X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga

4 min bacaan
Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga

Bagi ibu ayah tiada idea dalam menentukan destinasi percutian, apa kata anda semak senarai tempat bercuti di malaysia yang terbaik dan mesra keluarga ini!

Pernahkah setiap kali cuti hujung minggu atau persekolahan, ibu ayah hilang idea memikirkan tempat bercuti di Malaysia yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga?

Jika ya, apa kata anda melakukan semakan melalui perkongsian kami ini. Memandangkan nak ke luar negara pun masih dalam kawalan ketat, dan kita semua perlu kekal berhati-hati dan mematuhi SOP, tidak ada salahnya untuk merehatkan minda dalam negara sendiri!

Senarai tempat bercuti di Malaysia yang menarik dan best

Sejak Oktober yang lalu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan yang kini rakyat sudah boleh merentas negeri dan negara dengan bersyarat, ramai yang ingin merancang percutian cuma tak tahu dimana yang sesuai untuk bawa keluarga.

Tapi jangan lupa setiap destinasi yang dikunjungi ibu ayah perlu melakukan imbasan pada kod QR MySejahtera di laluan pintu masuk utama.

Sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga dengan kerap basuh tangan menggunakan sabun ataupun hand sanitizer ketika anda dan keluarga berada di luar rumah.

Antara tempat percutian yang menarik di Malaysia ialah:

#1. First World Resort, Genting Highlands

tempat percutian malaysia, tempat bercuti di selangor

Destinasi percutian ini memiliki taman tema yang paling populor di Asia sejak kewujudan bertahun-tahun lamanya. Genting Highlands menjadi kawasan tarikan pelancongan kerana memiliki pemandangan bukit-bukau yang cantik dan suhu sejuk. 

Yang paling membuatkan anak-anak kecil anda teruja adalah taman tema indoor, kini dikenali sebagai Skytropolis Indoor Theme Park. Ia menawarkan pelbagai aktiviti dan permainan seperti permainan video, kereta laga, ride ’em round (buaian) dan kereta api.

#2. Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

tempat bercuti menarik, tempat bercuti di selangor

Bagi ibu ayah yang bercadang melancong dalam kawasan Kuala Lumpur atau tempat bercuti di Selangor, salah satu penginapan dengan tarikan taman tema ialah Berjaya Times Square Hotel. 

Ia memiliki taman tema indoor yang dikenali dengan The Cosmo’s World Theme Park menyediakan permainan mencabar dan juga mesra keluarga. Antaranya ialah taman fantasi, stesen galaksi dan roller coaster paling menakutkan di Malaysia.

#3. Legoland Resort Malaysia, Johor Bahru

senarai tempat bercuti

Salah satu destinasi pelancongan yang sangat populor di Johor adalah Legoland. Ia menawarkan pelbagai tarikan untuk anak-anak dengan taman tema lain daripada yang lain.

Legoland Malaysia menghimpunkan koleksi lego-lego gergasi dibina menyerupai beberapa mercu utama negara dan dunia lain. Selain itu anak-anak turut berpeluang bermain lego dan gelesongsor air yang disediakan.

#4. Lost World of Tambun, Perak

tempat bercuti keluarga

Bagi anda yang sukakan penginapan dan percutian bertemakan alam semula jadi, apa kata datang ke Lost World of Tambun ini. Ia menyediakan penginapan pelbagai pilihan sama ada biasa-biasa sahaja atau lebih eksekutif.

Tarikan taman tema di sini mempunyai gelongsor air, kolam air panas semula jadi, air terjun dan Japan village. Anda juga boleh menghabiskan masa seharian di sini kerana aktiviti malamnya sangat menarik!

#5. Bukit Merah Laketown Resort, Perak

tempat bercuti best

Resort ini menawarkan pelbagai jenis tarikan taman tema sama ada basah (waterpark) ataupun kering (eco-park). Pilihan permainan gelongsor air di sini juga lebih ekstrem untuk orang dewasa seperti giant tube rides, waterfall bridge, kids adventure river dan water speed slides.

Manakala eco-park pula, tarikannya lebih kepada binatang yang menghimpunkan 40 spesis burung, mamalia dan reptilia.

#6. Bukit Gambang Resort, Pahang

lokasi percutian malaysia

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Terletak di kawasan Gambang, Pahang, ia terkenal sebagai salah satu tempat percutian keluarga. Tarikan taman tema disediakan amat menarik dan sesuai untuk semua lapisan usia.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menyertai beberapa aktiviti lain yang menyeronokkan seperti meredah hutan, night safari dan memandu ATV meredahi denai hutan berbukit.

#7. A Famosa Resort, Melaka

destinasi pelancongan malaysia

Sekiranya anda ingin bercuti ke Melaka, destinasi resort ini menjadi pilihan utama bagi penggemar taman tema air dan mempunyai permainan gelongsor air yang mencabar untuk golongan dewasa.

Selain tarikan taman tema air, A Famosa Resort Melaka turut mempunyai beberapa tarikan hiburan lain seperti Safari Adventure, Monkey Island, Farm Area dan aktiviti lain iaitu paddle boat, rock climbing, menunggang kuda dan memanah.

Bagi menyertai permainan air ini, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian renang, waterproof diapers bagi anak yang masih kecil dan pakaian tambahan kering.

Bukan itu sahaja, sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak agar keterujaan mereka tidak berakhir dengan sebarang perkara tidak diingini. Ibu ayah perlu sentiasa bersama, menemani si manja bermain dan sentiasa memegang tangan mereka untuk mengelakkannya melanggar orang lain atau kehilangan ibu bapa.

Jadi apa tunggu lagi, pilihlah destinasi mana yang berkenan di hati. Kalau nak bercuti di area KL dan tempat bercuti di Selangor, anda boleh baca di sini!

Sumber: Cari Destinasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Pilihan Taman Tema Air di Malaysia, Bawa Anak-Anak Mesti Seronok!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga
Kongsikan:
  • Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air

    Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air

  • Jom Bergembira dengan 5 Pilihan Taman Tema Air di Malaysia, Rancang Percutian Anda Hari Ini!

    Jom Bergembira dengan 5 Pilihan Taman Tema Air di Malaysia, Rancang Percutian Anda Hari Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air

    Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air

  • Jom Bergembira dengan 5 Pilihan Taman Tema Air di Malaysia, Rancang Percutian Anda Hari Ini!

    Jom Bergembira dengan 5 Pilihan Taman Tema Air di Malaysia, Rancang Percutian Anda Hari Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.