X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Syampu untuk bayi haruslah bebas dari bahan toksik dan lembut untuk kulit mereka yang masih fragile!

Bagi si manja, ibu pastinya ingin memilih syampu bayi yang lembut dan terbaik untuk anak. Berbeza dengan orang dewasa, bayi kecil memerlukan perhatian yang berbeza dalam penjagaan rambut kerana kulit bayi lebih nipis, halus dan sensitif. Oleh itu, penting untuk parents mendapatkan syampu bayi terbaik yang sesuai untuk anak.

Rata-rata parents mungkin perasan yang sabun mandian dan syampu kanak-kanak biasanya didatangkan dalam botol yang sama.

Ini kerana ini lebih memudahkan anda untuk membilas si manja hanya dengan 1 produk yang sama, apatah lagi bayi dengan tubuh yang kecil jadi produk sebegini pastinya lebih menjimatkan.

Isi Kandungan: 

1. Bilakah Parents Patut Mula Gunakan Syampu Ke Atas Si Comel?

2. Keselamatan Syampu Bayi Terbaik

3. Memilih Syampu Bayi Terbaik

4. 7 Syampu Bayi Terbaik di Malaysia

  • AVEENO Baby Wash & Shampoo

  • Zwitsal Natural Baby Shampoo Aloe Vera

  • Mustela 2-in-1 Baby Cleansing 

  • Baby Sebamed Children’s Shampoo

  • Buds Organics Everyday Head To Toe Cleanser

  • Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo

  • Burt’s Bees Baby Shampoo & Wash

5. Perbandingan Harga

6. Tips Mencuci Rambut Bayi

Bilakah Parents Patut Mula Gunakan Syampu Ke Atas Si Comel?

syampu bayi terbaik

Kredit gambar: WebMd

Bayi tidaklah berbau busuk seakan kita orang dewasa (siapa yang tidak sukakan bau bayi bukan?) jadi mereka tidak perlu mandi terlalu kerap. Tetapi najis pada lampin, muntah dan sisa-sisa makanan bayi, semuanya boleh jadi berbau dan boleh menyebabkan anda dan si kecil bergegas ke bilik mandi serta-merta jika parkara ini berlaku..

Sewaktu minggu-minggu awal bayi baru lahir, air bersuhu suam adalah sudah cukup untuk memandikan bayi anda. Untuk minggu pertama atau seterusnya, sehingga tali pusatnya tercabut dengan sendirinya, kekal menggunakan span mandian (jangan merendam bayi ke dalam air).

Sekitar 4 ke 6 minggu, anda boleh mula menggunakan beberapa titis syampu bayi yang lembut di atas rambutnya (jika mereka mempunyai rambut) dan ke atas tubuhnya.

Anda hanya perlu menggunakan sedikit sahaja, sekitar bersaiz kacang, kerana anda pasti mahu memastikan yang minyak perlindungan kulitnya kekal wujud sebaik yang mungkin.

Pabila bayi anda mula membesar dan mempunyai rambut penuh, anda boleh mula menggunakan lebih sedikit amaun syampu untuk membersihkan rambutnya.

Kulit bayi adalah halus dan kering lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, jadi pilih satu jenis syampu bayi yang lembut dan mesra bayi yang boleh membantu mengekalkan kulit lembap sempurna jauh dari masalah kulit kering dan gatal.

Keselamatan Syampu Bayi Terbaik

syampu bayi terbaik

Kredit gambar: Baby Pibu

Sesetengah bayi mempunyai kulit sensitif yang mana boleh jadi cenderung ke arah ekzema dan ruam. Untuk melindungi kulitnya yang halus daripada masalah iritasi, di sini ada beberapa bahan yang perlu anda elak pabila mencari satu jenis syampu bayi.

  • Parabens dan phthalates adalah kasar dan boleh jadi bahan kimia yang bahaya yang sering ditemui di dalam produk kegunaan di bilik mandi dan di dalam plastik.
  • Formaledehyde – Bahan yang sama digunakan di dalam makmal sains
  • Pewangi boleh membuatkan kulit rengsa dan kadang-kala digunakan sebagai label dunia yang termasuklah bahan yang berpotensi merbahaya
  • Pewarna, yang mana sesetengah bayi adalah alergi kepadanya
  • Sulfats, yang mana mungkin boleh jadi gatal pada kulit dan mata
  • Alkohol sering kali dilabelkan ethanol atau isopropyl alkohol, yang mana mengering kulit dengan cepat.

Adalah dinasihatkan untuk kita mengekalkan lokasi syampu di kamar mandi bebas daripada berdekatan dengan matanya sebaik yang mungkin, ini kerana mata itu adalah agak sensitif.

Formula tear-free (tidak memedihkan mata) sememangnya membantu, tetapi ia tetap seeloknya untuk anda mengalih tumpuannya pada waktu mandi agar jadi lebih tenang dengan memberikannya upah dengan permainan dan kemudian bilas syampu dengan secepatnya daripada wajahnya.

Memilih Syampu Bayi Terbaik

Syampu bayi terbaik

Kredit gambar: Healthline

Untuk kebaikan si manja, sebelum membeli syampu untuk bayi, parents jangan lupa untuk semak beberapa perkara terlebih dahulu ya.

Pemilihan syampu yang bagus untuk si manja yang berusia kurang dari 2 tahun khususnya sebaik-baiknya mematuhi beberapa ciri berikut.

  • Kandungan yang selamat untuk bayi
  • Lembut dan sesuai dengan kulit halus bayi
  • Tidak memedihkan mata
  • Boleh pertimbangkan kandungan bebas pewangi, kerana ia akan kurang rengsa
  • Bebas phthalate
  • Bebas sulfat yang mana boleh jadi kurang masala kekeringan

8 Syampu Bayi Terbaik di Malaysia

Bagi membantu anda membuat keputusan dalam memilih yang terbaik untuk anak, mari kami senaraikan beberapa syampu yang menjadi pilihan kami.

Mama’s Choice Baby Hair and Body Wash

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Kenapa produk ini hebat?

Formulasinya adalah daripada gabungan bahan-bahan semula jadi yang membersihkan tanpa membahayakan kulit sensitif si manja anda. Gabungan bahan seperti Chamomile yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit bayi anda dari kerengsaan serta menyingkirkan sel-sel kulit mati.

Begitu juga dengan haruman Lavender yang dapat memberi rasa tenang dan kesegaran. Bersama dengan ekstrak Sugar Maple Extract yang membantu melembapkan serta mengekalkan keanjalan kulit. Ia juga merupakan sabun mandi tear-free jadi, ibu tidak perlu bimbang jika ianya akan memedihkan mata si comel anda!

Kandungan: Aqua, Asid Sitrik, Minyak biji Jojoba, Minyak Kastor (100% tulen), Minyak Lavender, Jus Aloe Vera, Ekstrak bunga Chamomile, Ekstrak Sugar Maple 

Apa yang kami suka:

  • Formula tidak memedihkan mata
  • Bebas dari bahan kimia yang berbahaya 
  • Diuji secara dermatologi dan klinikal menjadikan ianya selamat digunakan untuk bayi yang baru dilahirkan 
  • Diyakini halal 
  • Bebas paraben, bebas sulfat, tear-free, pH seimbang
  • Memberi haruman ketenangan yang berpanjangan 
  • Gabungan Chamomile dan Lavender yang mampu memberi rasa ketenangan dan memudahkan si comel tidur selepas mandian
  • Formulasi lembut, sesuai untuk kulit sensitif bayi

Mama's Choice Baby Hair & Body Wash

dari Mama's Choice

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

AVEENO Baby Wash & Shampoo

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Kenapa produk ini hebat?

AVEENO merupakan jenama yang bukan sahaja mengeluarkan produk untuk orang dewasa, malah juga ada produk khusus untuk bayi juga. AVEENO Baby Wash & Shampoo merupakan produk mandian dan syampu dalam satu produk yang khusus dibuat untuk bayi dengan kulit sensitif.

Penggunaan produk ini tidak akan mengeringkan kulit  jadi kulit si manja akan sentiasa terpelihara. Kandungan esktrak oat semulajadi yang berkhasiat akan memberikan ketenangan malah si manja akan wangi dengan haruman ringan yang menenangkan.

Apa yang kami suka:

  • Membantu menjaga kulit dan rambut bayi lembut, halus dan berasa lebih sihat
  • Hypoallergenic
  • Tidak mengandungi sabun dan tidak memedihkan mata
  • Bebas dari paraben yang bahaya
  • Diformulasi cukup lembut untuk kegunaan seharian bayi dengan kulit sensitif.

AVEENO Baby Wash & Shampoo

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Zwitsal Natural Baby Shampoo Aloe Vera

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Kenapa produk ini hebat?

Zwitsal merupakan produk yang semakin mendapat perhatian di Malaysia dan sangat mudah didapati di pasaran dengan harga mampu milik.

Menariknya, kandungan aloe vera, buah keras dan seleri bukan sahaja membantu melindungi kulit kepala si manja daripada kekeringan serta merawat pertumbuhan rambut supaya nampak lebih hitam dan tebal. Produk ini diformulasi khas untuk kulit bayi yang halus dan sensitif.

Apa yang kami suka:

  • Formula tidak memedihkan mata.
  • Mengandungi Aloe Vera, Pecan dan Celery yang dapat menggalakkan pertumbuhan rambut hitam dan tebal
  • Hypo-Allergenik, sesuai untuk kulit sensitif. 
  • pH balanced : Formula yang lembut untuk membersih dan membantu melindungi kulit daripada kekeringan.
  • Formula ekstra lembut dapat membersihkan rambut dan kulit kepala bayi dengan lembut.

Zwitsal Natural Baby Shampoo Aloe Vera

product imageBeli di Shopee

Mustela 2-in-1 Baby Cleansing 

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Kenapa produk ini bagus?

Produk keluaran Mustela merupakan pengeluar produk penjagaan kulit yang diusahakan dengan kerjasama profesional kesihatan.

Mustela 2-in-1 Baby Cleansing adalah cucian badan dan syampu dengan kandungan avokado yang berfungsi untuk membersihkan tubuh bayi dan rambut si manja dalam satu produk.

Ia boleh digunakan untuk kanak-kanak, bayi, dan bayi baru lahir yang keluar dari NICU.

Produk ini menjadikan kelembapan kulit si manja sentiasa seimbang dan mengandungi ekstrak bahan aktif Avocado Perseose yang menguatkan penghalang kulit dan melindungi modal sel kulit.

Apa yang kami suka:

  • Formula tidak memedihkan mata.
  • Formulanya disesuaikan khas untuk kulit anak-anak, bahkan bayi baru lahir
  • Dengan format tiubnya, gel syampu ini juga sesuai dibawa untuk travel.
  • 92% bahan semulajadi.
  • Formula ekstra lembut dapat membersihkan rambut dan kulit kepala bayi dengan lembut.
  • Gliserin sayuran yang menghidrat dan mencegah penyejatan air
  • Surfaktan ringan untuk pembersihan lembut untuk mengelakkan kulit dan kulit kepala bayi kering.

Mustela 2-in-1 Baby Cleansing 

product imageBeli di Shopee

Baby Sebamed Children’s Shampoo

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Kenapa produk ini bagus?

Jenama Sebamed sememangnya salah satu jenama yang terkenal terutamanya apabila mencari produk penjagaan bayi.

Sebamed Children’s Syampoo bukan sahaja dipercayai ramai ibu di Malaysia, malahan produk ini terbukti secara klinikal dapat mempromosikan pengembangan mantel asid dengan p.h 5.5.

Kandungan bahannya juga dapat menggalakkan pertumbuhan rambut dan rambut si manja juga lebih rambut dan mudah diuruskan.

Tambahan lagi, produk ini juga disyorkan untuk membersihkan kulit kepala yang sangat sensitif atau kering, xerosis pikun atau psoriasis.

Apa yang kami suka:

  • Bebas dari sebatian nitro-musk, formaldehid, nitrosamin dan dioksana.
  • Tanpa pewarna.
  • 100% bebas dari sabun dan agen alkali.
  • Terutama bahan pembersih lembut untuk pembersihan yang teliti.
  • Ekstrak ramuan Chamomile melegakan kegatalan dan menenangkan kulit.
  • Tidak memedihkan mata.
  • Toleransi kulit yang sangat baik.

Baby Sebamed Children’s Shampoo

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Buds Organics Everyday Head To Toe Cleanser

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Kenapa produk ini bagus?

Dengan tagline ‘Everyday Organic’, Buds merupakan pengeluar barangan penjagaan bayi yang terkenal dengan pembuatannya yang mengunakan bahan organik dan dirumuskan dengan perhatian khusus kepada keperluan khas bayi.

Produk ini pastinya salah satu syampu terbaik bayi dan mengandungi Aloe Vera & Fructan yang menenangkan dan menghidrat untuk membersihkan dan merawat kulit si manja yang sedang membesar.

Apa yang kami suka:

  • Bahan organik.
  • Wangian dari minyak essential.
  • 2-dalam-1, boleh digunakan sebagai syampu dan sabun badan.
  • Tidak terlalu berbuih.
  • 99.4% daripada keseluruhan ramuan berasal dari Natural Origin
  • 20.0% daripada keseluruhan ramuan adalah dari Pertanian Organik
  • 99.9% ramuan tanaman berasal dari Pertanian Organik

Buds Everyday Head to Toe Cleanser 425ml - RM65.90

5/5
product imageshop now

Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Kenapa produk ini hebat?

Jenama yang terkenal di pasaran untuk penjagaan rapi kulit, Cetaphil kini memperkenalkan rangkaian penjagaan baru buat bayi dan kanak-kanak.

Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo ini telah dirumus untuk penggunaan untuk si manja malahan kulit kepala bayi baru lahir yang sensitif.

Produk ini tidak mengandungi paraben, minyak mineral, pewarna rambut, formula sabun serta kandungan yang berasaskan haiwan.

Apa yang kami suka:

  • Disyorkan oleh pakar pediatrik 
  • Diperkaya dengan gliserin dan panthenol untuk memelihara serta menyuburkan rambut bayi yang baru lahir.
  • Membersihkan rambut dan kulit kepala dengan lembut tanpa mengeringkan
  • Formula penjagaan lembut untuk kulit halus bayi
  • Terbukti secara klinikal membersihkan dengan lembut
  • Formula bebas air mata yang direka khusus untuk digunakan setiap hari, dari kepala hingga kaki
  • Hypoallergenic dan pH seimbang
  • Diuji oleh dermatologi dan pakar oftalmologi

Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Burt’s Bees Baby Shampoo & Wash

Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja - Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

Kenapa produk ini hebat?

Produk Burt’s Bees bukan sahaja untuk golongan dewasa dan ibu hamil, malah turut menyediakan rangkaian produk untuk bayi.

Rumusan Burt’s Bees Baby Shampoo & Wash yang lembut dan berasaskan tumbuhan secara semula jadi akan membersihkan kulit lembut bayi dari kepala hingga kaki kecil dan memberikan ketenangan buat si manja.

Formula tidak memedihkan mata yang tulen dan semula jadi menggabungkan minyak kelapa dan bunga matahari sebagai pembersih dan pelembab lembut untuk khasiat yang mendalam, semuanya dalam produk.

Apa yang kami suka:

  • Tidak memedihkan mata.
  • Formula tumbuh-tumbuhan.
  • 99.9% semula jadi
  • Bebas dari phthalates, parabens, petrolatum, atau SLS
  • Diuji oleh pakar pediatrik

Burt's Bees Baby Shampoo & Wash

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga

Produk Isipadu Kandungan Harga Pasaran
Mama’s Choice Baby Hair & Body Wash 200ml RM26.90
AVEENO Baby Wash & Shampoo 354ml RM39.00
Zwitsal Natural Baby Shampoo Aloe Vera 300ml RM17.60
Mustela 2-in-1 Baby Cleansing 500ml RM45.00
Baby Sebamed Children’s Shampoo 250ml RM25.50
Buds Org Everyday Head To Toe Cleanser 425ml RM59.50
Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo 230ml & 400ml RM27.00-RM40.50
Burt’s Bees Baby Shampoo & Wash 350ml RM85.00

Tips Mencuci Rambut Bayi

syampu bayi terbaik

Kredit gambar: Raising Children Network

Sebilangan besar bayi yang seakan tidak sabar untuk rambutnya dibasuh sama seperti mereka menantikan waktu untuk tidur tau menggosok gigi atau beribu-ribu lagi perkara lain yang dibenci bayi dengan semangat 10,000 sinaran matahari yang membakar.

Biarpun begitu terdapat cara untuk menjadikan acara yang ditakuti ini lebih diterima atau paling tidak boleh diterima. 

  • Jangan terlebih cara

Rambut bayi tidak perlukan basuhan setiap hari, atau malah setiap hari juga tidak perlu, melainkan dia seakan memasuki marathon agak awal.

Bahkan, mencuci rambutnya terlalu kerap boleh membawa ke arah kulit sensitif dan tidak selesa, yang mana tidak membantunya menikmati waktu mandi dengan lebih baik.

  • Kuli bayi sensitif tidak elok di dalam air terlalu panas

Air yang merasakan sedikit suam tetapi tidak terlalu panas untuk disentuh adalah ideal. Cuba peritas air dengan siku anda atau bahagian dalam pergelangan tangan.

Jika ia terlalu panas untuk anda, ia akan jadi lebih panas untuk seorang bayi. Untuk mengelakkan keterwujudan kulit merah akibat suhu air panas, jangan letakkan bayi di dalam air sementara paip air masih dibuka dan pastikan ia bertukar kepada air sejuk.

  • Dengan kata itu, pastikan air kekal suam

Banyak sumber mengatakan yang mandian bayi anda tidak perlu terlalu dalam lebih daripada 2 ke 3 inci, yang mana Masuk akal daripada sudut keselamatan, tetapi boleh meninggalkan bayi pada satu posisi yang drafty.

Pastikan bilik adalah bersuhu suam sebelum anda memulakan proses mandian dan pertimbangkan untuk menggunakan satu cawan untuk menuang sedikit air suam pada bahunya pada pertengahan proses sepanjang tempoh mandian jadi bayi anda tidak mudah dingin.

  • Basuhan rambut tidak perlu berlaku sewaktu mandi sekali pun, jika bayi bukanlah peminat air

Parents boleh memandikan bayi dan kemudian kering dan pakaiannya baju dan kemudian basuh rambutnya selepas itu dengan mengurut shampu dan kemudian bilas hujung kepalanya ke arah paip air.

Anda boleh semak suhu air pada paip terlebih dahulu pada cara yang sama pabila anda menguji curahan air mandian dengan memeriksa menggunakan siku.

  • Lindungi mata bayi dengan tangan anda pabila membilas bersih syampu

Hanya kerana kepala bayi adalah terdongak ke belakang tidak bermaksud yang tiada sebarang titisan tidak sengaja.

  • Lakukannya pada penghujung waktu mandian

Perasaan benci mencuci rambut adalah sesuatu yang sebilangan besar bayi ada secara biasanya, jadi berjimat syampu untuk waktu hujung sesi mandian boleh membantu anda mengelak penyambungan pada awalnya.

  • Pastikan syampu bayi terbaik yang anda gunakan adalah tidak hanya direka untuk bayi yang kulitnya lebih halus, tetapi juga yang mempunyai pH yang rendah

Syampu dengan pH yang tinggi boleh membuatkan rambut bayi berpintal, yang mana boleh menasik masa maktu mandi yang tidak fun lebih lama berbanding yang sepatutnya. Syampu yang anda gunakan perlu ada baca pH antara 4.5 ke 6.

Semak label syampu untuk tahap pH. Jika anda tidak dapat mencarinya di mana-mana, semak laman web syarikat tersebut dan hubungan garisan informasinya untuk kepastian.

Diharapkan yang artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi kepada ibu ayah yang sedang mencari syampu bayi terbaik dalam mencuci kebersihan rambut si comel anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Syampu Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagi Atasi Masalah Keguguran Rambut

Baca juga: Syampu Bayi: Elak Salah Pilih, Ini Produk Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir 

Baca juga:  Masalah Kulit Bayi Terjadi Kerana Kerap Mandi Dan Menggunakan Sabun

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.