X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami, Gembirakan Hati Isteri Dengan 13 Cara Ini, Pasti Rumah Tangga Bertambah Bahagia

4 min bacaan
Suami, Gembirakan Hati Isteri Dengan 13 Cara Ini, Pasti Rumah Tangga Bertambah Bahagia

Tahukah bahawa setiap hari anda perlu berusaha beri yang terbaik dalam hubungan suami isteri sebagai tanda penghargaan setiap pengorbanan yang dilakukan?

Bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya akan sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan tanda penghargaan terhadap insan tercinta

Namun disebabkan oleh perjalanan hidup yang penuh dengan pelbagai cabaran, kira-kira 24% dari kalangan wanita mendakwa dirinya tidak gembira dengan hubungan suami isteri.

Mengapa ia berlaku? Hal ini mungkin berkait rapat dengan kekangan masa bersama pasangan, malah ada yang mendakwa bersama pasangan kurang lima minit sehari iaitu pada waktu tidur.

Tanda penghargaan terhadap pasangan

tanda menghargai isteri

foto: sumber

Tahukah anda bahawa isteri sangat memerlukan perhatian dan waktu bersama sekurang-kurangnya 30 minit sehari tanpa sebarang gangguan.

Ia sangat penting bagi menghilangkan kepenatan memikul tanggungjawab isteri dan ibu kepada anak-anak. Justeru, beberapa tips ini dapat membantu anda mencipta senyuman mereka dengan cara yang cukup mudah.

Antaranya ialah:

#1. Tonjolkan kasih sayang

Curahkan kasih sayang kepada isteri ketika anda mempunyai kesempatan untuk melakukannya. Ia tidak bermaksud anda perlu sentiasa anda berpegangan tangan bersama.

Hanya lakukan aksi yang spontan seperti mencium pipi atau menggosok belakang isteri ketika dia mengadu dirinya kepenatan. Tindakan ini mampu membuatkan dirinya kembali gembira dan menjadi penawar untuk isteri tidak berputus asa melayan karenah anak-anak.

#2. Sentiasa mengambil berat

Sentiasa mengambil berat tentang apa yang disukai oleh isteri dapat menunjukkan anda begitu mengutamakan dirinya berbanding perkara lain.

Contohnya, memberi kebenaran kepada isteri jika dia ingin memelihara binatang kesayangan atau membeli keperluan yang disukai olehnya.

#3. Manjakan isteri

Manjakan isteri sekiranya anda mendapati dia dilanda tekanan atau kepenatan dengan tugas seharian. Anda boleh belanja isteri dengan sesi spa atau urutan.

Pastikan anda mengambil alih tugas menjaga anak-anak ketika ini agar masa yang diluangkan ini mampu menghilangkan segala beban isteri.

#4. Berikan hadiah

cara menghargai isteri

foto: Momjunction

Berikan isteri hadiah walaupun ia bersaiz kecil atau harga yang murah kerana impak pemberian hadiah sangat bermakna bagi setiap wanita.

Untuk hasil yang lebih baik, anda disarankan mencipta sesuatu untuk dijadikan hadiah. Barulah isteri akan terkejut dan tidak menyangka anda begitu kreatif untuk mencuri hatinya!

#5. Mengucapkan terima kasih

Bagi setiap perkara yang dilakukan oleh isteri, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya untuk  menunjukkan tanda penghargaan anda.

#6. Peka kerosakan dalam rumah

Sebenarnya, kebanyakan wanita gemar akan lelaki yang berkebolehan untuk membaiki sesuatu untuknya. Hal ini  menunjukkan kualiti yang boleh diharapkan.

Justeru, bantu isteri untuk tukar mentol di dalam rumah atau tukar tayar kereta akan membuatkan hati isteri ‘cair’ ketika berada disamping anda. Jika anda tidak pandai untuk  membaik pulih, rajinkan diri untuk belajar.

Stories Rakan Kongsi
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style

#7. Melakukan lawak jenaka

Buat isteri ketawa selalu dengan lawak yang dicipta. Jika anda bukan seorang yang kelakar, belajarlah beberapa ayat gurauan yang boleh mencuit hatinya. 

#8. Bantu melakukan kerja rumah

Lakukan kerja rumah terutama kerja yang isteri tidak suka lakukannya. Jika dia setiap hari mengemas rumah, anda boleh memintanya untuk berehat pada hari tersebut dan anda sukarela mengambil alih tugas tersebut.

Pastinya, isteri akan berasa cukup terharu kerana memiliki suami yang begitu rajin dan memahami keadaannya.

#9. Menyediakan hidangan makanan

cara membuat isteri tersenyum

credit to sources

Tidak salah anda masuk ke dapur dan menyediakan makanan untuk isteri dan anak-anak. Hidangan biasa sahaja cukup menggembirakan hati mereka.

Jika anda tidak pandai memasak, isteri akan tetap mengharagi setiap usaha anda bagi menunjukkan tanda penghargaan terhadap dirinya.

#10. Ajak isteri bersukan

Akticiviti bersukan bersama membantu merangsang minda dan badan pasangan. Anda boleh mempelawa diri untuk menyertai  permainan yang digemari oleh isteri.

Hal ini sangat berkesan untuk menambahkan kepercayaan dan lebih mengenali diri masing-masing.

#11. Menjadi pendengar yang baik

Dengarkanlah kata hatinya dengan menjadi pendengar yang baik dan memberi respon. Namun, bukan selalu anda perlu memberi pendapat atau respon kerana ada waktunya wanita hanya mahu lelaki mendengar sahaja.

#12. Menghargai setiap pendapat

Sudah jadi lumrah seorang wanita akan menyuarakan pendapat dalam semua perkara. Justeru, sebagai seorang suami anda perlu mendengar setiap luahan yang dinyatakan bagi sama ada perkara besar ataupun kecil.

Pastikan anda sentiasa ada bersama isteri ketika dia memerlukan sokongan spiritual di saat dirinya diuji masalah di tempat kerja mahupun ketika melayan ragam anak-anak. 

#13. Berikan ruang untuk me time

Berikan isteri sedikit ruang untuk dirinya bersendirian sekiranya diminta. Anda juga perlu menghormati keputusannya dan ikhlas memenuhi setiap perkara yang diperlukan.

Sumber: The Vocket

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Suami, Gembirakan Hati Isteri Dengan 13 Cara Ini, Pasti Rumah Tangga Bertambah Bahagia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhukum-merosakkan-rumah-tangga-orang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami, Gembirakan Hati Isteri Dengan 13 Cara Ini, Pasti Rumah Tangga Bertambah Bahagia
Kongsikan:
  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham