X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan

4 min bacaan
Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan

Ciri keputihan tanda hamil yang paling ketara adalah apabila vagina mengeluarkan lendir seperti susu. Selain itu ibu juga berasa mudah letih

Antara masalah umum yang dihadapi oleh sesetengah wanita adalah keputihan. Cecair berwarna putih ini biasanya akan dirasai sebelum datang bulan. Namun tahukah anda akan kaitan ciri keputihan tanda hamil pada minggu-minggu pertama?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ciri keputihan tanda hamil berbeza dengan sebelum datang bulan
  • Ciri-ciri keputihan tanda hamil yang para ibu perlu tahu
  • Tanda-tanda awal kehamilan yang lain

Peningkatan kadar hormon estrogen dalam tubuh membuatkan vagina lembap dan aliran darah di bahagian pelvis turut bertambah sehingga ia menghasilkan lendir.

Ciri keputihan tanda hamil berbeza dengan sebelum datang bulan

ciri keputihan tanda mengandung

Sememangnya masih ramai wanita berdepan kesulitan untuk membezakan keputihan menjelang menstruasi dengan keputihan tanda mengandung.

Dalam hal ini, cairan berwarna putih keluar  menjelang haid terdiri cairan serta bakteria yang ada dalam bahagian vagina. Biasanya kebanyakan wanita hanya akan menghasilkan sedikit cairan sahaja iaitu sekitar 4ml setiap hari.

Normalnya cairan berwarna putih, namun ia akan menjadi lebih bersih dan sedikit berair mengikut kadar hormon estrogen yang semakin meningkat.

Keputihan menjelang haid mempunyai beberapa ciri tersendiri iaitu:

#1. Keputihan memasuki fasa ovulasi umumnya berwarna bersih, elastik dan berair. Ibu mungkin akan berdepan keputihan dengan jumlah lebih banyak berbanding biasa.

#2. Setelah ovulasi. Waktu subur juga boleh menyebabkan keputihan keluar, biasanya ia berlaku sehingga 14 hari dengan tekstur lebih tebal. Namun jumlah lebih sedikit daripada waktu ovulasi.

#3. Sebelum menstruasi. Pada fasa ini, cairan berwarna putih akan keluar bersama sedikit kesan kekuningan.

#4. Setelah haid. Keputihan normal turut dialami sesetengah wanita setelah mereka tamat datang bulan. Biasanya ia berwarna coklat, biasanya ia akan keluar setelah darah kotor sudah kering sepenuhnya.

Ciri-ciri keputihan tanda hamil yang para ibu perlu tahu

Kebanyakan ibu akan mengalami datang bulan yang lewat. Pada waktu ini, anda mungkin tertanya-tanya dan memiliki naluri tinggi bahawa ia salah satu tanda kehamilan.

Padahal sebenarnya, keputihan juga boleh diambil kira sebagai tanda awal kehamilan. Ia sering diabaikan oleh kebanyakan wanita. Tanda ini boleh dialami sebelum haid datang lambat, misalnya pada minggu pertama atau kedua setelah proses persenyawaan berjaya dilakukan.

keputihan semasa hamil

Dikenali sebagai leukoorhea, cecair keputihan tanda hamil cenderung berwarna putih susu, tekstur lebih tebal dan memiliki aroma yang ringan.

Hal inilah yang membuatkannya sering disalahertikan dengan keputihan ketika wanita dalam tempoh subur. Yang menjadi perbezaannya ialah jumlah kadar keputihan tanda hamil adalah jauh lebih banyak.

Bahkan, jumlahnya makin bertambah apabila ibu semakin dekat dengan tarikh bersalin.

Tanda awal kehamilan yang lain

Selain keluarnya keputihan, ia juga boleh disertai dengan simptom-simptom yang lain iaitu:

#1. Tubuh kerap berasa penat

Kadar hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda mudah berasa penat meskipun banyak menghabiskan masa di rumah atau melakukan kerja ringan sahaja.

Kebanyakan wanita mengakui akan simptom pembawakan anak ini sebagai  tanda awal kehamilan, justeru pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya ya!

#2. Berlaku pendarahan

Selepas beberapa hari ovulasi, anda mungkin akan mengalami pendarahan implantasi. Ia adalah tompokan kecil darah berwarna merah jambu atau coklat berserta dengan rasa kekejangan.

Hal ini terjadi kerana telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium, anda mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang waktu haid.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

#3. Payudara membengkak atau melembut

tanda awal kehamilan

Perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh ibu hamil membuatkan payudara menjadi sensitif dan berasa sakit. Umumnya, rasa ini tidak selesa dan akan hilang ketika usia kandungan semakin bertambah.

Selain itu, rahim ibu hamil juga akan mengalami perkembangan bagi mempersiapkan tempat untuk janin. Anda juga akan sering ulang-alik ke tandas bagi membuang air kecil.

Tanda-tanda mengandung, bilakah ibu perlu berasa risau?

Peningkatan hormon ketika haid atau hamil pastinya mendatangkan banyak perubahan terhadap tubuh, termasuklah keputihan. Biarpun ia adalah masalah normal, namun perlu waspada jika anda berdepan tanda berikut:

  • Gatal dan rasa seperti terbakar pada bahagian intim
  • Muncul bau yang tidak sedap
  • Keputihan berwarna kuning atau hijau
  • Jumlah cairan yang keluar adalah lebih banyak dari biasa
  • Sakit pada bahagian punggung

Sekiranya anda sedang hamil dan menyedari adanya tanda di atas, segera dapatkan rujukan doktor kerana dikhuatiri akan risiko jangkitan sehingga boleh mendatangkan keguguran.

Sumber: Penulis asal Erinintyani. Artikel ini telah mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Selalu Sakit Pinggang Tanda Hamil? Ini Penyebab & Cara Untuk Mengatasinya

Baca juga: Rasa Badan Lain Macam Kebelakangan Ini? Ini Tanda Mengandung Seminggu Ramai Wanita Tidak Perasan!

Baca juga: 10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Cubaan untuk hamil
  • /
  • Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan
Kongsikan:
  • 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Boleh Bahayakan Janin!

    3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Boleh Bahayakan Janin!

  • Keputihan Berlaku Pada Bayi Normal Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah!

    Keputihan Berlaku Pada Bayi Normal Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Boleh Bahayakan Janin!

    3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Boleh Bahayakan Janin!

  • Keputihan Berlaku Pada Bayi Normal Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah!

    Keputihan Berlaku Pada Bayi Normal Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.