Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Mengira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan

Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Mengira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan

Apabila suami ajak bersama, anda mungkin serba salah untuk menolaknya kan? Sekiranya belum bersedia untuk hamil lagi, ketahui cara mengira waktu subur ini!

Sesetengah pasangan yang mendirikan rumah tangga sering dimurahkan rezeki dan segera dikurniakan cahaya mata. Namun jika anda belum bersedia untuk hamil lagi, merancang sendiri dengan cara mengira waktu subur adalah paling selamat berbanding pengambilan sebarang jenis ubat.

Kaedah perancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa alat dikenali sebagai kaedah kalendar. Melalui cara ini, anda dan suami perlulah mengelakkan dari bersetubuh pada hari-hari subur selepas haid.

Cara mengira waktu subur bagi elak kehamilan

cara mengira subur wanita credit to sources

Menurut Dr Zubaidi, kaedah ini dapat dilakukan untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap. Sekiranya anda memiliki kitaran tidak tetap, maka kiraan hari subur adalah sukar dilakukan.

Caranya adalah:

#1. Isteri perlu mencatatkan bilangan hari kitaran haid, iaitu dari hari pertama mengalami darah haid sehingga hari pertama mengalami semula haid pada bulan yang seterusnya.

#2. Hitung bilangan purata.

#3. Kemudian tolakkan 18 hari daripada bilangan hari dalam putaran haid yang terpendek. Angka ini adalah hari pertama waktu subur. Sebagai contohnya, jika putaran haid isteri terpendek 24 hari, anda tolak 18 dari 24 dan akan mendapat baki 6 hari. Maka pada hari ke-6 dalam kitaran haid itu, ia adalah hari pertama waktu subur anda pada bulan tersebut.

#4. Kemudian dapatkan jarak kitaran haid yang terpanjang. Tolak 11 hari daripada hari yang terpanjang. Angka ini adalah hari terakhir subur dalam kitaran pada bulan itu. Misalnya jika kitaran haid yang terpanjang ialah 34 hari, ditolak dengan angka 11 daripada 34 akan mengeluarkan angka 23. Maka hari ke-23 dalam kitaran haid itu ialah hari terakhir waktu subur pada kitaran haid anda pada bulan berkenaan. 

#5. Jadi elakkan melakukan hubungan seks dengan pancut dalam ketika anda berada dalam waktu subur bagi mengelakkan proses persenyawaan berlaku.

Katakan pada hari pertama haid iaitu jatuh pada 1 Julai 2020, maka waktu subur ialah pada hari 6 Julai sehinggalah 23 Julai. Maknanya mana-mana hari pada 6 Julai-23 Julai tersebut adalah waktu subur.

Sebenarnya golongan wanita yang memiliki kitaran haid yang tetap lebih mudah dan tepat kiraannya. Contohnya, jika anda mempunyai kitaran haid tetap setiap bulan iaitu 28 hari.

Jadi hari pertama subur ialah 28-18=10, iaitu pada hari ke-17 dalam kitaran haidnya. Manakala bagi hari terakhir subur ialah 28-11=17, iaitu pada hari ke-17 dalam kitaran haid.

Mengesan ovulasi melalui perubahan tubuh badan

cara elak kehamilan credit to sources

Menurut penjelasan pegawai perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat, ovulasi adalah proses pelepasan ovum atau benih wanita daripada kilang telur ovari.

Kitaran haid normal bagi wanita adalah antara 24 hingga 38 hari. Ini bermakna hari ke-14 masih tidak tepat, lebih-lebih lagi sekiranya kitaran haid seseorang tidak teratur.

''Setiap bulan, tempoh ovulasi masih boleh berubah. Ini kerana setiap wanita memiliki waktu ovulasinya yang tersendiri dan tidak akan sama dengan orang lain,'' jelasnya.

Tambah Dr Izzat, ovulasi kebiasaannya dikaitkan dengan peningkatan suhu badan sebanyak 0.5 darjah Celsius. Ini bermakna anda boleh mengukur perubahan suhu tubuh ini menggunakan termometer bagi mengesan waktu subur. 

''Bagaimanapun kebanyakan wanita tidak mengalami tanda ovulasi yang menonjol, mungkin berdepan masalah kejang pada bahagian bawah perut, keluar lendir berlebihan dari vagina yang kurang likat, perubahan mood, selera makan dan payudara rasa sakit.'' katanya.

Ujian murkus serviks di rumah

waktu subur wanita credit to sources

Selain itu, Dr Izzat mengatakan bahawa para isteri boleh buat sendiri ujian ringkas di rumah. Caranya adalah dengan memasukkan jari bersih ke dalam faraj, keluarkan sedikit lendir yang anda. Kemudian, kembangkan lendir tersebut di antara dua jari.

Sekiranya ia banyak, melekit, boleh dikembangkan dengan mudah seperti putih telur atau kurang likat, ia adalah petanda mudah bahawa tubuh anda dalam keadaan subur pada waktu tersebut.

''Perlu anda ingat bahawa kaedah merancang dan menjarakkan kehamilan secara semula jadi adalah tidak disyorkan oleh para doktor kerana ia memberikan keberkesanan yang berbeza antara setiap individu.'' jelasnya.

Kesimpulannya jika anda tidak bersedia untuk menambahkan lagi cahaya mata, ajak pasangan untuk duduk berbincang dan buat pilihan yang dipersetujui secara bersama.

Sumber: Dr Zubaidi, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner