Keterujaan untuk menimang cahaya mata memang seronok, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali bakal menjadi ibu. Tapi, kadang-kadang serba salah untuk buat pemeriksaan di klinik kerana takut terlalu awal. Jadi bagaimana nak tahu tanda mengandung seminggu?
Tanda-tanda mengandung minggu pertama kadang-kala tidak ketara kerana perubahan pada badan masih terlalu baru. Wanita ini biasalah memang hadir dengan firasat sendiri. Jika kita tidak datang bulan tepat pada harinya, mulalah kita beranggap bahawa kita sudahpun hamil.
Sebenarnya, untuk mendapatkan pengesahan anda harus lakukan ujian kehamilan. Ujian ini menjadi positif hanya apabila hadir hormon hCG yang mencukupi dalam darah atau urin.
Walau bagaimanapun sebelum anda pergi ke farmasi dan membeli ujian sendiri, apa kata anda lihat tanda mengandung seminggu di bawah terlebih dahulu.
Mana tahu sebenarnya anda telahpun berbadan dua?
Semak Tanda Mengandung Seminggu di Sini
Mari kita lihat, beberapa tanda-tanda mengandung minggu pertama yang bakal ibu sudahpun alami tanpa sedar:
#1 Tidak datang haid
Kredit: Freepik
Terutamanya bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur, haid lambat adalah antara beberapa petanda yang mungkin menunjukkan anda hamil.
Tetapi, bagi wanita yang mempunyai haid tidak teratur, anda mungkin harus melihat tanda lain juga.
#2 Payudara menjadi terlalu sensitif
Kredit: Freepik
Salah satu tanda-tanda mengandung minggu pertama ialah apabila anda merasa payudara terutamanya di sekitar puting menjadi lebih sensitif.
Adakala hingga hendak memakai baju dalam juga harus berhati-hati kerana ia terlalu sakit. Bukan sahaja itu, payudara juga seakan lebih besar kerana bengkak dan tegang.
Itu merupakan cara mengetahui kehamilan 1 minggu yang jarang salah!
#3 Mual atau ‘morning sickness’
Kredit: iStock
Ini antara satu tanda yang paling seksa sekali bagi bakal ibu. Salah satu cara mengetahui kehamilan 1 minggu yang selalu terbukti tepat adalah apabila anda kerap ras mual-mual ingin muntah.
Mual-mual atau ‘morning sickness‘ sebenarnya bukanlah berlaku di waktu pagi sahaja, malah ia boleh berlaku sepanjang hari. Ia selalunya berlarutan sepanjang trimester pertama dan ia sangat memenatkan!
Para suami, bantu isteri anda. Sekiranya mereka kerap muntah, mereka mungkin berisiko kurang air. Pastikan anda mengingatkan isteri untuk kekal hidrat dan makan 14 bahan ini.
#4 Lesu dan cepat penat
Kredit: Freepik
Salah satu tanda-tanda mengandung minggu pertama adalah dengan melihat kadar kecergasan badan anda. Jika anda tiba-tiba asyik cepat letih sekarang, ehem…
Perubahan hormon dan fizikal ketika hamil bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia memang sangat memenatkan. Ini kerana badan bekerja untuk menyesuaikan diri.
Janganlah mengata isteri anda malas sekiranya dia sering berehat atau tertidur. Dia sendiri tidak dapat melawan rasa lesu yang dialaminya. Badannya bakal melalui perubahan yang besar, berikannya sokongan.
#5 Pendarahan atau ‘spotting’
Kredit: Freepik
Ada wanita yang akan tiba-tiba mengalami pendarahan sedikit atau ‘spotting‘. Spotting menunjukkan terjadinya ‘implantation bleeding‘ atau pendarahan implantasi.
Pendarahan ini adalah kesan daripada proses penanaman telur di dalam rahim. Pendarahan ringan ini kadang kala disertai dengan rasa kejang di bahagian perut.
#6 Perut berangin dan rasa tidak sedap
Kredit: Pexels
Bakal ibu mungkin akan kerap rasa kembung atau tidak sedap perut. Dan ini memang normal di minggu pertama. Perut tidak selesa pada ibu hamil juga boleh membawa kepada masalah sembelit.
Jadi untuk mengelakkaan masalah ini, makanan makanan yang kaya dengan serat dan vitamin seperti sayuran hijau dan kurangkan makanan yang pedas.
Semoga perkongsian kami tentang tanda mengandung seminggu ini berguna untuk anda. Jangan lupa untuk mendapatkan pengesahan dan pemeriksaan doktor juga ya?
Jaga diri dan kandungan anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ciri-Ciri Hamil 2 Minggu Yang Jarang Disedari Oleh Wanita, #3 Paling Mengelirukan!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!