Pernah tak anda mendengar situasi UPT negatif tapi hamil?
Satu perkongsian oleh seorang wanita yang mendapat perhatian ramai netizen di laman Instagram, Lyana Manan yang mendapat kejutan dari doktor yang mengatakan dia hamil meskipun upt adalah negatif!
Ceritanya yang ketika itu sudah tiga tahun berkahwin namun belum mendapat rezeki untuk mengandung di sebuah hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
Dah berpuluh upt test still negative. Tapi bila scan ada. Alhamdulillah!
Cerita ni pada tahun 2019. Masa tu dah 3 tahun kahwin, tapi masih belum dikurniakan zuriat. Masa tu bulan puasa, sebelum sahur perut tiba2 menyucuk sakit gila. Tak lalu nak makan pun, sakit dia macam gastrik yang sangat kuat. Padahal dah lama xgastrik since ambik ESP.
Orang yang tengah tunggu nak anak ni, dalam kepala mesti ada jugak sikit perasan ‘aku mengandung ke?’. Tapi cepat cepat alihkan perhatian. Kebetulan tak datang bulan lagi, so senyap senyap masuk toilet, test – NEGATIVE untuk yang ke beratus kalinya. Yea, hampa tu xyah cakap. Tapi cool je. Buat mcm takde pape sambil menahan sakit perut dan jalan terbongkok bongkok.
Masuk office duduk je, tapi tiap kali berjalan terbongkok balik, lepas tu kawan yna yang tengah hamil masatu tegur ‘u taknak pergi check ke? Sebab i pun mcm tu sebelum tahu, badan jadi berangin.’
Dalam hati yana, aku dah test NEGATIVE. Tapi malu nak cakap. Yna just bgtahu ‘oke, nanti i pergi klinik’. Lepas tu, terus ajak husband ambik dari office jumpa pakar O&G.
Doctor ambik semua simpton simpton yang ada masa tu. Lps tu dia suruh scan, mgkin semua simpton yang ada macam mengena. Masa scan doc bagitahu, uterus retroverted. Tak macam kebanyakan orang anteverted but still boleh mengandung.
Since retroverted, doc scan bawah bagi senang nampak. Scan, scan doc terus cakap ‘awak mengandung ni’..
‘Tapi upt Negative doc’
‘Belum lagi la tu, mungkin hormon HCG masih rendah’
Masa tu macam ‘eh betul ke ni?!’ ETA for deliver doc cakap bulan 1. Wahh sama dengan adik, kawan baik dan kawan office tadi. Dorg semua tengan mengandung anak sulung, sama! Yeay, boleh deliver sekali, ada geng!
View this post on Instagram
Namun cerita Lyana lagi, langit tidak selalunya cerah. Seperti yang dia sendiri jangkakan, mengandung dengan bacaan hormon HCG yang rendah sangat berisiko untuk keguguran.
Masa ni ingat lagi tengah raya 2019
Travel slngor > ganu > klntn > ganu > selangor. Habis beraya, masuk office. Tiba tiba badan rasa tak sedap. Loya. Mula mula cuba relax buat kerja sebab malas nak fikir sangat. Cuma perasaan berbaur tetap juga ada.
Lepas tu rasa macam something keluar, pergi toilet ada spotting. Cuba bertenang. Mungkin penempelan baru berlaku? Geng ttc biasa akan alert benda ni dengan cuba berfikir positive macam tu walau rasa tak keruan. Faham kan?
Yna pun cuba baring dulu, relax. relax..tak sedar air mata tiba tiba mengalir sebab takut benda yang taknak sangat jadi tu menjadi and masa tu jugak yna boleh rasa flow macam makin banyak.. sabar yna, pujuk diri sendiri. Bagitahu member, text husband suruh ambik segera nak berehat dekat rumah.
Lepas tu sakit makin kuat, masa ni rasa macam dah confirm ni tak menjadi. Pergi klinik yg yna pergi sebelum ni. Sampai klinik terus rebah sebab sakit yang teramat dasyat. Dalam hati ni satu je.. ya Allah, aku redha. Ampun kan dosa aku, angkat lah sakit ni sambil menangis nangis. Patient lain tengok je yna terbaring menggelupur tahan sakit atas riba suami. Takde malu, sebab sakit sangat.
Doc terpaksa potong que patient lain, panggil yna masuk dulu scan balik tak jumpa. Terus bagi ref letter utk ke hospital segera. Sepatutnya klau jadi mcm ni, kena terus ke kecemasan. Bukan klinik dah.
Sampai dekat kecemasan, register check bp tiba tiba staff kalut suruh tolak terus. Yna dah lembik tak boleh buat apa. Energy habis.
Sampai je zon kritikal, terus penuh doc datang. Pasang saluran air kencing (sakit sangat, sebab nurse tu salah pasang). Rupa rupanya dorang ingat yna ectopic (kandungan luar rahim) kena operate segera.Tapi sebelum tu dorang test upt dulu. And result sama, negative. Scan tak jumpa.
Dalam hati, kan dah bleeding. Ada lagi ke? Confused. Panggil husband tunjuk bukti scan sebelum ni, doc pulak confused 😆 dorang terpaksa panggil pakar o&g sendiri yang handle.
Malam tu perut berlemuih, sebab ramai doc scan cari tak jumpa silih berganti since yna bgtahu takde lagi ketulan yang keluar. Kena mulut itik pun banyak kali. Lama tunggu pakar o&g sampai. Dia scan terus jumpa. Alhamdulillah.
Dia advice tunggu keluar sendiri, kalau tak jugak baru d&c (cuci). 2 hari lepas tu keluar la seketul dengan sendiri. Masa keluar tu tak sakit, cuma rasa xselesa je. Sakit teruk part awal awal bleeding je. Bawak jumpa doc sebab doc nak tengok utk comfirmation. Lepas tu bermula la episod baru fighting for ttc sebelum berjaya dapat lisa.
Perkongsian mengenai situasi upt negatif tapi hamil telah membuka mata ramai terutamanya mereka yang sedang TTC untuk berusaha melakukan sesuatu dan seterusnya tawakal kepada Allah untuk menentukan apa yang akan terjadi seterusnya.
Sama ada cepat atau lambat, rezeki Allah kepada setiap hamba-Nya itu sudah tertulis. Kita sebagai manusia perlu berusaha kerana Allah akan mengurniakan cahaya mata apabila tiba waktu yang sesuai.
Sebenarnya, banyak faktor yang memungkinkan kesukaran untuk hamil. Faktor-faktor ini melibatkan sama ada isteri atau suami atau kedua-duanya sekali.
Namun begitu ada beberapa sebab kenapa UPT negatif tapi hamil antaranya,
- Ambil ujian kehamilan terlalu awal.
- Ujian kehamilan rosak.
- Mengandung kembar atau kembar tiga.
- Ada penyakit Trophoblastik Gestational/Gestational Trophoblastic Dissease (GTD).
- Alami Kehamilan Ektopik (Ectopic Pregnancy) di mana ia tundakan penghasilan hCG.
- Haid yang tidak teratur dan ovulasi lewat.
- Tidak patuhi arahan yang diberikan.
Pada awal kehamilan mungkin adalah sukar untuk dikesan sama ada anda mengandung ataupun tidak, lebih-lebih lagi jika ia adalah pengalaman kali pertama.
Adalah lebih baik untuk anda merujuk doktor di klinik berhampiran bagi mendapatkan jawapan yang sebenar. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan
Baca juga : UPT Mulanya Positif, Tapi Pudar Selepas Beberapa Hari? Ia Mungkin Tanda Kehamilan Kimia!
Baca juga : UPT Positif, Tapi Scan Tiada Kantung Dalam Rahim, Apa Sebab Kantung Tak Nampak?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!