Pertama kali melahirkan bayi, tentu anda tertanya-tanya penting atau tidak urut selepas bersalin ini? Jika mengikut kata orang tua, urut selepas bersalin penting untuk mengembalikan ketegangan dan sengal pada tubuh ibu.
Bila urut selepas bersalin, ibu akan rasa badan lebih segar dan cergas. Tapi pilihan tukang urut juga memainkan peranan penting bagi memastikan cara urutan yang betul dan tidak mendatangkan kemudaratan pada ibu selepas diurut.
Perkara penting sebelum memilih tukang urut selepas bersalin

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu, mungkin masih dalam dilema untuk memilih tukang urut terbaik memandangkan tarikh jangkaan bersalin sudah semakin dekat.
Justeru pertimbangkan beberapa perkara ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memilih bidan semasa dalam pantang:
- Lokasi berhampiran kawasan anda. Jarak perjalanan dari tempat tinggal tukang urut juga diambil kira kerana mereka akan mengenakan caj pengangkutan.
- Cadangan dari mereka yang rapat. Untuk lebih yakin lagi, ibu boleh bertanyakan kepada saudara mara atau kenalan yang baru bersalin mengenai pengalaman mereka. Jika mereka berpuas hati dengan tukang urut yang diambil, tidak salah untuk anda juga menggunakan khidmat dari orang yang sama.
- Pengalaman sebagai tukang urut. Tukang urut yang dipilih mestilah yang berpengalaman dan arif dalam mengetahui bahagian yang boleh dan tidak boleh diurut ketika ibu dalam pantang.
- Mesra pelanggan. Isu ini juga penting kerana anda semestinya memerlukan perkhidmatan yang mesra pelanggan agar mudah berkomunikasi dan tidak timbul sebarang masalah kemudian hari. Pastikan mereka telah mengikuti jadual yang telah ditetapkan.
Urut selepas bersalin beri banyak kelebihan kepada ibu
1.Memperbaiki perjalanan darah

Biasanya tukang urut akan memulakan urutan dari belakang badan hingga ke hujung kaki. Ia bertujuan memperbaiki perjalanan darah dan membantu buang toksin dalam badan.
Anda akan merasai jari-jemari tukang urut menari lembut atas tubuh dan anda akan rasa sungguh selesa lagi nyaman!
Bahkan, teknik urut selepas bersalin yang betul membantu mengeluarkan darah beku yang terperangkap di celah-celah rahim ibu. Sangat luar biasa.
2.Kurang rasa sakit badan
Apabila bersalin, anda sudah menggunakan seluruh kudrat kerana ia membabitkan abdomen, belakang badan dan pinggang. Jadi urut selepas bersalin ini wajib dan penting!
Bahkan, ia termasuk dalam aktiviti berpantang ibu yang perlu diikuti.
Terutama bila anda nak menyusukan bayi, posisi yang salah akan memberi tekanan pada tubuh, lantas sengal tak selesa. Betul tak?
Jadi jangan terlalu berkira untuk keluarkan sedikit modal bagi membayar upah si tukang urut.
3. Menggalakkan penghasilan susu ibu
Pertama kali nak bagi anak susu badan tentu anda akan alami susu keluar tak banyak. Sedangkan payudara rasa berat dan pedih. Tapi dengan urut selepas bersalin, ia membantu susu keluar dengan banyak.
Tukang urut akan bantu melembutkan urat tegang di sekitar puting payudara tapi anda kena tahan sikitlah rasa sakitnya!
Secara tak langsung, tubuh akan rasa lebih relaks, tenang dan kurang stres bila berurut. Lantas ia menggalakkan susu ibu untuk merembes keluar untuk perut si kecil anda.
4. Beri peluang ibu manjakan diri
Urut selepas bersalin juga memberi ibu peluang untuk bermanja diri. Seharian menguruskan si kecil, pastinya sedikit lelah dan lesu.
Jadi curi-curi sedikit masa ketika bayi sedang tidur dengan berurut. Ibu pasti rasa seronok dan teruja bila buat ini!
Bahkan, bertambah tenaga untuk menyusukan bayi di waktu malam.
5. Bentuk tubuh kembali asal
Ha… ini point paling ibu teruja nak berurut, betul tak? Siapa yang tak mahu badan selepas bersalin tetap maintain cun atau tubuh kembali bentuk asal. Jadi kalau nak ini, perlulah berurut selalu.
Hal ini kerana, dengan berurut ia bantu memecahkan lemak yang terkumpul kerana tukang urut akan tekan di bahagian lemak itu Awww..sakit sikit saja, tarik nafas dan tahan ya!
6. Mengurangkan tekanan selepas bersalin (meroyan)
Selain dari sentuhan kulit, ibu juga akan rasa nyaman apabila terbau aroma terapi yang digunakan. Bahkan, ia turut membantu deria untuk rasa lebih tenang dan segar.
Kemudian diselang-selikan pula dengan muzik sentimental, pasti ibu akan rasa terbuai-buai dan ini membuatkan ibu boleh rehat sekejap dengan tenang tanpa mendengar bayi menangis.
Secara tak langsung, ibu akan jauh berisiko untuk meroyan apabila kesihatan ibu terjaga dengan baik.
Biasanya, urut selepas bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung untuk bantu tubuh badan ibu cepat kembali ke bentuk asal.
10 lokasi perbidanan area Kuala Lumpur/Selangor
foto: Harian Metro
1.Shah Alam
Aida Razila 011-1227 3340
- Page : Aida Urut Tradisional Temurun
- Instagram : aida_confinement_care
- FB : Aida Urut Tradisional
2. Lembah Klang
Pudina confinement & diet 017-2238922
- FB : @pudinaconfinementanddiet
- Instagram : @pudinaconfinementanddiet
3. Kelana Jaya
Nadzimah 011-1089 2312
- FB Page : SERI’s Bunda Massage & Confinement
- Instagram : serisbundamassageconfinement
4. Puchong
(Rogayah) 016-253 7205
5. Subang Bestari
- Katijah 011-1069 3631
- Normuliati 012-662 1205
6. Semenyih
- Hamimah 011-3765 0063
- Nur Samsiah 012-907 5957
- Faziah 012-626 6548
7. Taman Keramat
- Syazana 011-1521 7269
- Zuraidah 012-902 0266
8. Rawang
9. Balakong
- Rahayu 017-948 5081
- Liza 019-383 31107
10. Bandar Kinrara
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: Harian Metro
Baca juga: Bila Isteri Stres Selepas Bersalin, Mereka Hanya Perlukan Suami Bukannya Orang Lain!
Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!
Baca juga: Berapa Lamakah Tempoh Pantang Bersalin Yang Wajib? Ini Penjelasan Dari Pakar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!