X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bukan Sebab Bahagia, Tapi Ini 6 Sebab Kenapa Terjadi Perubahan Badan Wanita Selepas Berkahwin

4 min bacaan
Bukan Sebab Bahagia, Tapi Ini 6 Sebab Kenapa Terjadi Perubahan Badan Wanita Selepas Berkahwin

Gemuk lepas kahwin? Betul ke sebab anda bahagia? Kajian mendedahkan 6 sebab mengapa ramai pasangan badan naik selepas kahwin.

Perasan tak selepas kahwin mesti ramai orang komen “amboi, makin berisi nampak. Bahagialah ni ya?” Hal ini pasti akan membuatkan setiap pasangan suami isteri tertanya-tanya apakah yang membuatkan perubahan badan wanita selepas berkahwin?

Betul ke bahagia selepas kahwin akan buat kita makan banyak? Jom kita lihat apa kata sains!

Sains setuju perubahan badan wanita selepas berkahwin 

badan naik selepas kahwin, berat badan naik, suami naik badan, badan naik

Pasangan berkahwin biasanya melakukan aktiviti bersama-sama semasa makan.

Selepas seharian sibuk di tempat kerja, kita memang tak sabar nak dinner bersama suami atau isteri sambil menceritakan apa yang berlaku satu hari ini (sama ada di tempat kerja atau di rumah), kan?

Kajian yang dikeluarkan oleh Obesity pada tahun 2012 menemui, pasangan yang berkahwin lebih dari dua tahun atau lebih akan berisiko untuk naik berat badan berbanding orang bujang.

Menurut kajian ini lagi, berat badan wanita yang berkahwin pada usia 20-an naik sebanyak 10 kg dalam masa 5 tahun perkahwinan, manakala lelaki pula naik 15 kg. Tapi kenapa?

Ini antara 6 sebab-sebabnya yang perlu anda tahu.

6 sebab mengapa perubahan badan wanita selepas berkahwin

1. Pasangan berkahwin melakukan aktiviti bersama-sama

perubahan badan wanita selepas berkahwin

Melakukan perkara sama-sama bukanlah satu perkara yang buruk, tapi apa yang terjadi bila datang bab makan adalah, pasangan yang tak teringin nak makan sesuatu makanan akhirnya makan makanan yang pasangan mahukan.

Seperti contoh, bila isteri rasa nak makan kek, suami mesti akan join sekali, kan?

Selepas berkahwin, pasangan jadi selesa apabila bersama-sama, jadi mereka juga mula menghabiskan masa untuk makan semasa menonton TV.

Ini yang jadi salah satu punca kenapa badan naik selepas kahwin.

Apabila anda makan sambil menonton TV, anda biasanya tak sedar dengan jumlah makanan yang anda makan. Makanan yang anda makan pun selalunya makanan yang tak sihat.

2. Tak nak membazir

Orang yang berkeluarga tak suka buang makanan. Wanita biasanya makan makanan yang suami atau anak tak habiskan.

Hasilnya, badan akan naik kerana terlebih makan.

3. Dalam perkahwinan yang bahagia, isteri sentiasa hendak puaskan suami

perubahan badan wanita selepas berkahwin

Pernah dengar tak orang kata “nak bahagiakan suami, mula dari perutnya”. Ramai wanita apabila berkahwin, mereka mula masak macam-macam makanan sedap untuk suami.

Kadang-kadang mereka tak sedar yang berat badan mereka naik sehingga mereka timbang badan mereka. Sehingga itu, mereka akan terus menikmati makanan yang dihidangkan oleh pasangan tercinta.

4. Dalam perkahwinan yang tidak bahagia, mereka makan kerana kecewa

perubahan badan wanita selepas berkahwin

Ramai orang, lebih-lebih lagi wanita, akan makan apabila mereka tertekan, cemas atau sedih.

Apabila mereka fikir yang pasangan mereka sudah hilang minat pada mereka, ataupun berlaku curang, mereka lebih rela melepaskan perasaan dengan makan dari kekal cantik atau berbincang tentang masalah mereka.

5. Mengandung

badan naik selepas kahwin, berat badan naik, suami naik badan, badan naik

Bila mengandung, macam-macam pula yang kita mengidam. Kebanyakan wanita tak mampu untuk melawan selera mereka dan akhirnya berat badan mereka naik dan susah pula nak turunkan lepas bersalin.

Lelaki juga ada yang naik badan semasa isteri mengandung kerana mereka terliur bila tengok isteri makan sedap!

Stories Rakan Kongsi
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child

6. Keselesaan dan kepastian buat badan naik

Pasangan berkahwin biasanya mempunyai fikiran di mana perkahwinan akan kekal selama-lamanya dan mereka tak terfikir yang pasangan akan tinggalkan mereka.

Ini membuatkan mereka semakin malas untuk berhias, menggoda suami dan sebagainya jadi disebabkan itu terjadinya perubahan badan wanita selepas berkahwin. Mereka menjadi selesa hingga mereka tak fikir berapa banyak yang mereka makan atau jika badan mereka naik kerana suami/isteri tetap akan menyayangi mereka.

Walau apa pun sebabnya, anda perlu tahu yang badan naik selepas kahwin boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Pertama, ia akan buat anda rasa rendah diri kerana anda rasa anda tidak secantik dulu. Selain itu, badan naik selepas kahwin juga akan buat anda kecewa serta membuatkan kehidupan seks tak seindah dulu.

Jadi, ini masanya untuk anda ubah gaya hidup anda dan mula bersenam bersama pasangan anda dan amalkan pemakanan yang sihat. Ini juga akan menjamin perkahwinan anda tetap bahagia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Happy Lifestyle Journal

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrahsia-sihat-tun-mahathir

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Bukan Sebab Bahagia, Tapi Ini 6 Sebab Kenapa Terjadi Perubahan Badan Wanita Selepas Berkahwin
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham