X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Suami, Ajak Isteri Solat Tahajjud Bersama, Rezeki Mudah Masuk & Kekal Bahagia

4 min bacaan
Suami, Ajak Isteri Solat Tahajjud Bersama, Rezeki Mudah Masuk & Kekal BahagiaSuami, Ajak Isteri Solat Tahajjud Bersama, Rezeki Mudah Masuk & Kekal Bahagia

Bagi pasangan yang sering bertengkar dan hampir putus asa, belajarlah panduan solat tahajjud untuk memperoleh petunjuk daripada Allah agar kekal bahagia.

Disebabkan kesibukan dengan tugasan harian, tidak semua mampu untuk bangun tidur di satu pertiga malam bagi mendekatkan diri kepada Allah. Namun jika anda inginkan ketenangan, apa kata anda amalkan panduan solat tahajjud ini bersama pasangan tercinta.

Tidak dinafikan ketenangan dan ketenteraman jiwa dapat diperoleh daripada amalan keagamaan yang menjadi tonggak utama dalam sesebuah rumah tangga. Sesiapa yang melakukannya akan dijanjikan keberkatan dunia dan akhirat, lebih-lebih lagi sekiranya anda sedang buntu dan berhadapan masalah rumah tangga.

Panduan solat tahajjud yang mudah

manfaat solat tahajjud

Panduan solat tahajjud adalah solat sunat yang ditunaikan pada waktu malam, iaitu selepas mengejarkan solat isyak dan sebelum masuk waktu solat subuh.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, 

”Golongan yang mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.”

Antara ganjaran di dunia ialah:

#1. Jauh dari sebarang penyakit

Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda:

”Kerjakanlah solat malam, kerana ia adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa dan penghindar penyakit.”

#2. Dikurniakan kekuatan dan rezeki diberkati

Sekiranya suami dan isteri mengamalkan ibadah solat tahajjud setiap malam kerana Allah, tidak kiralah apapun amal ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah seperti dikurniakan kesihatan baik, makanan enak, keluarga bahagia dan sebagainya.

Bahkan setiap rezeki akan lebih diberkati oleh Allah SWT.

#3. Dikasihi oleh semua manusia

Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam akan dikasihi oleh setiap manusia. Apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang beriman dengan Allah, pasti akan sentiasa berasa senang apabila berdamping dengan sesiapa pun.

#4. Dikurniakan kesan takwa pada wajah

Wajah orang sentiasa beramal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah dikatakan ada nur (cahaya) serta tenang. Justeru, jika anda dan suami melakukan solat tahajjud sebagai rutin pastinya akan sentiasa berasa bahagia apabila menatap wajah masing-masing.

#5. Menjaga tutur kata

Orang yang beriman akan sentiasa menjaga adab dan tutur kata apabila bersama orang sekeliling. Begitu juga dengan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk menitip beratkan soal ‘menjaga mulut’ agar tidak menyakiti hati sesama sendiri yang sekaligus boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Manakala untuk kurniaan di akhirat pula ialah dipermudahkan hisab, melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat, dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri dan diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Cara menunaikan solat sunat tahajjud

#1. Niat

kelebihan solat tahajjud

 

#2. Doa selepas solat

cara solat tahajjud

Suami, Ajak Isteri Solat Tahajjud Bersama, Rezeki Mudah Masuk & Kekal Bahagia

Stories Rakan Kongsi
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Solat malam seperti Tahajjud adalah tawaran emas kepada setiap hamba yang mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Meskipun tidak mudah untuk kebanyakan orang sedang nyenyak tidur, ditambah pula waktu dingin dan air berasa sejuk untuk berwudhuk, namun semua ini adalah nikmat agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya.

Solat mempengaruhi kehidupan seharian

Suami, Ajak Isteri Solat Tahajjud Bersama, Rezeki Mudah Masuk & Kekal Bahagia

Kredit: Portal e-solat

Jika anda mula merasakan hubungan suami isteri semakin panas dan memerlukan petunjuk, ajaklah pasangan untuk memperbaiki hubungan dengan pencipta terlebih dahulu.

Solat adalah tiang agama dan kunci untuk setiap individu untuk bahagia. Hanya Allah sahaja tempat mengadu dan boleh mengubah setiap takdir yang ditetapkan.

Statistik perceraian yang berlaku di Malaysia menunjukkan peningkatan. Antara punca utama berlakunya konflik suami isteri adalah disebabkan oleh melanggar perintah Allah iaitu tidak solat.

Kegagalan anda dalam menunaikan rukun Islam kedua boleh menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan terbina antara manusia dengan syaitan.

Kelalaian tugas hakiki ini sering dipandang mudah, namun ia sebenarnya amat mempengaruhi urusan seharian termasuklah cara anda mendidik anak-anak.

Sekiranya diri sendiri tidak cukup solat 5 waktu, adakah anak-anak akan mudah mendengar nasihat? Sudah pasti tidak kerana anda gagal menjadi contoh terbaik buat mereka.

Jangan terkejut melihat anak semakin bersikap kurang ajar dan pasangan selalu naik angin kerana perintah Allah diabaikan tanpa rasa bersalah.

Sumber: Info Pelajar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Contohilah 21 Sikap Rasulullah SAW Dalam Mendidik Anak Ini, Ia Sangat Relevan Sehingga Kini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Suami, Ajak Isteri Solat Tahajjud Bersama, Rezeki Mudah Masuk & Kekal Bahagia
Kongsikan:
  • Panduan Lengkap Cara Solat Tarawih di Rumah Untuk Ibu Yang Perlu Jaga Anak

    Panduan Lengkap Cara Solat Tarawih di Rumah Untuk Ibu Yang Perlu Jaga Anak

  • Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya

    Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Panduan Lengkap Cara Solat Tarawih di Rumah Untuk Ibu Yang Perlu Jaga Anak

    Panduan Lengkap Cara Solat Tarawih di Rumah Untuk Ibu Yang Perlu Jaga Anak

  • Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya

    Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.