TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Proses Melahirkan Anak Pertama Mungkin Ambil Masa 12-16 Jam, Ibu Perlu Sedia Mental, Fizikal

4 min bacaan
Proses Melahirkan Anak Pertama Mungkin Ambil Masa 12-16 Jam, Ibu Perlu Sedia Mental, Fizikal

Proses melahirkan anak bukanlah suatu yang boleh dipandang ringan. Ibu perlu bersedia mental dan fizikal untul menghadapi sebarang kemungkinan.

Mesti ramai yang berpandangan, kita perlu sentiasa berfikiran positif supaya proses melahirkan anak berjalan lancar dan tiada sebarang komplikasi.

Tetapi harus diingat, sebagai ibu yang akan melahirkan bayi, segala kemungkinan boleh terjadi. Jadi mahu tidak mahu, perlu juga anda fikir kemungkinan yang bakal terjadi supaya lebih bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.

Jika langsung tidak fikir pun tak boleh juga kerana persediaan mental dan fizikal ibu sangat perlu berada dalam keadaan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Proses melahirkan anak pertama boleh jadi ambil masa lama

Proses melahirkan anak

Kredit: majalahpama

Ini fakta yang kami kongsikan supaya ibu-ibu hamil yang bakal bersalin bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku ketika anda bersalin.

Proses melahirkan anak dibahagikan kepada tiga tahap. Yang mana, jika ibu belum pernah ada pengalaman melahirkan atau bersalin prosesnya dijangka boleh mengambil masa 12 hingga 16 jam. Manala bagi ibu yang pernah mengalaminya ia mungkin boleh kurang dari 12 jam.

Bagaimanapun, ini hanyalah anggaran, ada juga yang ibu bersalin kali pertama tetapi sangat cepat prosesnya. Ada juga ibu yang sudah melahirkan untuk beberapa kali tetapi mengambil masa yang lama. 

Mungkin rezeki masing-masing. Disebabkan itu perlunya persediaan mental dan fizikal yang sangat rapi.

Tahap pertama proses kelahiran

Proses melahirkan anak

Kredit: keluarga

Jadi pada tahap pertama proses kelahiran termasuklah ibu akan rasa sakit di bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks.

Rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga pada bahagian bawah abdomen atau ari-ari. Keadaan ini berlanjutan dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah setiap kali kontraksi.

Pada tahap ini, akan muncul tanda-tanda atau seperti keluarnya mukus yang bercampur darah dari vagina. Ia akan berwarna sedikit coklat cair dan bercampur darah sedikit. Keadaan ini berlaku disebabkan mukus mulai memenuhi serviks.

Jika keluar tanda ini, lebih elok untuk ibu-ibu ke hospital untuk membuat pemeriksaan bukaan serviks. Ada yang lama prosesnya dan ada yang sekejap. 

Dalam masa yang sama, doktor atau bidan bertauliah akan memeriksa jantung janin dan direkodkan selang sejam. Keadaan ibu juga diperiksa. Paras air dalam badan, tekanan darah, tahap kesakitan akan diperiksa dengan teliti. Sekali setiap jam, suhu badan, degupan nadi ibu akan direkodkan juga.

Tahap kesakitan pada ketika ini bergantung kepada tahap toleransi seseorang terhadap kesakitan. Ada yang masih lagi boleh bersembang, membaca, menonton televisyen dan sebagainya. Tetapi ada juga yang sudah tidak tertahan sakitnya. 

Setelah beberapa jam,  pengecutan rahim menjadi semakin kuat dan bertambah kerap. Serviks terus terbuka dan janin akan menurun. Semakin terbuka serviks, ibu akan merasa semakin sakit. Inilah yang dinamakan bukaan 1 cm, 2 cm 3 cm dan seterusnya.

Tahap kedua proses melahirkan anak

Proses melahirkan anak

Kredit: bombastis

Peringkat ke dua bermula apabila serviks terbuka sepenuhnya dan air ketuban keluar dengan banyak akibat ketuban pecah. Doktor atau bidan akan memerhatikan pundi-pundi kencing anda supaya tidak mengembung dan boleh menghalang kepala janin daripada turun.

Ada juga yang air ketuban dipecahkan doktor dan ada yang terpecah sendiri. Ketika ini proses kelahiran bayi sudah berlaku.

Tahap ketiga proses melahirkan anak

Peringkat ketiga adalah apabila bayi sudah dikeluarkan, tiba pula masa untuk mengeluarkan uri dan selaput ketuban. Untuk menghentikan pendarahan dan untuk menjamin pengecutan dan penarikan balik rahim dengan sempurna.

Kini ibu-ibu yang baru melahirkan akan diberi suntikan mengecutkan rahim bagi mengelak berlakunya pendarahan yang banyak dan boleh membahayakan nyawa ibu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: makchiksuri

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Baca juga: Ini Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat – Apa Perlu Buat?

Baca juga: Bukaan Di Bawah Tu Dah Berapa CM? Ini Tiga Fasa Bersalin Yang Bakal Ibu Mesti Tahu!

Baca juga: Apa kelayakan dan cara yang selamat jika ibu mahu bersalin di rumah?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Proses Melahirkan Anak Pertama Mungkin Ambil Masa 12-16 Jam, Ibu Perlu Sedia Mental, Fizikal
Kongsikan:
  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham