premium Plus Maternity Pads - RM14.20

dari Autumnz

product imageBeli di Shopee

Beeson Maxicare Maternity Loop Pad

Pad Bersalin Terbaik Jenis Gelung

pad selepas bersalin

Pad jenis gelung biasanya digunakan di hospital sejurus selepas ibu bersalin dan Beeson adalah antara jenama maternity pad yang digunakan di kebanyakan hospital.

Selepas bertarung nyawa melahirkan, ibu tidak mampu nak berdiri apatah lagi nak pakai pad dengan sendirinya jadi pad bertali ni boleh dipakaikan sewaktu ibu masih terbaring di atas katil. 

Tambahan pula dengan pemakaian pad yang diikat di pinggang, ibu tidak perlu memakai seluar dalam yang dikhuatiri menyebabkan rasa ngilu jika mempunyai jahitan.

Apa yang kami suka:

  • Permukaan yang tebal dan lembut memberi keselesaan berganda
  • Mudah dipakai
  • Cepat menyerap dan melindungi daripada kebocoran

Beeson Maxicare Maternity Loop Pad - RM6.90

product imageBeli di Shopee

Pureen Madame Maternity Pad

Pad Bersalin Terbaik Jenis Material Lembut

maternity pad terbaik

Pad wanita bersalin Pureen Madame ini adalah antara maternity pad pilihan ramai ibu-ibu bersalin. Juga sesuai digunakan pada waktu malam, Pureen Maternity Pad ini direka lebih tebal untuk waktu aliran darah nifas yang banyak. 

Pureen maternity pad direka dengan pita pelekat yang kuat tetapi tidak akan menyakitkan pinggang pemakai. Posisi pad juga tidak mudah berubah apabila dipakai untuk keselesaan penggunanya.

Apa yang kami suka:

  • Mudah didapati 
  • Jenama pilihan kebanyakan ibu selepas bersalin
  • Lembut pada kulit

Pureen Madame Maternity Pad - RM24

dari Pureen

product imageBeli di Shopee

Babesteps Postpartum Maternity Sanitary Napkin Pad

Pad Bersalin Terbaik Dengan Teknologi Jepun

pad selepas bersalin

Darah nifas yang keluar selepas bersalin boleh menyebabkan luka dan sakit jika ibu mempunyai kulit sensitif.

Pemilihan maternity pad yang betul dan selesa, ditambah dengan teknologi rekaan bentuk sesuai pastinya membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan kepada para ibu.

Darah nifas keluar secara banyak juga boleh menyebabkan pad wanita biasa tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik. 

Babesteps dihasilkan dengan teknologi Jepun dan menjamin kurang gesekan pada pemakai yang boleh menyebabkan luka dan jangkitan pada kulit.

Apa yang kami suka:

  • Lembut pada kulit
  • Dapat membantu mengawal jangkitan kuman 

Babesteps Postpartum Maternity Sanitary Napkin Pad - RM33.90

dari Babestep

product imageBeli di Shopee

Mothercare Maternity Towels Ultra Slim

Pad Bersalin Terbaik Jenis Ultra-Slim

maternity pad

Jika ibu tidak lagi mengeluarkan darah nifas yang banyak, ibu boleh bertukar kepada pad yang lebih nipis untuk keselesaan. Maternity pad dari Mothercare ini memiliki rekaan yang ramping, nipis dan cepat menyerap. 

Selain memiliki pembalut dengan ketebalan standard, Mothercare juga menyediakan varian Ultra Thin sesuai untuk ibu yang rimas dengan pemakaian pad jenis tebal.

Apa yang kami suka:

  • Mudah dicuci
  • Mempunyai wing untuk mengelakkan kebocoran di bahagian tepi dan melekat dengan elok
  • Permukaan yang lembut

Mothercare Maternity Towels Ultra Slim - RM28

dari Mothercare

product imageBeli di Mothercare

Lunavie Premium Maternity Pads

Pad Bersalin Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Pad selepas bersalin

Lunavie Premium Maternity merupakan maternity pad premium yang direka untuk kulit sensitif dan alahan. Ia lebih panjang daripada pad biasa dan dilengkapi dengan span yang selesa untuk melakukan teknik penyerapan dengan lebih berkesan.

