TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara MELEBATKAN RAMBUT Bayi Dengan Cepat, Bolehlah Cuba Dan Lihat Hasilnya!

4 min bacaan
Cara MELEBATKAN RAMBUT Bayi Dengan Cepat, Bolehlah Cuba Dan Lihat Hasilnya!

Ramai ibu di luar sana pening kepala nak lebatkan rambut anak kan? Anak perempuan disalah anggap sebagai anak lelaki. Cuba cara melebatkan rambut ini!

Ada ibu yang risau, anak sudah tiga tahun, tapi rambutnya nipis, masih nampak kulit kepala lagi!Jadi kami kongsikan cara melebatkan rambut bayi atau anak anda dengan cepat!

Ada bayi yang memang dilahirkan dengan rambut yang lebat, tetapi ada juga yang memang dilahirkan dengan rambut yang sedikit dan nipis. Jumlah rambut bayi ini mempunyai kaitan dengan genetik.

Baca juga: Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat

Melebatkan rambut bayi dengan cepat

Melebatkan rambut

Dalam beberapa bulan pertama kehidupan bayi anda, ia adalah suatu keadaan semula jadi untuknya mengalami keguguran rambut akibat tahap hormon dan tumbesaran bayi yang cepat.

Walaupun usaha anda mencari cara melebatkan rambut bayi mungkin kurang atau tidak berhasil namun pada masa sama juga adalah penting untuk anda menitikberatkan penjagaan kulit kepala bayi anda.

Penyebab keguguran rambut bayi

#1. Geseran berulang

Bayi menghabiskan banyak masa di berbaring sehingga mereka boleh duduk. Adalah normal bagi kepala untuk bersentuhan dengan permukaan luaran.

Hubungan yang berulang boleh membawa kepada geseran, jika cukup teruk, boleh menyebabkan keguguran rambut. Jenis kehilangan rambut seperti geseran alopecia atau tekanan alopecia boleh berlaku menyebabkan mereka botak.

Dalam kes seperti itu, keguguran rambut biasanya terhenti apabila bayi mula duduk dan menghabiskan lebih banyak masa duduk daripada berbaring.

#2. Jangkitan kulit kepala

Jangkitan kulit kepala, termasuk jangkitan kulat seperti kurap, boleh menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan bayi. Kurap boleh menimbulkan tompokan bulat pada kulit kepala bayi memberikan kesan seakan-akan kepala mereka botak.

#3. Alahan

Reaksi alahan terhadap sebarang bentuk boleh mengakibatkan keguguran rambut. Bayi boleh alah kepada minyak urut yang sapu pada kulit kepala bayi. Keadaan alahan seperti ekzema juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Jenis ekzema yang biasa dijumpai di kepala bayi adalah dermatitis seborrheic, juga dikenali sebagai cradle cap.

#4. Berulang-ulang menarik rambut

Melebatkan rambut

Jika bayi anda cenderung bermain dengan rambutnya atau jika ada saudara yang menarik rambutnya, maka itu boleh menyebabkan kehilangan rambut.

Keadaan psikologi seperti trichotillomania, di mana individu suka menarik rambut, boleh menjadi salah satu sebabnya.

#5. Gaya rambut yang ketat

Mengikat rambut dengan ketat sering menjadi penyebab keguguran rambut pada bayi yang lebih tua dan kanak-kanak. Elakkan mengikat rambut dengan ketat kerana ia boleh merosakkan folikel rambut dan menyebabkannya pecah, seterusnya menggugurkan rambut.

Cara melebatkan rambut bayi 

#1. Gunakan topi pelindung

Kebanyakan ibu bapa berasa bimbang apabila melihat tompokan botak di bahagian belakang kepala bayi. Kadang-kadang ia berlaku dalam warna yang berbeza sehingga boleh menyebabkan ibu bapa berfikir bahawa ia berkemungkinan satu jangkitan.

Tetapi keadaan ini berlaku atas beberapa sebab yang mudah. Apabila anda membaringkan bayi di buaian, bahagian belakang kepalanya boleh bergeser pada permukaan tempatnya berbaring dan menyebabkan keguguran rambut.

Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi dengan mudah iaitu dengan memakaikan topi pada kepala bayi anda sebelum membaringkannya.

Kaedah ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah tompokan botak, tetapi ia juga salah satu cara melebatkan rambut bayi anda.

Stories Rakan Kongsi
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

#2. Syampu bayi

Melebatkan rambut

Walaupun bayi anda hanya membesar di dalam rumah dan tidak terdedah kepada kotoran, tetapi adalah penting untuk anda memastikan dan mengekalkan kulit kepalanya dalam keadaan bersih.

Untuk menggalakan pertumbuhan rambut yang baik, anda perlu syampu rambut bayi anda seminggu sekali.

#3. Gunakan conditioner

Sebenarnya bayi tidak memerlukan conditioner, tetapi jika rambut bayi anda terlalu kering atau sangat kerinting, atau cuaca boleh menjejaskan rambutnya.

Anda boleh mencuba beberapa alternatif bagi mengekalkan kesihatan rambut bayi. Perapi yang mesra kanak-kanak bukan sahaja boleh membantu menguruskan rambut bayi dengan mudah tetapi juga membekalkan nutrien penting kepada kulit kepala anda.

#4. Pemakanan sihat

Pemakanan yang sihat membawa kepada rambut yang sihat, tidak mengira berapa umur anda. Jadi, pastikan bayi anda makan banyak protein sihat seperti salmon, telur dan bayam.

Vitamin D juga diperlukan untuk rambut yang sihat, badam, lobak, aprikot dan labu harus dimasukkan ke dalam diet biasa bayi anda.

Sekiranya bayi anda masih makan makanan separuh pepejal, anda boleh memasak ramuan ini dan padankan dengan bahan lain untuk meningkatkan rasa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro,  wendy-hiles.hairblog

Baca juga: Rambut Bayi Tumbuh Tak Sekata, Dikata Cukur Bantal, Apa Sebabnya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Cara MELEBATKAN RAMBUT Bayi Dengan Cepat, Bolehlah Cuba Dan Lihat Hasilnya!
Kongsikan:
  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham