X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Gunakan Syampu Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Jangan Salah Pilih!

5 min bacaan
Gunakan Syampu Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Jangan Salah Pilih!

Syampu yang terlalu kasar mungkin boleh menyakiti bayi anda kerana kulit bayi baru lahir lebih sensitif dan lembut. Elakkan tersalah pilih syampu nanti rengsa kulit kepala bayi.

Penjagaan bayi yang lengkap tidak hanya terhad kepada diet pemakanan anak anda. Tetapi, kebersihan dirinya juga adalah salah satu penjagaan bayi yang setiap ibu atau bapa perlu ambil tahu dengan mendalam.

Adakah anda tahu? Kulit bayi yang baru lahir 10 kali lebih sensitif dari orang dewasa! Kulit bayi yang baru lahir sangatlah nipis dan lembut. Ia lebih mudah menyerap air tetapi ia juga mudah kering, menyebabkan bayi anda mudah terkena iritasi pada kulit.

Apabila kami berbicara tentang kulit, kami juga sedang bercakap tentang kulit kepala bayi anda. Ya, bayi anda juga perlu disyampu ketika mandi supaya dapat betul-betul membersihkan kulit kepala si manja dari segala kekotoran seperti habuk atau residu-residu asap dari persekitaran sekeliling.

Walau bagaimanapun, oleh sebab kulit bayi yang terlalu nipis, ibu dan ayah perlu elak menggunakan produk yang terlalu kasar atau mengandungi kandungan bahan kimia yang tinggi. Seeloknya, gunakanlah barangan organik untuk membersihkan si manja.

Bila Untuk Membersihkan Rambut Si Manja?

syampu bayi

Kredit: FirstCry Parenting

Anda mungkin teruja (dan berdebar) untuk memandikan si manja pada kali pertama. Walaupun anda teruja, jangan mandikan bayi sehari selepas anda pulang dari hospital! Kulit bayi masih terlalu nipis dan perlu biasakan diri dengan keadaan sekeliling.

Seeloknya, jika anda hendak membasuh rambut bayi dengan syampu, tunggulah sehingga bayi berumur tiga minggu ke atas.

Selain waktu itu, anda boleh membasuh rambut bayi dengan air suam biasa sahaja. Jangan risau, rambut atau kulit kepala bayi tak akan berbau busuk walaupun tidak disyampu. Dan kalau boleh elakkan syampu setiap hari. 

Bestnya jadi bayi, tak payah beli syampu mahal-mahal pun wangi.

Cara Membersihkan Rambut Bayi Menggunakan Syampu

syampu bayi

Kredit: Erbaviva

Bayi yang baru lahir tidak perlu menggunakan syampu dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar untuk berbuih sedikit dan mewangikan.

Syampu bayi yang terlalu banyak buih mungking mengadungi kandungan sulfat yang tinggi, dan kandungan ini boleh menyebabkan kulit kepala bayi lebih mudah kering dan menyebabkan iritasi atau hal-hal lain.

  1. Ketika hendak membersih rambut bayi, anda boleh meletakkan si manja ke dalam baby bather. Ini akan lebih memudahkan anda untuk memandikan dan membersihkan si manja tanpa perlu risau tentang kelicinan bilik air.
  2. Selepas meletakkan bayi ke dalam baby bather, anda boleh menuangkan air suam dari kepala ke badan bayi secara perlahan-perlahan supaya bayi tidak terkejut atau berkemungkinan lemas di bawah jirusan air.
  3. Setelah rambut bayi anda cukup basah, sapukan sedikit syampu ke atas tapak tangan anda dan bersihkanlah rambut si manja! Pastikan anda mengurut sedikit kepala bayi, terutamanya di bahagian-bahagian lembut kepala bayi.
  4. Akhir sekali, ketika hendak membilas buih syampu dari kepala bayi, tekupkan telapak tangan anda ke dahi bayi dan jiruskan air secara perlahan supaya air buih tersebut akan lalu dari tepi kepala bayi tanpa risiko akan masuk ke dalam mata si manja, dan menjadi punca kepedihan mata si manja.

Sudah siap! Ingat, seminggu sekali sudah cukup untuk anda membersihkan kepala bayi anda menggunakan syampu.

Berbalik kepada topik syampu organik yang selamat digunakan oleh bayi, ini adalah senarai syampu-syampu yang disyorkan!

Senarai Syampu Organik Bayi Yang Perlu Anda Cuba

#1. Offspring Gentle Head-To-Toe Wash

syampu bayi

Sumber gambar: Product Nation

Syampu dari jenama barangan bayi yang kian menaik di Malaysia kini adalah salah satu jenama yang terkenal oleh barangan organiknya. Salah satu contoh ialah Gentle Head-To-Toe Wash yang tidak mengandungi sebarang barang kimia seperti SLS parabens atau sulfat.

#2. Burt’s Bees Baby Shampoo & Wash

syampu bayi

Sumber gambar: Product Nation

Burt’s Bees terkenal dengan produk yang hanya menggunakan bahan-bahan asli. Syampu di atas ini juga menggunakan tumbuhan sebagai asasnya, dan ia dapat melembapkan kulit kepala lembut si manja anda oleh sebab ia mengandungi protein soya dan vitamin B. Baunya juga semanis madu!

#3. Cetaphil Wash & Shampoo with Organic Calendula

Gunakan Syampu Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Jangan Salah Pilih!

Sumber gambar: Product Nation

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Jenama Cetaphil amat dikenali oleh kalangan penggemar penjagaan kulit, oleh sebab keberkesanan produknya. Walaupun ia mengambil masa untuk menunjukkan keputusan, tetapi di situ kita boleh tahu bahawa produk tersebut adalah organik. Cetaphil Wash & Shampoo with Organic Calendula ini juga mempunyai ciri hypoallergenic, yang berkemungkinan besar tidak akan memberi si manja reaksi alergi sambil mengekalkan kelembapan kulit kepalanya.

#4. Aveeno Baby Wash & Shampoo

Gunakan Syampu Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Jangan Salah Pilih!

Sesuai untuk si manja yang menghidap ekzema, ia diformulasikan dengan ekstrak oat yang lembut dan memberi kesan kelembapan dan juga mempunyai ciri hypoallergenic. Formulasinya sangat sesuai digunakan oleh bayi-bayi yang baru lahir oleh sebab kelembutan produk ini.

#5. Nature’s Baby Organics Shampoo & Body Wash

Gunakan Syampu Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Jangan Salah Pilih!

Jika anda seorang pencinta haiwan yang ingin mencari produk bebas kekejam (cruelty-free), inilah dia. Nature’s Baby Organics Shampoo & Body Wash juga mempunyai ciri hypoallergenic dan ditambah sedikit nenas dan kelapa asli untuk menyuburkan rambut sekaligus memberikan bau yang menyenangkan pada rambut bayi anda.

Kami pasti, anda pasti hendakkan hanya yang terbaik untuk anak anda dan kami yakin bahawa syampu-syampu yang telah kami senaraikan di atas adalah yang terbaik untuk anda.

Walaupun harga produk-produk di atas agak mahal, tetapi apalah sangat kalau nak dibandingkan jika ada perkara tak diingini yang berlaku seraya menggunakan produk yang salah, kan?

Jadi, adakah anda pernah mencuba atau bercadang untuk mencuba produk-produk di atas? Kongsikan dengan kami dan happy parenting!

Sumber: Productnation

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Cara Melebatkan Rambut Bayi Dengan Berkesan! 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Gunakan Syampu Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Jangan Salah Pilih!
Kongsikan:
  • Bau Baby Sememangnya Addicted, Apatah Lagi Dengan Baby Shampoo Yang Wangi Dan Menyegarkan Ini!

    Bau Baby Sememangnya Addicted, Apatah Lagi Dengan Baby Shampoo Yang Wangi Dan Menyegarkan Ini!

  • Syampu Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagi Atasi Masalah Keguguran Rambut

    Syampu Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagi Atasi Masalah Keguguran Rambut

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Bau Baby Sememangnya Addicted, Apatah Lagi Dengan Baby Shampoo Yang Wangi Dan Menyegarkan Ini!

    Bau Baby Sememangnya Addicted, Apatah Lagi Dengan Baby Shampoo Yang Wangi Dan Menyegarkan Ini!

  • Syampu Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagi Atasi Masalah Keguguran Rambut

    Syampu Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagi Atasi Masalah Keguguran Rambut

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.