Permukaan anti-bakteria yang sangat efektif memberi penjagaan tambahan yang menjadi penyebab kepada kegatalan dan masalah kulit disekitar kawasan vagina. 

Ditambahkan pula dengan ‘Anti-Leak Guard’, pastinya membantu di waktu darah banyak mengalir. Tahap pHnya sesuai untuk kulit dan tidak menimbulkan alahan malah ada sayap tepi untuk mengelakkan pergerakan pad!

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai banyak lapisan untuk memberi perlindungan dan keselesaan
  • Cepat menyerap dan sentiasa rasa kering
  • Sangat sesuai digunakan pada waktu malam

Lunavie Premium Maternity Pads - RM14.90

dari Lunavie

product imageBeli di Shopee

Kasumi Maternity Pad

Pad Bersalin Terbaik Harga Bajet

maternity pad terbaik

Sering menjadi pilihan ibu kerana harganya yang cukup berpatutan memandangkan ibu memerlukan pad yang banyak untuk digunakan, jadi soal harga juga perlu dititikberatkan.

Diperbuat daripada material lembut, Kasumi Maternity Pad mampu memberikan rasa selesa kepada penggunanya.

Ianya mampu menyerap dan dilengkapi dengan rekaan anti-kebocoran, serta pad yang panjang berukuran sehingga 38 sentimeter dan lebarnya membolehkan maternity pad ini lebih sesuai digunakan semasa dalam pantang.

Apa yang kami suka:

  • Tidak membuatkan kulit anda menjadi rengsa atau iritasi, lembut pada kulit
  • Mudah dicuci
  • Harganya yang murah

Kasumi Maternity Pad - RM11.49

dari KASUMI

product imageBeli di Shopee

Natracare Maternity Pads with Organic Cotton Cover

Pad Bersalin Terbaik Jenis Organik

pad bersalin natracare

Sesuai untuk ibu yang mencari keselesaan dan perlindungan sepenuhnya pada hari-hari selepas bersalin, mereka yang mempunyai kulit sensitif pastinya mencari pad yang bebas daripada bahan sintetik yang merengsakan kulit.

Natracare menawarkan pad bersalin jenis organik yang ternyata lebih lembut, lebih panjang dan breathable dengan menggunakan material daripada kapas organik yang diperakui mengikut Piawaian Tekstil Organik Global (GOTS).

Apa yang kami suka:

  • Bukan sahaja selamat pada ibu, bahkan selamat pada bumi!
  • Bebas plastik, bebas pewangi, dan bebas klorin
  • Pad yang lebih panjang, untuk mengelakkan kebocoran

Natracare, Maternity Pads with Organic Cotton Cover - RM29

dari Natracare

product imageBeli di Shopee

Mother-K Miracle Maternity Pad

Pad Bersalin Terbaik Dengan Penyerapan Tinggi

pad selepas bersalin

Dengan teknologi Embo Air Hole, pad bersalin ini dapat memberikan kadar penyerapan yang tinggi terhadap darah nifas jadi ibu tidak perlu menukar pad berkali-kali kerana bimbang pada kebocoran.

Walaupun dapat menyerap banyak, namun ia tidak meninggalkan ketulan darah pada permukaan kerana semuanya akan meresap ke dalam pad dan ibu akan sentiasa merasa kering.

Apa yang kami suka:

  • Menggunakan material kapas lembut, jadi kulit tidak akan rengsa
  • Pita pelekat yang panjang dan kuat bagi mengelakkan pad bergerak
  • Bersaiz lebar

Mother-K Miracle Maternity Pad - RM16.90

dari K-Mom

product imageBeli di Shopee

Kotex Overnight Panties

Pad Bersalin Terbaik Jenis Seluar

Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!

Agak sukar mencari pad bersalin jenis seluar tetapi ibu boleh mencuba Kotex Overnight Panties yang mampu memberi perlindungan 360 darjah tanpa sebarang kebocoran terutamanya pada waktu malam.

Walaupun ianya bukan pad untuk wanita selepas bersalin, namun permukaannya tetap lembut dan mesra pada kulit walaupun ibu mempunyai jahitan atau luka bersalin.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai 3 pilihan saiz
  • Bebas bergerak ketika tidur tanpa risaukan kebocoran kerana saiz pad betul-betul menutup keseluruhan pinggul

Kotex Overnight Panty

product imageBeli di Shopee

Always Maxi Extra Heavy Overnight Pads With Wings

Pad Bersalin Terbaik Perlindungan Waktu Malam

Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!

