X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 idea 'menyibukkan' diri semasa di dalam tempoh berehat di katil (bedrest)

3 min bacaan
10 idea 'menyibukkan' diri semasa di dalam tempoh berehat di katil (bedrest)

Sebenarnya, ada cara bagaimana anda boleh 'menyibukkan' diri anda supaya tidak kebosanan semasa tempoh ini.

Apa itu tempoh berehat di katil atau ‘bed rest’? Selalunya, bagi ibu-ibu hamil yang mengalami alahan teruk atau komplikasi semasa hamil, para doktor akan mencadangkan mereka untuk ‘bed rest’. Sepanjang tempoh ini, mereka digalakkan untuk banyakkan berehat di katil dan kurang bergerak.

‘Bed rest’ atau berehat di katil adalah sesuatu yang pada mulanya seperti menyeronokkan, tetapi, bila sudah terlalu lama, ia menjadi sangat membosankan.

Mana tidaknya, pergerakkan terbatas, malah asyik di katil sahaja. Sebenarnya, ada cara bagaimana anda boleh ‘menyibukkan’ diri anda supaya tidak kebosanan semasa tempoh ini.

Ikuti perkongsian berikut:

1. Menonton filem ‘back to back’

Telah banyak ketinggalan filem-filem yang ditayangkan atau siri drama yang anda minati? Sekarang anda mempunyai banyak masa untuk diluangkan, jadi inilah masanya untuk mengikuti semula siri tersebut.

2. Belajar mengait

10 idea menyibukkan diri semasa di dalam tempoh berehat di katil (bedrest)

Sudah lama teringin belajar mengait sesuatu untuk si kecil, namun tiada masa. Sekarang anda boleh memainkan video Youtube berulang kali sambil berlatih mengait sesuatu untuk si kecil.

3. Memilih nama

Memilih nama si kecil boleh menjadi sesuatu yang rumit. Kadang kala kita suka bunyinya tetapi bukan maksudnya. Atau maksudnya tidak sesuatu.

Alang-alang anda tidak dapat berbuat apa-apa selain berehat di katil, gunakan masa ini untuk mengkaji nama terbaik untuk si kecil yang bakal lahir nanti.

4. Buku skrap

10 idea menyibukkan diri semasa di dalam tempoh berehat di katil (bedrest)

Anda mesti mempunyai banyak gambar ‘ultra sound’ hasil pemeriksaan dengan doktor anda bukan. Daripada biarkan gambar tersebut di dalam buku hamil anda, gunakan masa ini untuk membuat buku skrap yang comel menceritakan perjalanan kehamilan anda. Teruskan sehingga si kecil lahir nanti dan anda pasti tersenyum melihat semula buku skrap ini nanti.

5. Menghubungi rakan-rakan

Semasa sibuk bekerja, pasti kita tidak dapat betul-betul meluangkan masa bersembang dengan rakan-rakan. Masa inilah anda boleh menghubungi rakan-rakan lama anda dan bertanya khabar.

6. Memanjakan diri

10 idea menyibukkan diri semasa di dalam tempoh berehat di katil (bedrest)

Terdapat banyak servis spa bergerak dilakukan sekarang. Hubungi salah satu dari mereka dan dapatkan pakej berbaloi untuk anda memanjakan diri anda di dalam tempoh berehat ini. Sihat dan cantik di dalam satu masa, menarik bukan.

7. Menggali ilmu

Kadang-kala disebabkan terlampau sibuk dengan pelbagai urusan, kita tidak dapat menggali lebih ilmu tentang kehamilan serta persediaan menghadapi kelahiran.

Sekarang, semua info berada di hujung jari dan terdapat laman sesawang seperti the asianparent  yang menyediakan pelbagai tips mudah, ringkas dan menarik.

8. Membaca

Tidak semestinya novel, apa-apa bahan bacaan yang anda minati, ini masa terbaik untuk anda baca itu semua. Anda akan dapat menghabiskan masa anda tanpa anda sedari.

9. Membeli belah atas talian

Ok, saya akui, ini bukanlah idea kegemaran para suami. Tetapi, membeli belah juga adalah satu terapi. Asalkan ianya berpada-pada.

10. Rancang

Sekarang anda mempunyai banyak masa lapang, anda boleh gunakannya untuk merancang kelahiran si kecil nanti. Malah anda juga boleh merancang bilik bayi anda nanti bagaimana. Jadi, ambil buku, pensil dan mula melakar pelan anda!

Idea-idea yang disenaraikan di atas mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Mungkin ada yang mempunyai kekangan lain.

Tapi sekurang-kurangnya idea ini mungkin dapat membantu mereka yang sedang melaluinya sekarang. Selamat berehat sambil ‘menyibukkan’ diri anda.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sumber: parent

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 10 idea 'menyibukkan' diri semasa di dalam tempoh berehat di katil (bedrest)
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham