X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita

3 min bacaan
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan KitaPelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita

Kebanyakan tabiat dan sikap tentang kewangan dibentuk melalui tunjuk ajar ibu bapa kita. Apa yang diajar mereka, dan bagaimana ini membentuk gaya pendidikan kewangan kita sendiri?

Wang. Sebagai ibu bapa, ini satu topik yang kita sukar untuk ajar, kerana tidak pasti apa yang harus kita buat atau katakan. Namun ibu bapa kita telah lakukannya, begitu juga ibu bapa mereka. Kita lihat kembali bagaimana kita diajar tentang wang dan bagaimana ini membentuk cara kita mengajar anak-anak kita pula.

“Apa satu perkara yang anda ingat ketika ibu bapa anda ajar tentang wang?” Melalui tinjauan dengan ibu bapa dalam sebuah komuniti, kebanyakkannya menjawab persoalan tersebut dengan ‘Simpan untuk masa susah.”

Kita sering mendengar kata-kata ini ketika membesar, malah mungkin mengulanginya banyak kali kepada anak-anak sendiri. Namun selain menyimpan wang untuk kecemasan yang tidak dijangka, apa pelajaran kewangan lain yang kita belajar daripada ibu bapa kita?

pelajaran kewangan

pelajaran kewangan

Pelajaran Kewangan Yang Kita Belajar

1. Duit itu penting

Ibu bapa kita selalu menekankan kita tentang ini: kebanyakan ibu bapa sekarang (89%) ujar bahawa apabila mereka membesar, mereka diajar bahawa duit itu penting.

76% juga menjelaskan bahawa mereka risau akan wang ketika membesar. Walaupun masalah kewangan terlalu besar untuk ditanggung oleh anak-anak, ia menekankan pentingnya keselamatan kewangan oleh ibu bapa kita.

2. ...namun ia bukan segala-galanya

Hanya 17% ibu bapa berkata ibu bapa mereka mengajar tentang kepentingan wang kerana ia melambangkan kejayaan; manakala, hanya 4% berkata ibu bapa mereka ajar bahawa wang tidak penting langsung. Bagi yang lain, ibu bapa mereka ajar bahawa wang amat penting, namun ia bukan segala-galanya.

Bagi ibu bapa tersebut, kepentingan wang diseimbangkan dengan nilai dan keutamaan lain dalam hidup. Ibu bapa mereka ajar: “Duit tidak boleh beli masa, cinta, kesihatan dan rasa hormat,” “Ada beberapa perkara dalam dunia yang tidak dapat dibeli dengan wang,” dan “Duit tidak boleh dibawa mati. Jadilah lebih gembira.” Malah ini nilai-nilai yang dikongsi dengan anak-anak mereka hari ini.

pelajaran kewangan

Satu Pengalaman Berbeza

Satu tinjauan utama mendapati kaedah ibu bapa mengajar tentang pendidikan kewangan jauh berbeza. Responden terbahagi sama ada ibu bapa mereka ajar tentang wang melalui pelajaran atau permainan, dengan 46% setuju dan 53% pula tidak.

Manakala, 65% pula berpendapat bahawa mereka diajar tentang wang melalui pengalaman. Separuh daripada mereka berkata mereka menerima elaun, manakala 26% pula berkata ibu bapa membuka akaun simpanan untuk mereka. 

Adakah Ibu Bapa Kita Bagus Dalam Pendidikan Kewangan?

Jelas bahawa ibu bapa kini merasakan ibu bapa mereka (kebanyakannya) telah mengajar mereka tentang wang dengan baik - 61% responden menjawab dengan ‘Ya’ apabila ditanya sama ada ibu bapa mereka berjaya mengajar mereka tentang wang.

Melihat Kembali...

Sebagai orang dewasa dan ibu bapa, kita kini lebih menyedari apa yang kurang dalam pendidikan kewangan daripada ibu bapa kita. Malah, ibu bapa kini berharap ibu bapa mereka ajar:

pelajaran kewangan

Pelajaran Daripada Ibu Bapa Kita, Pelajaran Kepada Anak-Anak Kita

Kita telah melalui pelbagai liku untuk menjadi ibu bapa, dibentuk dengan bimbingan oleh ibu bapa kita dan pengalaman unik sendiri. Namun kita semua berkongsi satu nilai yang sama: cinta pada anak-anak dan keinginan untuk kewangan mereka stabil di masa hadapan.

Melalui tinjauan yang dijalankan oleh theAsianparent dengan komuniti ibu bapa mereka, kami mendapati apa yang dilakukan oleh ibu bapa kita dan apa yang tidak diajar. Sekarang tiba masanya untuk kita ketahui bagaimana kita mengajar anak-anak dalam pendidikan kewangan. Lihat kajian pertama Eastspring Money Parenting di sini.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis Hanini

  • halaman rumah
  • /
  • Tip untuk Ibu Bapa
  • /
  • Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Kongsikan:
  • Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

    Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

  • Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

    Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

  • Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
    Stories Rakan Kongsi

    Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit

app info
get app banner
  • Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

    Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

  • Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

    Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

  • Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
    Stories Rakan Kongsi

    Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.