Always Maxi Extra Heavy Overnight Pads With Wings mempunyai reka bentuk yang fleksibel untuk perlindungan waktu malam yang terbaik.  Fungsi LeakGuard Core mempunyai kuasa serapan hanya dalam beberapa saat sehingga 10 jam perlindungan.

Kawasan belakang pad ini juga 2X lebih besar untuk membantu menghentikan kebocoran pada waktu malam. Sememangnya pilihan yang bagus pada waktu aliran yang sangat banyak.

Apa yang kami suka:

  • Bantu menghentikan kebocoran pada waktu malam.
  • Kawalan untuk pendarahan banyak
  • Memberi perlindungan sehingga 10 jam.
  • Tidak berbau
  • Serapan yang kuat

Always Maxi Extra Heavy Overnight Pads With Wings - RM422.26

dari ALWAYS

product imageBeli di Lazada

ALWAYS Infinity Flex Foam Sanitary Pad Heavy Flows

Pad Bersalin Terbaik Nipis Dan Fleksibel

Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!

Always Infinity Sanitary Pad dibuat dengan teknologi FlexFoam, menghasilkan pad bernafas yang nipis dan fleksibel tanpa menjejaskan perlindungan.  Teknologi pelembapan kelembapan yang luar biasa menarik kelembapan dari kulit, menjadikan anda bersih dan segar sepanjang malam tidak kira seberapa berat pendarahan yang berlaku.

Dengan perlindungan tanpa kebocoran semalaman sehingga 12 jam, Pad Sapu Infinity sentiasa memberikan keselamatan yang luar biasa yang hampir tidak dapat dirasakan.

Apa yang kami suka:

  • Rasa seperti tidak memakai pad namun mampu melindungi seperti yang lain.
  • Perlindungan pad siang hari terbaik dengan kawasan belakang pad yang 60% lebih besar berbanding Infinity Size 1 Biasa
  • Hingga 12 jam tanpa kebocoran semalaman, perlindungan Zero Feel.
  • Teknologi pelapisan kelembapan setiap pelindung memastikan anda tetap bersih dan segar sepanjang malam

ALWAYS Infinity Flex Foam Sanitary Pad Heavy Flows - RM34.98

dari ALWAYS

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Poise Women’s Incontinence Pads

Pad Bersalin Terbaik 3-dalam-1

Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!

Dengan perlindungan 3-dalam-1 yang dipercayai untuk kekeringan, keselesaan dan pengendalian bau, Poise Women’s Incontinence Pads menyerap air kencing serta-merta menjadikan anda terlindung dari kebocoran pundi kencing, siang atau malam. Pad penyerap utama Poise dalam panjang mempunyai reka bentuk asli dengan sisi bocor, dan lebar dari depan ke belakang untuk memberi perlindungan pada masa yang diperlukan.

Pelapik ini direka khusus untuk kebocoran pundi kencing menjadikannya bentuk perlindungan yang ideal untuk inkontinensia atau sebagai nifas atau bersalin. Poise pad memberikan perlindungan sehingga 12 jam dan tersedia dalam pelbagai daya serap dan panjang untuk perlindungan yang unik.

Apa yang kami suka:

  • Bantalan inkontinensia utama Poise untuk wanita dengan kepanjangannya dengan penyerapan yang terbaik untuk perlindungan 3-in-1 tanpa rasa bimbang memastikan kekeringan, keselesaan dan kawalan bau
  •  5X lebih kering , sesuai untuk ibu selepas bersalin; direka khas untuk menyerap kebocoran pundi kencing yang mempunyai sisi tidak bocor
  • Tidak berbau dan lembut pada kulit, alas ini dalam reka bentuk asal tetap selesa di tempatnya dan membantu mengelakkan bocor
  • Menyerap bau

Poise Women's Incontinence Pads - RM8.10

dari Poise

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga Pad Bersalin Terbaik

Jenama Harga Kuantiti
Autumnz Premium Plus Maternity Pads RM14.20 20 keping
Beeson Maxicare Maternity Loop Pad RM6.90 10 keping
Pureen Madame Maternity Pad RM24.00 30 keping
Babesteps Postpartum Maternity Sanitary Napkin Pad RM33.90 8 keping
Mothercare Maternity Towels Ultra Slim RM28.00 24 keping
Lunavie Premium Maternity Pads RM14.90 20 keping
Kasumi Maternity Pad RM11.49 20 keping
Natracare Maternity Pads with Organic Cotton Cover RM29.00 10 keping
Mother-K Miracle Maternity Pad RM16.90 10 keping
Kotex Overnight Panties RM4.80 2 keping
Always Maxi Extra Heavy Overnight Pads With Wings RM422.26 60 keping
ALWAYS Infinity Flex Foam Sanitary Pad Heavy Flows RM34.98 10 keping
Poise Women’s Incontinence Pads RM8.10 12 keping

10 Perkara Tentang Pendarahan Selepas Bersalin Yang Ibu Patut Tahu

Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!

Selepas bersalin, wanita biasanya akan mengalami pendarahan yang dipanggil darah nifas. Berikut adalah beberapa perkara yang anda patut tahu:

1. Setiap wanita melalui pendarahan selepas bersalin

Anda akan melalui pendarahan vagina selepas bersalin. Pendarahan ini dikenali sebagai lochia. Lochia adalah satu kombinasi mukus, tisu dan darah yang rahim anda keluarkan apabila ia menggantikan lapisan dalam selepas anda bersalin.

2. Pendarahan selepas bersalin mungkin akan ambil masa

Pendarahan selalunya berakhir sekitar 24 ke 36 hari. Jika lochia anda berakhir agak lama lebih dari 6 minggu, jangan risau. Ia juga normal. Pendarahan pada awalnya akan agak berat dan berwarna merah ke merah coklat. Ia kemudian akan menjadi warna yang lebih terang dan beransur mengikuti masa.

3.  Jangan biarkan tentang darah beku

Ia biasa. Bincangkan sebarang darah beku yang berlaku pada anda kepada bidan kerana mereka ingin mengenal pasti setiap apa yang berlaku. Pengeluaran darah beku yang agak banyak boleh memberi tanda akan sesuatu yang serius.

4. Jika anda mengalami pengeluaran darah beku yang besar atau lebih daripada setin darah di pada awal 24 jam pertama, dapatkan rawatan segera

Pengeluaran banyak darah beku atau lebih daripada satu tin darah pada 24 jam terawal selepas bersalin adalah simptom pendarahan selepas bersalin normal. Lima dari 100 orang wanita akan mempunyai simptom ini selepas mereka melahirkan anak. 

Kehilangan darah yang banyak selepas bersalin boleh membuatkan anda merasakan lebih penat daripada normal selepas bersalin tetapi ia juga boleh mengancam nyawa. Dapatkan rawatan cepat adalah penting sebelum ia menjadi pendarahan banyak.

Rawatan biasanya merangkumi membantu uterus anda untuk berkontrak menerusi urutan, satu suntikan, atau satu kateter dalam pundi kencing.

Doktor akan memeriksa untuk memastikan yang semua plasenta telah keluar, dan mungkin perlu melakukan suntikan anaesthetic umum. Anda juga akan mempunyai titisan di tangan dan darah diambil untuk ujian.

5. Faktor risiko akan pendarahan selepas bersalin normal

Sebelum bersalin, faktor risiko boleh terjadi adalah:

  • Pendarahan selepas bersalin sebelumnya
  • Indeks tubuh (BMI) atas 35
  • Kehamilan kembar
  • Plasenta rendah (plasenta previa)
  • Plasenta hadir cukup awal
  • Pre-eclampsia atau darah tinggi
  • Anemia
  • Tumbesaran di dalam di sekitar rahim
  • Mengambil ubatan penipisan darah
  • Masalah darah beku

Sewaktu bersalin, faktor risiko:

  • Seksyen bersalin cesarean
  • Kelahiran mendorong
  • Plasenta dikekalkan
  • Eipisiotomi
  • Bantuan vakum ketika kelahiran normal menerusi vagina
  • Proses melahirkan berpanjang lebih dari 12 jam

6. Sentiasa ingat akan pendarahan selepas bersalin ketika membuat persiapan beg ke hospital

Bawa pad bersalin berbanding tuala sanitari dek kerana mereka akan membolehkan kawasan tersebut di antara vagina dan anus (lubang punggung) untuk merawat dengan iritasi yang kurang. 

