X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bagaimana Club Med Cherating Menjadi Lokasi Percutian Paling Sesuai Untuk Seisi Keluarga

5 min bacaan
Bagaimana Club Med Cherating Menjadi Lokasi Percutian Paling Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Club Med Malaysia menjadi lokasi percutian yang sempurna buat seisi keluarga. Ia menawarkan keseronokan dan pengalaman unik kepada pengunjung

Sekatan perjalanan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak. Ia telah mengganggu rutin harian, hubungan dengan orang sekeliling serta aktiviti rekreasi yang terhad kerana mereka terpaksa duduk di rumah. Memandangkan kini sudah tiada sekatan pergerakan, apa kata ibu ayah bawa anak-anak bercuti di Club Med Cherating!

Tidak dinafikan tempoh stay at home menyebabkan ramai menghabiskan masa di skrin, anak yang bersekolah perlu melalui proses pdpR, manakala ibu ayah bekerja dari rumah.

Berada dalam ruang terkurung ini membuatkan banyak keluarga tertekan dan hubungan menjadi tegang berbanding sebelum ini.

Bagaimana Club Med Cherating menjadi lokasi percutian paling sempurna buat keluarga

club med cherating

Kini kita telah melangkah kepada fasa endemik, di mana sekatan perjalanan telah ditarik balik. Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk rakyat Malaysia mengeratkan semula hubungan keluarga dengan keluar mendapatkan udara segar, sinaran matahari yang hangat dan melihat kehijauan alam sekeliling.

Justeru ibu ayah mungkin tercari-cari di manakah lokasi paling sesuai dan sempurna bagi mendapatkan kesemua ini, kan?

Kami mencadangkan anda memilih Club Med Cherating. Ia merupakan destinasi sempurna untuk menyatukan semula dan mengukuhkan ikatan keluarga di mana konsep ‘all-inclusive’ resort tersebut membolehkan tetamu menikmati percutian tanpa bersusah payah kerana penginapan, hiburan, jamuan selera, penjagaan kanak-kanak (bagi yang berumur empat hingga sepuluh tahun) serta pelbagai pengalaman yang dipilih susun termasuk dalam pakej percutian.

Dengan musim cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi dan lokasinya terletak hanya tiga jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Club Med Cherating menyediakan resort pantai premium bagi membolehkan para tetamu menikmati keindahan alam semula jadi.

Tawaran hebat Club Med adalah peluang yang sempurna untuk anda merancang percutian alam semula jadi bersama keluarga.

 #1. Jualan Kilat (14– 24 Februari)

Bagaimana Club Med Cherating Menjadi Lokasi Percutian Paling Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Bersempena dengan cuti sekolah yang akan datang, Club Med Cherating mengadakan jualan kilat untuk mereka yang ingin melancong antara 25hb Feb – 19hb Mac. Ini adalah peluang terbaik untuk percutian keluarga kerana kanak-kanak di bawah umur enam tahun boleh menginap secara percuma.

#2. Tawaran Saat Akhir

Bagaimana Club Med Cherating Menjadi Lokasi Percutian Paling Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Bagi mereka yang ingin bercuti secara spontan, anda boleh membuat tempahan  percutian Club Med Cherating secara atas talian sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan untuk menikmati diskaun tambahan 5% daripada kadar pakej yang ditetapkan.

Ia tersedia dari tarikh 20 Januari hingga 31 Mac 2022. Anda boleh menebus tawaran dengan memasukkan kod promosi AVALM1 sewaktu mendaftar keluar

#3. Club Med bekerjasama dengan The Turtle Conservation Society

club med cherating review

Bersama The Turtle Conservation Society, resort ini memperkenalkan program yang direka khas setiap bulan (bermula dari 25 Februari dan seterusnya) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang penyu dan kepentingan melindungi spesies terancam ini.

Club Med Malaysia percaya bahawa pengalaman percutian tidak boleh mengorbankan alam semula jadi atau orang lain.

Justeru ia komited untuk berkongsi pemeliharaan biodiversiti dengan bekerjasama dengan The Turtle Conservation Society – organisasi bukan kerajaan pertama yang berdedikasi untuk pemuliharaan populasi penyu liar di Malaysia.

Dilancarkan pada 25 Februari 2022, kerjasama itu akan menyaksikan program yang direka khas sesuai untuk seisi keluarga. Anda dan anak-anak boleh melibatkan diri dengan aktiviti interaktif bersifat pendidikan dan menyeronokkan, termasuklah bengkel pameran penyu dan pembuatan sabun mesra alam.

#4. Program Safe Together

Program Safe Together membolehkan keluarga menikmati detik-detik percutian dengan tenang; melalui lebih daripada 60 aktiviti-aktiviti yang ditawarkan sesuai untuk pengunjung pelbagai peringkat umur serta minat – semuanya ada di Club Med Cocoon bagi meminimumkan hubungan dengan dunia luar.

Konsep Club Med Cocoon membolehkan keluarga menikmati detik-detik percutian dengan tenang melalui lebih daripada 60 aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi pengunjung pelbagai peringkat umur serta minat.

Kesemua aktiviti ini selamat dikendalikan dalam satu kompaun luas serta dapat mengurangkan kontak dengan kawasan luar.

club med pakej

Sama ada orang dewasa atau kanak-kanak, ia menawarkan pelbagai ruang serta aktiviti di dalam kawasan resort yang meliputi: 

  • Untuk kanak-kanak: Ketepikan gajet serta masa di hadapan skrin dan ajak kanak-kanak ke Kelab Mini (terbuka kepada umur empat hingga sepuluh tahun) dalam ruang dan aktiviti yang direka khas bagi anak-anak kecil, di bawah jagaan G.O resort bertauliah. 

Bagaimana Club Med Cherating Menjadi Lokasi Percutian Paling Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
  • Bagi mereka yang menginginkan ketenangan: Sertai yoga pagi dan nikmati Kolam Zen khusus bagi orang dewasa sambil menghayati matahari terbenam serta pemandangan seluruh resort yang menakjubkan.

Bagaimana Club Med Cherating Menjadi Lokasi Percutian Paling Sesuai Untuk Seisi Keluarga

  • Bagi pemburu adrenalin: Cubalah trapeze terbang terkenal dan paparkan kemahiran akrobat anda. Dekati alam semula jadi melalui pendakian (hiking) atau nikmati pilihan sukan lain seperti memanah, tenis, mendaki batu (rock climbing) dan belayar.

Justeru dengan pelbagai keseronokan dan kemudahan lengkap tersedia, wajarlah Club Med Cherating menjadi lokasi percutian yang bagus untuk musim cuti sekolah akan datang!

Bagi anda yang ingin melakukan tempahan percutian, boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut: www.clubmed.com.my/r/cherating-beach/y

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sekali-Sekala Suami Ajaklah Isteri Dating Berdua, Banyak Manfaatnya Untuk Hubungan

Baca juga: Elak Anak Moody Ketika Bercuti, Ini Tips Mudah Bawa Bekal Bayi Yang Sedap & Berkhasiat!

Baca juga: Sudah Mula Rancang Bercuti Dengan Keluarga Semasa Pandemik Ini? Ini Tips WAJIB Ibu Ayah Buat Terlebih Dahulu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Bagaimana Club Med Cherating Menjadi Lokasi Percutian Paling Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham