Perkembangan janin 4 minggu ini sememangnya masih tidak diketahui sepenuhnya oleh para ibu, terutamanya buat mereka yang pertama kali mengandung. Malah, pada usia janin 4 minggu juga tidak semestinya para ibu sudah mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang berbadan dua.
Sehinggalah muncul beberapa masalah umum yang dihadapi sesetengah wanita, contohnya keputihan. Cecair berwarna putih ini selalunya akan dirasai sebelum datang bulan.
Keputihan Pada Minggu Pertama Kehamilan

Namun tahukah anda akan kaitan ciri keputihan tanda hamil pada minggu-minggu pertama?
Peningkatan kadar hormon estrogen dalam tubuh membuatkan vagina lembap dan aliran darah di bahagian pelvis turut bertambah sehingga ia menghasilkan lendir.
Sememangnya masih ramai wanita berdepan kesulitan untuk membezakan keputihan menjelang menstruasi dengan keputihan tanda mengandung.
Dalam hal ini, cairan berwarna putih keluar menjelang haid terdiri cairan serta bakteria yang ada dalam bahagian vagina. Biasanya kebanyakan wanita hanya akan menghasilkan sedikit cairan sahaja iaitu sekitar 4ml setiap hari.
Normalnya cairan berwarna putih, namun ia akan menjadi lebih bersih dan sedikit berair mengikut kadar hormon estrogen yang semakin meningkat.
Perlu Tahu Mengenai Perkembangan Janin 4 Minggu
Untuk pengetahuan mommies di luar sana, asas perkembangan otak bayi dalam kandungan anda akan bermula semasa usia kandungan 4 minggu. Oleh itu, para ibu perlu menyokong pertumbuhan mereka dengan pengambilan DHA, folat, dan juga makaann yang tinggi dengan kandungan protein.
Ketika usia kandungan 4 minggu juga bayi anda pada waktu ini dikenali sebagai blastosis, yang mempunyai kepanjangan sekitar 0.35 – 1 mm. Secara amnya ia adalah segumpal sel yang sedang membahagi dengan cepat dan bentuknya kelihatan seperti bebola kecil.
Segumpal sel ini telah selamat melekat pada dinding rahim anda yang mempunyai bekalan darah yang kaya dengan nutrien. Cecair amnion akan mula berkumpul dan sebuah kantung bayi akan terbentuk.
Sebahagian blastosis akan membesar menjadi bayi dalam kandungan anda. Manakala sebahagian lain akan membentuk plasenta. Selepas blastosis berjaya menempel di dinding uterus atau rahim, ia akan berkembang menjadi embrio dan dengan ini bermulalah ikatan seumur hidup antara anda dan bayi dalam kandungan.
Perkembangan Janin 4 Minggu: Bayi Anda Besar Mana?

Ini adalah minggu permulaan pertumbuhan bayi anda walaupun mereka masih sangat-sangat kecil.
Perkembangan Bayi 4 Minggu: Perkembangan Fizikal Bayi
- Kantung amnion mula terbentuk. Ini akan menjadi rumah kepada bayi anda hingga tiba masa mereka untuk lahir. Kantung kuning juga akan terbentuk untuk menghasilkan sel darah merah bayi anda. Kantung kuning ini juga bertanggungjawab untuk menghantar nutrisi kepada bayi sehingga uri terbentuk dan bersedia untuk mengambil alih tugas ini.
- Ini adalah permulaan kepada aktiviti penting untuk bayi anda. Dari sekarang hingga 6 minggu yang berikutnya, semua organ akan mula terbentuk (ada yang akan mula berfungsi!)
Simptom Kehamilan
Anda mungkin telah membeli pregnancy test untuk mengesahkan kehamilan anda. Tak semua wanita yang boleh tahu tentang kehamilan mereka. Keputusan paling tepat adalah seminggu selepas hari anda sepatutnya datang haid.
Anda mungkin belum rasa apa-apa perubahan, tapi bersiap sedia untuk mendapat morning sickness dalam masa terdekat ini.
- Anda mungkin mengalami kembung perut kerana peningkatan progesteron, hormon kehamilan.
- Anda mungkin akan mengalami kekejangan dan sedikit pendarahan, ini kerana bayi anda berpindah ke tiub fallopio dan melekat ke dinding rahim.
- Hormon tak menentu akan menyebabkan anda mengalami mood swing.
Tanda Awal Kehamilan Yang Lain
Selain keluarnya keputihan, ia juga boleh disertai dengan simptom-simptom yang lain iaitu:
#1. Tubuh kerap berasa penat
Kadar hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda mudah berasa penat meskipun banyak menghabiskan masa di rumah atau melakukan kerja ringan sahaja.
Kebanyakan wanita mengakui akan simptom pembawakan anak ini sebagai tanda awal kehamilan, justeru pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya ya!
#2. Berlaku pendarahan
Selepas beberapa hari ovulasi, anda mungkin akan mengalami pendarahan implantasi. Ia adalah tompokan kecil darah berwarna merah jambu atau coklat berserta dengan rasa kekejangan.
Hal ini terjadi kerana telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium, anda mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang waktu haid.
#3. Payudara membengkak atau melembut
Perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh ibu hamil membuatkan payudara menjadi sensitif dan berasa sakit. Umumnya, rasa ini tidak selesa dan akan hilang ketika usia kandungan semakin bertambah.
Selain itu, rahim ibu hamil juga akan mengalami perkembangan bagi mempersiapkan tempat untuk janin. Anda juga akan sering ulang-alik ke tandas bagi membuang air kecil.
Penjagaan Kandungan

- Apabila anda tahu anda hamil, anda perlu berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
- Elakkan makanan mentah untuk mengelakkan e-coli dan jangkitan salmonella.
- Elakkan makan ikan tinggi kandungan merkuri seperti jerung, ikan todak dan ikan kembung.
Checklist Untuk Anda Selepas Terima Berita Kehamilan
#1. Jumpa doktor
Jika ujian kehamilan anda positif, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut tentang kandungan anda.
#2. Buat senarai ubat yang diambil
Anda perlu membuat senarai ubat yang perlu anda ambil, sama ada ianya selamat untuk diteruskan semasa hamil. Periksa dengan doktor.
#3. Jaga pemakanan
Anda perlu beri perhatian pada makanan yang anda makan dan mula mengambil vitamin kehamilan. Semasa hamil, ia penting untuk mempunyai diet yang sihat dan seimbang, serta mengelakkan makanan yang tinggi gula, garam dan lemak.
#4. Tamatkan tabiat buruk
Sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil, katakan selamat jalan untuk tabiat buruk seperti merokok, pengambial kafein berlebihan dan minum alkohol. Ini kerana sebarang penggunaan dadah, merokok dan minum alkohol semasa mengandung boleh menyebabkan masalah kesihatan pada bayi.
#5. Ambil vitamin pranatal
Ini adalah satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan apabila anda mula-mula mengetahui anda hamil. Vitamin pranatal mengandungi vitamin, mineral, besi dan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan perkembangan bayi anda.
Anda jugak boleh semak dahulu sama ada vitamin atau ubat-ubatan yang diperlukan selamat atau tidak menerusi fungsi ‘Medicine‘, dan pastikan anda dapatkan nasihat doktor sebelum mendapatkan sebarang ubat tambahan ini semasa kehamilan ya!
#6. Dapat rehat yang mencukup dan senaman bila perlu
Elakkan menjadi terlalu aktif semasa awal kehamilan ya! Ibu hamil tidak disarankan untuk mengangkat objek berat, jadi sebaiknya anda minta sahaja pasangan atau ahli keluarga melakukannya untuk anda.
Tetapi ini tidak menghalang anda untuk bersenam seperti berjalan kaki sambil menghirup udara segar ya ibu! Ajak si suami untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama juga.
Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Kandungan Baru Masuk Minggu 4-5? Ibu, Guna Kalendar Kehamilan Untuk Catat Tips Penting Ini!
Baca Juga: Yay, Positif Hamil! Ini 8 Perkara Anda Perlu Buat Sebaik Saja Disahkan Hamil
Baca Juga: Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!