Gambarkan jumlah pad bersalin yang anda gunakan juga akan memberikan bidan anda satu pandangan jelas akan tentang berapa banyak darah yang anda akan kehilangan.

7. Banyak perkara boleh memberi kesan pada amaun kehilangan darah

Menyusu badan menjadikan tubuh anda mengeluarkan oxytocin. Ini membuatkan rahim anda akan mengalami kontraksi dan menghasilkan lebih darah lochia.

Sebarang senaman ringan – malah satu sesi vakum yang sekejap di sekitar ruang tamu rumah – juga boleh menjadikan pendarahan berat. Ini biasanya benar di dalam dua minggu awal.

Pendarahan biasanya akan cenderung untuk jadi berat pada waktu pagi juga. Ini kerana pengumpulan darah apabila anda berbaring tidur.

8. Ia penting untuk anda memastikan pada kadar kehilangan darah pada beberapa minggu selepas bersalin

Ia boleh jadi mudah untuk berlakunya kehilangan darah selepas bersalin kali ke-2, yang mana tidak normal atau pendarahan berat sekitar 24 jam ke 12 minggu selepas bersalin. Ia selalunya disebabkan pada satu jangkitan.

9. Penting untuk anda mengurangkan risiko jangkitan

Basuh tangan anda dengan bersih sebelum dan selepas menggunakan tangan dan tukar pad bersalin anda. Elak menyentuh sebarang jahitan atau luka. 

Anda patut menyimpan barang kemas anda dan perhatikan sebelum mencuci tangan, dan pastikan kuku anda kekal pendek.

10. Selalu bercakap dengan doktor jika sebarang perkara dirasakan tidak betul

Pada akhirnya, percaya pada keyakinan anda. Jika anda tiada sebarang perkara yang menakutkan, hubungi pakar kesihatan anda.

Elak Guna Tampon

Guna Pad Bersalin Lebih Selamat Untuk Elak Jangkitan, Ibu JANGAN Ambil Ringan!

Sama seperti ketika kedatangan haid, selepas bersalin lapisan pada rahim akan ‘menipis’ dan anda akan mengalami pendarahan. Proses ini dipanggil lochia.

Keadaan yang berlaku sepanjang tempoh berpantang ini biasanya berlarutan sehingga 6 minggu, sekali gus akan mendedahkan anda kepada jangkitan pada bahagian faraj.

Jadi penggunaan pad atau tuala wanita adalah lebih baik. Ini kerana jika anda menggunakan tampon, ia akan meningkatkan risiko untuk anda mengalami masalah jangkitan pada bahagian intim.

Semoga artikel bermanfaat kepada semua bakal ibu!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Tempoh Daraf Nifas Berapa Hari? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu

Baca Juga: Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

Baca Juga: Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Wajib Yang Lengkap Buat Para Ibu Selepas Bersalin

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img

Penulis

Beto Rahman

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

    Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

  • Penting Untuk Ibu Lindungi Kulit Dari Sinaran UV! Ini Jenama Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi Yang Selamat Ketika Pregnancy

    Penting Untuk Ibu Lindungi Kulit Dari Sinaran UV! Ini Jenama Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi Yang Selamat Ketika Pregnancy

  • Lenguh Badan, Sakit Urat Sendi Sering Terjadi Semasa Mengandung, Buat Bakal Ibu Ini 8 Minyak Urut Terbaik & Selamat Digunakan

    Lenguh Badan, Sakit Urat Sendi Sering Terjadi Semasa Mengandung, Buat Bakal Ibu Ini 8 Minyak Urut Terbaik & Selamat Digunakan

  • Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

    Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

  • Penting Untuk Ibu Lindungi Kulit Dari Sinaran UV! Ini Jenama Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi Yang Selamat Ketika Pregnancy

    Penting Untuk Ibu Lindungi Kulit Dari Sinaran UV! Ini Jenama Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi Yang Selamat Ketika Pregnancy

  • Lenguh Badan, Sakit Urat Sendi Sering Terjadi Semasa Mengandung, Buat Bakal Ibu Ini 8 Minyak Urut Terbaik & Selamat Digunakan

    Lenguh Badan, Sakit Urat Sendi Sering Terjadi Semasa Mengandung, Buat Bakal Ibu Ini 8 Minyak Urut Terbaik & Selamat Digunakan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.