X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Surah Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Diamalkan Selalu, Bayi Lahir Mudah & Tidak Meragam

4 min bacaan
Surah Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Diamalkan Selalu, Bayi Lahir Mudah & Tidak Meragam

Surah untuk ibu mengandung bukan sahaja buat bayi dalam kandungan, malah ia dapat membantu memudahkan proses kelahiran kelak

Jangan tak tahu ya, antara minggu ke-23 dan ke-27 kehamilan, bayi anda sudah boleh mula mendengar. Disebabkan itu ibu hamil digalak melakukan amalan yang baik sahaja sepanjang tempoh kehamilan termasuklah kerap membacakan beberapa surah untuk ibu mengandung.

Kalau nak tahu, degupan jantung anda ialah bunyi paling jelas yang boleh didengarnya bayi dalam kandungan.  Namun si kecil anda juga boleh mendengar bunyi daripada perbualan dan aktiviti-aktiviti yang berlaku di luar uterus (rahim) anda yang boleh diibaratkan sebagai pengintip kecil.

Senarai surah untuk ibu mengandung

surah untuk ibu mengandung

Memandangkan bayi anda tidak boleh melihat atau menyentuh dunia di luar, pendengaran ialah satu-satunya deria yang membantunya membuat persiapan untuk kehidupan selepas lahir.

Mengenali suara anda sebelum lahir dapat membantunya membina ikatan yang kuat dengan ibu selepas dia dilahirkan. Malah, membina ikatan dengan anda mungkin adalah salah satu sebab pendengaran bayi berkembang dengan baik sejak dari dalam rahim.

Menurut penyelidikan di Eropah yang dibuat pada tahun 2013, bayi dalam kandungan yang didedahkan dengan muzik mempunyai kesan jangka panjang kepada otak mereka.

Kajian mendapati bahawa bayi baru lahir dapat mengingati lagu ‘Twinkle, Twinkle Little Star’ yang dimainkan untuk mereka sewaktu di dalam rahim dan memberi respons berbeza apabila versi lain dimainkan. 

Selain itu, menurut kajian juga bayi menyimpan memori-memori sewaktu dalam kandungan sehingga 4 bulan selepas kelahiran.

Kajian barat telah menunjukkan bahawa muzik klasik yang dipasang kepada bayi dalam kandungan, dapat memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi dan system pendengaran mereka. Sebagai Muslim, ibu-ibu boleh menggantikan muzik klasik ini dengan beberapa surah untuk bayi dalam kandungan.

Surah ibu mengandung

surah untuk ibu mengandung

Ketika anda mempunyai masa terluang ataupun waktu selepas solat, biasakan diri dengan rutin membaca surah ibu mengandung.

Seterusnya, doa yang baik-baik untuk bayi dalam kandungan agar mereka menjadi seorang anak yang soleh, taat pada agama dan kedua ibu bapanya. Berikut beberapa surah ibu mengandung yang boleh anda amalkan selalu sehinggalah tibanya detik kelahiran bayi.

#1. Surah al-Fatihah

surah untuk ibu mengandung

Surah al-Fatihah adalah surah utama dalam al-Quran. Seperti mana maksudnya iaitu pembukaan. Antara fadilat dan kebaikan mengamalkan surah ibu mengandung ini adalah untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan. 

#2. Surah Maryam

Surah Maryam memang terkenal dan disebut-sebut sebagai surah ibu mengandung.  Antara kisah yang terdapat dalam surah ini adalah ketika Maryam melahirkan Nabi Isa di tengah padang pasir secara sendirian. Surah ini elok diamalkan untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

#3. Surah Luqman

Surah Luqman mengisahkan tentang nasihat-nasihat seorang bapa kepada anaknya. Antara fadilat amalkan surah ketika mengandung ini adalah untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

#4. Surah Yusuf

Surah Yusuf pula menceritakan kisah hidup Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanan wajah. Harapannya, dengan mengamalkan surah ketika mengandung ini, anda dapat memperoleh anak yang bukan setakat cantik rupa tetapi juga cantik akhlak seperti Nabi Yusuf as.

#5. Surah Yaasin

Antara fadilat membaca Surah Yaasin adalah untuk mempermudahkan urusan. Disebabkan itu kita selalu baca Surah Yaasin buat orang yang sedang nazak dan mereka yang akan menduduki peperiksaan.

Tujuannya agar urusan mereka dipermudahkan dan diberi ketenangan hati. Begitu juga buat ibu yang mengandung. Antara tujuan surah ketika mengandung adalah untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

#6. Surah at-Taubah

Surah amalan ibu mengandung dapat mengingatkan anda kepada Allah SWT dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Mudah-mudahan ibu hamil dan bayi dalam kandungan dapat membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

#7. Surah an-Nahl

Antara intipati Surah an-Nahl adalah berkenaan dengan lebah seperti mana nama surah ini yang bermaksud lebah. Terlalu banyak hikmah yang kitab oleh pelajari daripada seekor lebah.

Surah amalan ibu mengandung elok diamalkan selalu agar dapat membentuk keperibadian yang baik pada diri si manja. 

Malah, ayat 78 Surah an-Nahl sangat perlu diamalkan ketika hendak bersalin agar proses kelahiran bayi sentiasa dipermudahkan.

Kajian telah menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan dapat mendengar serta memberi reaksi kepada persekitarannya. Oleh sebab itu, orang tua selalu berpesan kepada ibu hamil agar sentiasa menjada perilaku dan tutur kata.

Kesimpulannya bagi membentuk keperibadian yang baik pada si manja anda, ibu ayah kenalah sama-sama bacakan surah ibu hamil dan surah untuk bayi dalam kandungan. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Selain melancarkan proses kelahiran, anda juga diberikan ganjaran pahala daripada Allah SWT. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Alunkan Surah Al-Mulk Sebelum Bayi Tidur, Barulah Tak Meragam

Baca juga: Selalu Amal Surah Yusuf Untuk Ibu Hamil, Anak Lahir Mudah & Cantik Rupa Paras

Baca juga: Belum Sempat Kena Induce Dah Bersalin, Ibu Ini Kongsi Rahsia Amal Surah Abasa Ayat 20

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Surah Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Diamalkan Selalu, Bayi Lahir Mudah & Tidak Meragam
Kongsikan:
  • Alunkan Surah Al-Mulk Sebelum Anak Tidur, Barulah Lebih Tenang & Tidak Buat Perangai

    Alunkan Surah Al-Mulk Sebelum Anak Tidur, Barulah Lebih Tenang & Tidak Buat Perangai

  • Kebaikan Surah Ar Rahman Hilangkan Rasa Cemas & Elak Sifat Pelupa Ibu Hamil

    Kebaikan Surah Ar Rahman Hilangkan Rasa Cemas & Elak Sifat Pelupa Ibu Hamil

  • Alunkan Surah Al-Mulk Sebelum Anak Tidur, Barulah Lebih Tenang & Tidak Buat Perangai

    Alunkan Surah Al-Mulk Sebelum Anak Tidur, Barulah Lebih Tenang & Tidak Buat Perangai

  • Kebaikan Surah Ar Rahman Hilangkan Rasa Cemas & Elak Sifat Pelupa Ibu Hamil

    Kebaikan Surah Ar Rahman Hilangkan Rasa Cemas & Elak Sifat Pelupa Ibu Hamil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham