Ibu Jangan Cepat Naik Angin Bila Anak Mengamuk, Bacalah Selawat & Tiup Pada Ubun Kepalanya

Ibu Jangan Cepat Naik Angin Bila Anak Mengamuk, Bacalah Selawat & Tiup Pada Ubun Kepalanya

Baca selawat dan tiupkan perlahan-lahan pada ubun kepala anak kecil yang sering mengamuk serta mengalami masalah tantrum. Dengan izin Allah ia berkesan!

Memiliki anak-anak yang masih kecil mungkin sedikit sebanyak membuatkan para ibu dilanda tekanan dan penat berdepan dengan pelbagai ragam. Apa kata anda cuba amalkan baca selawat dan tiup pada ubun-ubun kepala si manja apabila dirinya sudah 'out of control'.

Biasalah anak-anak yang masih kecil tidak mengerti apa-apa. Mungkin sahaja mereka stres atau mengekspresikan diri untuk meraih perhatian dari ibu ayah. Justeru elak memfokuskan pada masalah, sebaiknya carilah jalan penyelesaian terbaik untuk menenangkannya.

Baca selawat ketika berdepan masalah anak mengamuk

bacaan selawat credit to sources

Tidak dinafikan, baca selawat dan doa-doa tertentu sangat berkesan dalam melembutkan hati anak yang masih kecil. Keajaiban kata-kata yang keluar dari mulut ibu terutamanya boleh meresap terus ke dalam jiwa mereka.

Daripada anda menghukum anak setiap masa, ia boleh memberikan kesan negatif terhadap tingkah laku mereka atau mungkin boleh membuatkan si manja semakin degil.

Menurut perkongsian seorang ibu, Norlina Ali, dia mengambil hati dan menenangkan anak yang memberontak melalui cara yang cukup mudah. Sedar ataupun tidak, apabila berlaku situasi sebegini, ia adalah tanda bahawa ibu ayah kurang duduk bersama dengan mereka.

Berikut tips bagi mengurangkan tantrum anak-anak:

  • Selawat sebanyak yang mungkin. Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.
  • Peluk dan ciumlah dahi anak sambil menggunakan ayat bagi melunturkan hati mereka seperti ''Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah''
  • Pastikan anda bertanya soalan wajib misalnya ''Kenapa abang marah sangat?''
  • Dengar penjelasan dengan baik, cubalah atasinya dengan penuh tenang. Ibu ayah juga hendaklah menjadi pendengar yang setia.

Insyaallah dengan panduan ini, ia sangat membantu menenangkan anak-anak dengan mudah.

Kelebihan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

#1. Memperoleh syafaat Rasulullah 

Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian, amalan berselawat kepada Rasulullah juga dituntut terutamanya  hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat.

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

 Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]

#2. Allah membalas selawat dari hambaNya

kelebihan selawat foto: getty images

Walaupun amalan ini cukup mudah, namun manfaatnya amat besar sekali bagi umat Islam kerana Allah akan mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 

“Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]

Ibu ayah disarankan untuk berzikir dan selawat bagi memohon Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad. Sebagai ganjarannya, Allah akan menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan buat seisi keluarga.

#3. Menghilangkan keresahan

Selawat adalah jaminan anda dan keluarga daripada sebarang perkara yang mendukacitakan di dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:

Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:

“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;

Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”; Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;

Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu”

#4. Doa mudah dikabulkan

manfaat selawat ke atas nabi credit to sources

Memanjatkan doa untuk memperoleh sesuatu boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Selain mendirikan solat sunat, ibu ayah boleh mengamalkan selawat ke atas Nabi Muhammad.

Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]

Sumber: Norlina Ali

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner