X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bilakah Waktu Sesuai Umum Anda Mengandung? Adakah Pada Awal Kehamilan Atau Tunggu Dulu?

7 min bacaan
Bilakah Waktu Sesuai Umum Anda Mengandung? Adakah Pada Awal Kehamilan Atau Tunggu Dulu?

Betulkah kehamilan di trimester 1 perlu dirahsiakan kerana ada risiko keguguran? Ketahui kekurangan dan kelebihan merahsiakan awal kehamilan.

Apabila alat ujian kehamilan menaikkan tanda dua garis, ada ibu yang teruja dan bakal ibu mungkin teruja mahu memberitahu seluruh dunia tentang kehamilan itu. Tapi ada sesetengah orang tidak menggalakkan pengumuman berita pada awal kehamilan, kenapa begitu ya?

Ramai ibu ayah menunggu sehingga akhir trimester pertama atau sekitar minggu ke-13 untuk memberitahu rakan dan keluarga mengenai kehamilan mereka. 

Beberapa faktor mempengaruhi mengapa orang menunggu sehingga masa ini untuk berkongsi berita. Ia termasuklah kerana khuatir risiko keguguran dan sebagainya. 

Isi Kandungan

  • Tanda-tanda awal kehamilan
  • Risiko keguguran pada awal kehamilan
  • Kelebihan merahsiakan kehamilan pada peringkat awal
  • Kekurangan merahsiakan kehamilan pada peringkat awal
  • Cara umum kehamilan

Tanda-tanda awal kehamilan

awal kehamilan, pendarahan awal kehamilan, perut berdenyut awal kehamilan, penjagaan awal kehamilan, lendir coklat di awal kehamilan, sakit pinggang awal kehamilan, ari ari berdenyut

Berikut tanda awal kehamilan yang sering dialami oleh wanita hamil: 

#1. Tidak datang haid

Antara tanda awal kehamilan yang paling ketara untuk anda kenal pasti ialah tidak datang haid. Namun begitu, tidak semua kes tidak datang atau lambat datang haid adalah disebabkan oleh kehamilan.

Ia mungkin terjadi disebabkan perubahan hormon, kenaikan berat badan, keletihan atau tekanan. Namuna da juga kes yang dia masih datang haid walaupun hamil tetapi majoritinya memang akan terhenti haidnya. 

#2. Sering keletihan

Hormon progestorane bukan sahaja menyebabkan payudara menjadi sakit malahan juga mengakibatkan keletihan ketika trimester yang pertama. Keletihan biasanya akan berlaku satu minggu selepas wanita itu hamil.

Pastikan anda makan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi untuk terus kekal bertenaga sepanjang kehamilan. 

#3. Perubahan selera makan

Pada awal kehamilan biasanya anda akan mula mengidam sesuatu yang pelik atau boleh juga jadi kurang selera makan. Walaupun begitu bagi memastikan kandungan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah anda perlu mengambil makanan atau vitamin tambahan untuk memastikan badan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang secukupnya.

#4. Muntah-muntah

awal kehamilan, pendarahan awal kehamilan, perut berdenyut awal kehamilan, penjagaan awal kehamilan, lendir coklat di awal kehamilan, sakit pinggang awal kehamilan, ari ari berdenyut

Gejala muntah-muntah berlaku tanpa mengira waktu terutamanya pada waktu pagi. Muntah-muntah atau mabuk hamil tidak dialami oleh semua wanita.

Punca sebenarnya masih tidak dapat dikenalpasti namun begitu ia sangat berkait rapat dengan perubahan hormon kehamilan. Pastikan anda makan makanan yang kaya dengan protein ketika kehamilan. Kebiasaanya gejala ini akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan mula mencecah 12 hingga 16 minggu.

#5. Kekejangan dan pendarahan

Kekejangan dan pendarahan awal kehamilan mungkin akan berlaku sebelum waktu anda datang bulan. Ini merupakan petanda persenyawaan telur anda dengan sperma telah berlaku dan mula melekat pada dinding rahim.

Selain daripada pendarahan, lelehan berwarna putih atau lendir coklat di awal kehamilan juga mungkin akan keluar daripada vagina anda. Lelehan yang tidak berbahaya ini mungkin akan terus keluar ketika kehamilan dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

Namun jika lelehan tersebut berbau busuk dan menyebabkan rasa sakit dan gatal, segera berhubung dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda mendapat jangkitan yis atau bakteria.

Perut berdenyut awal kehamilan, ari ari berdenyut serta sakit pinggang awal kehamilan adalah perkara yang biasa juga berlaku kepada wanita hamil. 

Risiko keguguran pada awal kehamilan

Sebenarnya, sebab utama kehamilan dirahsiakan khususnya pada awal kehamilan adalah disebabkan risiko keguguran yang boleh berlaku. Bukanlah kita mahu atau anggap ia akan berlaku, tetapi ia lebih kepada pengurusan emosi ibu yang mungkin lebih tertekan sekiranya keguguran terjadi.

Ia sebenarnya lebih kepada mahu melepasi tempoh selamat kehamilan. Trimester pertama merupakan masa perkembangan dan perubahan yang besar untuk ibu dan bayi, tetapi terdapat beberapa risiko bahawa kehamilan mungkin tidak bertahan lama.

Sekiranya bayi mempunyai degupan jantung pada usia tujuh minggu, risiko keguguran turun hingga 10 peratus. Selepas minggu ke 12, risiko keguguran jatuh kepada lima peratus untuk sepanjang kehamilan.

10-25 peratus kehamilan berakhir dengan keguguran dan 80 peratus daripadanya berlaku pada trimester pertama. Ada beberapa faktor yang menyebabkan keguguran, namun 50 peratus daripadanya adalah disebabkan kelainan kromosom, dan bukannya disebabkan penjagaan awal kehamilan yang tidak baik oleh ibu.

Beberapa sebab keguguran pada awal kehamilan termasuklah:

  • Ibu ada penyakit
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Kecacatan fasa luteal (masalah dengan kitaran bulanan wanita)
  • Adhesi (tisu seperti parut) pada uterus

Selain itu, umur adalah faktor lain yang mempengaruhi keguguran. Berikut adalah risiko keguguran mengikut umur:

  • 35 tahun ke bawah: 15 peratus
  • 35-45 tahun: 20 peratus -35 peratus
  • 45 tahun ke atas: 50 peratus

Berdasarkan statistik ini, adalah difahami sekiranya wanita berusia menunggu sehingga risiko keguguran berkurang pada usia kandungan tertentu sebelum mengumumkan kehamilan.

Kebanyakan wanita tidak sanggup beritahu berita sedih tentang keguguran sedangkan baru sahaja mengumumkan kehamilan.

Kelebihan merahsiakan kehamilan pada peringkat awal

Bagi wanita yang mengalami kesukaran untuk hamil, pernah gugur atau alami kelahiran mati, mereka lebih cenderung untuk merahsiakan kehamilan. Tetapi bagi kes seperti ini, berkongsi berita gembira ini tidak kira pada sebarang peringkat kehamilan juga ada kebaikannya khususnya bagi menjaga kehamilan.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Berikut merupakan beberapa kelebihan merahsiakan kehamilan. Antaranya termasuklah:

  • Risiko keguguran biasanya menurun selepas trimester pertama
  • Ibu lebih lega selepas membuat scan perut, mendengar denyutan jantung si manja, atau mencapai setelah melalui peringkat kehamilan tertentu.
  • Bebas bertanya soalan di platform tertentu kerana masih kekal anonymous.

Jika ibu masih tidak selesa berkongsi berita itu, doktor mungkin dapat merujuk ibu kepada ahli terapi atau kumpulan sokongan di mana ibu dapat meluahkan berita gembira atau kerisauan di ruang yang selamat seperti di dalam komuniti theAsianparent misalnya.

Ibu bukan sahaja boleh berkongsi berita gembira, malah masih boleh merahsiakan identiti dengan menggunakan fungsi tanpa nama atau ‘anonymous’. 

Kekurangan merahsiakan kehamilan pada peringkat awal

Trimester pertama mungkin sukar untuk sesetengah wanita kerana keletihan, mual, muntah, dan gejala lain yang tidak menyenangkan. Memberitahu orang lain khususnya rakan-rakan di pejabat sebenarnya baik untuk menjaga kehamilan ibu.

Sekiranya ibu berahsia, kemungkinan majikan akan memberikan kerja yang tidak sesuai dengan ibu hamil contohnya mengangkat barangan berat, berdiri untuk tempoh masa yang panjang atau terdedah kepada bahan kimia.

Rakan-rakan atau ahli keluarga pula mungkin merasa hairan bila melihat anda berubah seperti menjaga pemakanan, tidak mahu menyertai acara sukan misalnya.

Walaupun tiada bukti mengatakan aktiviti-aktiviti ini secara langsung membawa kepada keguguran, tetapi sebaiknya ibu perlu elakkan risiko yang menyebabkan keguguran. Tanya dengan doktor tentang keselamatan semasa hamil. Ini antara kekurangan yang mungkin berlaku jika anda tidak mengumumkan anda hamil pada peringkat awal:

  • Trimester pertama mungkin sukar tanpa sokongan
  • Terdedah kepada bahaya di tempat kerja jika tidak memberitahu majikan.
  • Kawan dan keluarga mungkin mengetahui dari sumber lain dan bukannya melalui ibu sendiri

Cara umum kehamilan

awal kehamilan, pendarahan awal kehamilan, perut berdenyut awal kehamilan, penjagaan awal kehamilan, lendir coklat di awal kehamilan, sakit pinggang awal kehamilan, ari ari berdenyut

Sekiranya ibu sudah bersedia untuk umumkan kehamilan, mungkin ibu boleh membuat beberapa cara atau hint ini. Pasti keluarga dan rakan-rakan gembira untuk ibu!

Berita mengenai kehamilan merupakan cerita yang sangat mengembirakan untuk disampaikan. Terutama pada pasangan yang sangat menantikan cahaya mata buat kali pertama. Selain suami, keluarga juga perlu tahu berita ini.

Berikut merupakan cara unik umumkan kehamilan anda kepada mereka:

  •  Berikan alat ujian kehamilan – pastikan alat ujian yang diberikan itu dengan keputusan positif.
  •  Berikan hadiah – yang menunjukkan tanda-tanda yang anda sedang hamil. Sebagai contoh, hadiahkan suami anda dengan t-shirt dengan tulisan ayah.
  •  Makan di luar dan buat kejutan tambahan – pergi makan di restoran kegemaran suami contohnya. Gunakan peluang yang ada untuk menyampaikan berita kehamilan anda pada masa yang tepat.
  • Berikan kad – buat satu kad kepada mereka. Tulis satu ucapan pendek seolah-olah dari si kecil. Seperti “hai, ayah/atuk/nenek saya tidak sabar untuk jumpa anda lapan bulan lagi”.
  •  Beli permainan – beli beberapa barang yang dapat menggambarkan mesej seperti anda sedang hamil.
  • Gambar ultrasound yang menunjukkan bayi itu sihat
  • Memberi petunjuk yang anda sedang teruja mengetahui jantina bayi
  • Apabila sudah mencapai tempoh separuh kehamilan atau pada trimester kedua
  • Baby bump yang comel adalah tanda paling nyata yang anda boleh tunjukkan kepada suami!

Beritahu tentang kehamilan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan ibu. Tetapi pastikan ibu mengambil kira setiap yang penting untuk keselamatan bersama janin ya?

1. Cafemom.com (October 19, 2018). 55 Creative Pregnancy Announcement Ideas to Totally Steal. cafemom.com/parenting/210355-pregnancy-announcement-ideas-creative

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Muat Turun Aplikasi Kehamilan Terbaik Ini Dan Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Setiap Minggu

Baca juga: Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Baca juga: Embrio vs Fetus: Ketahui Perbezaannya Di Awal Kehamilan Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bilakah Waktu Sesuai Umum Anda Mengandung? Adakah Pada Awal Kehamilan Atau Tunggu Dulu?
Kongsikan:
  • UPT Mulanya Positif, Tapi Pudar Selepas Beberapa Hari? Ia Mungkin Tanda Kehamilan Kimia!

    UPT Mulanya Positif, Tapi Pudar Selepas Beberapa Hari? Ia Mungkin Tanda Kehamilan Kimia!

  • KAJIAN: Benarkah Bekerja Hingga Lewat Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin?

    KAJIAN: Benarkah Bekerja Hingga Lewat Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • UPT Mulanya Positif, Tapi Pudar Selepas Beberapa Hari? Ia Mungkin Tanda Kehamilan Kimia!

    UPT Mulanya Positif, Tapi Pudar Selepas Beberapa Hari? Ia Mungkin Tanda Kehamilan Kimia!

  • KAJIAN: Benarkah Bekerja Hingga Lewat Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin?

    KAJIAN: Benarkah Bekerja Hingga Lewat Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.