X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Adakah Anda Bersedia Ibu? Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi!

4 min bacaan
Adakah Anda Bersedia Ibu? Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi!Adakah Anda Bersedia Ibu? Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi!

Mengetahui tanda bersalin adalah penting buat ibu hamil yang semakin menghampiri tarikh due date supaya mereka boleh bersiap sedia secara fizikal, emosi dan mental!

Ramai wanita apabila masuk trimester ketiga akan mula rasa berdebar-debar untuk menyambut cahaya mata bahkan sampai ada yang tersalah faham tanda bersalin. Ada yang akan cepat gemuruh dan terus ke hospital, walaupun sebenarnya bayi belum lagi bersedia.

Jangan risau! Kami sangat faham perasaan anda kerana kami sendiri pernah berada dalam situasi tersebut, jadi kami bawakan beberapa tanda bersalin yang menunjukkan anda sudah bersedia untuk melahirkan cahaya mata dalam masa terdekat.

Guna artikel ini sebagai petunjuk ya!

4 Tanda Bersalin Yang Anda Patut Tahu

1# Tanda bersalin: Kontraksi yang kerap

tanda bersalin

Kredit: iStock

Dalam bulan-bulan terakhir, sekali-sekala akan berlaku kontraksi, di mana uterus mengecut dan mengendur sebagai satu cara badan bersedia untuk melahirkan.

Ini menyebabkan bayi tertolak ke bawah dan servik terbuka. Kontraksi yang berlaku sekali-sekala ini biasanya tidak menyakitkan dan dikenali sebagai Braxton Hicks.

Jika berlaku lebih kerap, berkemungkinan ia adalah salah satu tanda bersalin. Ianya adalah kontraksi untuk bersalin. Perhatikan perkara berikut:

A. Kekerapan kontraksi

Adakah kontraksi anda berterusan? Ukur masa kontraksi pertama dan kedua. Pastikan ia mempunyai pola dan teratur, seperti berlaku setiap 5 minit. Kontraksi palsu berlaku tanpa pola tertentu dan sekali-sekala sahaja.

B. Berapa lama kontraksi berlaku

Ukur tempoh kontraksi. Jika ia berlaku selama 30 saat pada satu-satu masa dan meningkat hingga 90 saat, anda mungkin telah bersedia untuk bersalin.

C. Bolehkah anda hentikan kontraksi?

Kontraksi sebenar akan berterusan atau bertambah kuat apabila anda bergerak.

Jika kontraksi berhenti apabila menukar posisi, berjalan atau melakukan aktiviti lain, besar kemungkinan ia palsu.

2# Tanda bersalin: Keluar cairan seperti darah

Adakah Anda Bersedia Ibu? Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi!

Semasa mengandung, sejenis lendiran darah menjadi palam penutup bukaan servik bagi mengelakkan bakteria memasuki uterus.

Apabila servik mula menipis dan terbuka, palam ini akan terkeluar.

Anda akan dapati lendiran yang likat berwarna coklat atau merah jambu dan kadangkala berbaur merah darah.

3# Tanda bersalin: Pecah air ketuban

Bayi dalam kandungan membesar dalam satu beg cairan yang dipanggil ‘pundi amnion’.

Apabila tiba saat melahirkan, pundi tersebut akan pecah dan cecair amnion akan keluar.

Lebih lama masa diambil untuk bayi keluar selepas itu, lebih tinggi risiko jangkitan. Jika kelahiran tidak juga berlaku selepas ia keluar, anda mungkin dipaksa untuk melahirkan.

4# Tanda bersalin: Desakan membuang air kecil

Jika anda rasa terdesak untuk membuang air kecil, itu adalah lagi satu tanda bersalin sudah hampir kerana kepala bayi telah mula turun dan menekan pundi kencing.

Peringkat-peringkat kelahiran

tanda bersalin

Kredit: iStock

Apabila telah sampai waktu melahirkan, ibu-ibu akan melalui 3 peringkat kelahiran. Bagi membantu menghadapi saat-saat ini, anda boleh:

  • bangun dan berjalan-jalan
  • minum air atau minuman isotonik untuk mengekalkan tenaga
  • makan snek ringan
  • minta teman melahirkan menggosok belakang anda bagi mengurangkan kesakitan

Peringkat 1: Servik mula terbuka

Kontraksi sememangnya adalah salah satu tanda bersalin awal yang paling utama.

Ia membantu melembutkan dan menipiskan servik serta membukanya. Banyakkan berehat dengan tidur atau berendam dalam air panas.

Berdiri dan aktif secara perlahan juga membantu bayi untuk turun ke bawah dan servik untuk terbuka. Apabila bukaan melebihi 3cm, kelahiran akan bermula.

Bagi kelahiran pertama, masa yang diambil daripada permulaan kelahiran kepada bukaan penuh adalah 6 hingga 12 jam.

Anda akan diminta untuk meneran sehingga servik terbuka sepenuhnya dan kepala bayi dapat dilihat.

Cuba untuk menghembus nafas perlahan-lahan dan dengan lembut. Jika keinginan untuk meneran terlalu kuat, lakukan dengan hembusan pendek.

Jika proses kelahiran dirasakan lama, ia mungkin dipercepatkan dengan memecahkan air ketuban atau memasukkan air yang mengandungi syntocinon dalam darah bagi menggalakkan kontraksi.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Peringkat 2: Bayi turun dan dilahirkan

Adakah Anda Bersedia Ibu? Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi!

Peringkat ini bermula dengan servik yang terbuka penuh sehingga bayi dilahirkan.

Anda boleh memilih posisi yang dirasakan selesa bagi membantu kelahiran seperti berbaring, berdiri, duduk, melutut atau mencangkung. Jika merasa penat, berbaringlah di sisi.

Jika mengalami sakit belakang, melututlah dengan kaki dan tangan. Apabila servik telah terbuka sepenuhnya, anda akan merasa perlu untuk meneran.

Apabila kepala bayi telah kelihatan dan mula keluar, anda akan diminta untuk berhenti meneran dan menarik nafas beberapa kali bagi membolehkan kepala bayi keluar dengan perlahan.

Ini memberi masa untuk kulit dan otot perineum meregang tanpa koyakan.

Kadangkala bagi mengelakkan koyakan dan mempercepat proses kelahiran, bahagian tersebut akan dibius dan guntingan episiotomi dilakukan.

Peringkat 3: Plasenta merenggang dan keluar melalui faraj

Adakah Anda Bersedia Ibu? Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi!

Selepas kelahiran bayi, kontraksi seterusnya akan membantu untuk mengeluarkan plasenta.

Anda juga akan ditawarkan suntikan syntocinon untuk menggalakkan kontraksi dan membantu mengeluarkan plasenta. 

Diharapkan dengan perkongsian tanda bersalin ini, ibu dapat bersiap-sedia bagi menempuhi proses tersebut.

Selamat berjaya dan semoga segalanya lancar sahaja ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perut Mengeras Tanda Nak Bersalin Atau Hanya Kontraksi Palsu? Ketahui Perbezaannya

Baca juga: Para Ibu WAJIB Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi & Turun Tanda Bersalin

Baca juga: Nak Elak Sakit Terlalu Lama Dalam Bilik Bersalin? Ini 6 Makanan Yang Boleh Anda Ambil Semasa Kontraksi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Adakah Anda Bersedia Ibu? Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi!
Kongsikan:
  • Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

    Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

  • Bayi Pramatang Ini Dilahirkan Terlalu Awal Sehingga Boleh Lihat Di Dalam Kulitnya!

    Bayi Pramatang Ini Dilahirkan Terlalu Awal Sehingga Boleh Lihat Di Dalam Kulitnya!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

    Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

  • Bayi Pramatang Ini Dilahirkan Terlalu Awal Sehingga Boleh Lihat Di Dalam Kulitnya!

    Bayi Pramatang Ini Dilahirkan Terlalu Awal Sehingga Boleh Lihat Di Dalam Kulitnya!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.