Selepas menjadi ibu tentu anda meletakkan beberapa ekspektasi dalam membesarkan anak bukan? Adakah situasi benar-benar berubah sejak kita kecil dulu berbanding sekarang apabila kita sudah mempunyai anak sendiri? Adakah banyak perbezaan cara kita membesarkan anak-anak kita dengan cara kita dibesarkan? Samalah seperti selebriti & pelakon terkenal Anzalna Nasir.
Bagi Anzalna, dia dan ibunya punyai satu persamaan penting dalam membesarkan anak walaupun mungkin cara keibubapaan generasi dulu dan sekarang banyak bezanya.
Sebelum kita ketahui apakah persamaan antara Anzalna dan ibunya, jom kita tonton kisah antara cara keibubapaan Anzalna dan ibunya di bawah.
Perbezaan cara keibubapaan generasi dulu dan sekarang
Bermain di luar
Dalam video tersebut, Anzalna berkongsi bagaimana kehidupannya berubah selepas kehadiran Eidrees. Dia cukup seronok memberi kebebasan kepada Eidrees.
Kata Anzalna dia suka bila Eidrees menerekoi dunia luar seperti bermain di taman kadang-kadang sampai hujan pun dia masih bermain.
Namun berbeza pula dengan ibunya, kasih nenek ni lain sikit dia takut bila cucunya jatuh sakit jadi dia tak suka membiarkan Eidrees bermain hujan risau akan sakit, malah di luar itu banyak kuman!
Waktu tidur
Ibu bapa dulu tidak begitu tegas dalam menentukan waktu tidur anak. Bermainlah sepuas-puasnya hingga penat dan tiba waktu mengantuk. Berbeza dengan ibu bapa sekarang yang lebih strict dalam waktu tidur, tempat tidur juga apabila anak berjaga tengah malam.
Kata Anzalna, dia sangat menjaga waktu tidur anaknya, Eidrees, berbeza dengan ibunya yang mana lebih melayan kehendak Eidrees sehingga lupa waktu tidur cucunya itu. Kata ibu Anzalna “Eidrees ni manja, perlukan banyak perhatian.
Kadang-kadang saya layan dia ni sampai lupa masa. Sampai terlepas masa tidur petang dia. Takpelah, asalkan dia gembira kan?” dan balas Anzalna “saya pulak tegas dengan timing tidur Eidrees. Confirm akan read Eidrees a bedtime story. Dengan ni, dia boleh relax sikit sebelum dia tidur.”
Persamaan dalam membesarkan anak antara Anzalna dan ibunya
Walaupun cara keibubapaan Anzalna dan ibunya sedikit berbeza, namun pasti ada satu persamaan dalam memastikan anak dan cucu mereka membesar dengan sihat dan bijak!
Anzalna amat mementingkan mengenai perkembangan dan kesihatan anaknya. Yalah, ibu mana yang tidak bimbang jika anak mendapat cukup nutrien atau tidak.
Begitu juga dengan ibunya yang mana sangat mementingkan perkembangan dan kesihatan cucu lalu mereka memilih Enfagrow A+ Mindpro sebagai sumber nutrisi berkhasiat untuk perkembangan mental dan imuniti Eidrees.
Dengan Enfagrow A+ MindPro, Anzalna dan ibunya menyedari bahawa Eidrees kurang jatuh sakit malah cukup pantas mempelajari sesuatu yang baru.
Disebabkan itulah Anzalna tidak risau untuk biarkan Eidrees main di luar dan bermain hujan. Kerana dia pasti Eidrees dilindungi dengan sistem imunisasi Eidrees lebih terjamin .
Istimewa Hari Ibu
Sempena menyambut Hari Ibu ini, Anzalna ingin berkongsi penghargaan kepada ibunya yang sentiasa ada bersama ketika membesarkan Eidrees.
Baginya Hari Ibu bukan untuk menyambut dirinya sebagai ibu, tapi untuk menyambut ibu yang sentiasa menyokongnya sepanjang perjalanan Anzalna menjadi seorang ibu kepada Eidrees.
Dan anda juga boleh mencuba filter baharu dari Enfagrow A+ MindPro ‘Happy grandmothers’ day’ di Instagram untuk menunjukkan betapa anda hargai ibu anda hari ini.
Cuba Instagram Filter di sini.
Kongsikan cerita anda dengan kami serta bagaimana anda tunjukkan penghargaan kepada ibu anda dengan menyertai Enfagrow A+ Grandmother’s Day Celebration dan anda berpeluang memenangi* hadiah bernilai sehingga RM12,500!
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan ini :
*Tertakluk kepada terma & syarat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Buat 6 Perkara ‘Simple’ Ini Kalau Nak Anak Kita Lebih Gembira!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!