X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

4 min bacaan
5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

Anda perlu berhati-hati semasa memilih sabun lebih-lebih lagi memilih sabun bayi untuk kulit alergi. Ini beberapa senarai sabun bayi yang baik untuk anak.

Mencari sabun yang sesuai untuk anak bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi kalau nak cari sabun untuk kulit bayi sensitif.

Sekarang ini, hampir kesemua sabun dilabelkan “organik” atau “semula jadi” tapi sejauh mana kebenarannya?

Kulit bayi sangat sensitif dan ia memerlukan penjagaan yang terbaik. Membersihkan bayi dengan air biasa sudah memadai, tapi jika anda mahu gunakan sabun, ia tak akan memudaratkan mereka.

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu cara bagaimana untuk memilih sabun untuk bayi anda. Lebih-lebih lagi pemilihan sabun bayi untuk kulit alergi. 

Jom kita semak bagaimana nak memilih sabun yang tepat untuk kulit bayi anda.

Sabun untuk kulit bayi sensitif: 5 cara betul memilih sabun bayi

Sebelum membeli, anda perlu faham bagaimana untuk memilih sabun yang terbaik untuk bayi. Tip ini akan membantu memudahkan urusan anda:

1. Sabun bayi lembut

kulit bayi sensitif

Kredit: Shutterstock

Pilih sabun bayi bukan toksik, lembut dan bebas dari apa-apa kimia bahaya.

Sabun yang kuat boleh merosakkan kulit bayi anda atau menyebabkan mereka mendapat ruam. Sabun lembut biasa juga boleh digunakan sebagai sabun untuk bayi anda.

2. Elak beli sabun yang ada buih berlebihan

kulit bayi sensitif

Kredit: Shutterstock

Ada perbezaan antara membersihkan kulit bayi dan kulit dewasa. Sabun yang mempunyai buih berlebihan mempunyai bahan kimia tambahan yang mungkin akan membahayakan kulit bayi anda.

3. Jangan pilih sabun mandi bayi yang ada wangian

kulit bayi sensitif

Kredit: Shutterstock

Anda dinasihatkan untuk menggunakan sabun bebas bau untuk bayi anda. Jika bayi tak suka bau sesetengah sabun yang anda pilih, mereka akan mula menangis kerana mereka tak ada cara lain untuk tunjuk yang mereka tak suka. 

Sabun wangian juga mengandungi kimia kasar yang boleh menyebabkan reaksi pada kulit bayi. Lagipun bau bayi sendiri pun dah wangi, kan? Jadi, buat apa nak beli sabun yang ada pewangi lagi.

4. Sabun bayi untuk kulit alergi

Jika bayi anda mempunyai kulit yang sangat sensitif atau menghidapi kulit kering atau ekzema, anda perlu mencari sabun hypoallergenic.

5. Baca kandungan dalam sabun

Untuk memastikan sabun bayi adalah hypoallergenic dan tanpa toksik, anda perlu menganalisa bahan-bahan dalam sabun.

Periksa bahan-bahan dalam internet untuk melihat jika sabun tersebut boleh menyebabkan apa-apa reaksi alergi.

Jauhkan dari sabun yang mengandungi alkohol, glicol, propylene dan bahan kimia lain. Sabun yang diperbuat dari bahan semula jadi adalah yang terbaik untuk kulit bayi sensitif.

Cari sabun yang mengandungi bahan seperti almond, susu, koko, mentega, madu dan minyak zaitun.

5 sabun untuk kulit bayi sensitif yang boleh anda pilih

Untuk lebih memudahkan anda memilih sabun bayi untuk kulit alergi, kami rekomen 5 sabun ini untuk anda pilih.

1. Sebamed Baby Liquid Cleanser 

5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

Sebamed telah menyediakan sabun mandi yang ringan untuk membersihkan kulit bayi tanpa mengeringkannya.

Dengan kandungan pH optimum sebanyak 5.5, ia membantu untuk mengembangkan lapisan biologi dalam kulit bayi anda yang akan melindungi mereka dari bakteria dan virus.

2. CETAPHIL Baby Ultra Moisturising Bath & Wash

5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

Sabun hypoallergenic tanpa bau yang terbaik untuk kulit kering

Sabun bayi Cetaphil dibuat khusus untuk kulit bayi. Ia berkesan untuk membersihkan kulit sambil mengekalkan kesegaran kulit dan tak gatal.

Dibuat tanpa parabens, minyak mineral dan sabun, produk ini tak akan merosakkan kulit bayi anda dan terbukti sabun bayi untuk kulit alergi yang terbaik dan lembut untuk kulit dan mata bayi anda.

3. Buds for Kids Organic Lavender Shower Gel

5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

Selain dari bungkusannya yang comel, sabun mandi ini mengandungi estrak lavender yang terbukti mempunyai kesan yang menenangkan dan lembut pada kulit.

Produk organik ini juga telah mendapat pengesahan yang membuktikan mereka 100% organik dengan menggunakan bahan yang berasaskan dari tumbuhan saja yang menjadikan ia selamat untuk bayi anda dan persekitaran.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

4. Ecostore Baby Soap

5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

Produk buatan tangan semulajadi dari Ecostore ini menggabungkan bahan yang baik untuk kulit iaitu susu kambing dan lavender.

Sabun ini akan melindungi kulit bayi anda dari menjadi kering dan rosak tanpa menghilangkan minyak semulajadi yang melindungi kulit.

5. Aveeno Baby Eczema Therapy Soothing Baby Bath Treatment

5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

Sabun mandi ini adalah sabun yang terbaik untuk bayi yang mempunyai masalah ekzema.

Produk ini mengandungi 5 paket rawatan mandi yang mengandungi oat semulajadi tanpa bau untuk mengurangkan kegatalan akibat ekzema, ruam atau gigitan serangga. 

Harapnya dengan tip cara memilih sabun dan senarai sabun bayi yang baik untuk bayi anda, ia akan memudahkan anda untuk memilih sabun yang terbaik untuk bayi anda dan menjadikan masa mandi lebih menyeronokkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Productnation, MomJunction

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema
Kongsikan:
  • Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

    Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

  • Alami Alahan Kulit Yang Misteri, Bayi Ini Hanya Boleh Mandi Sekali Sahaja Dalam Seminggu

    Alami Alahan Kulit Yang Misteri, Bayi Ini Hanya Boleh Mandi Sekali Sahaja Dalam Seminggu

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

    Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

  • Alami Alahan Kulit Yang Misteri, Bayi Ini Hanya Boleh Mandi Sekali Sahaja Dalam Seminggu

    Alami Alahan Kulit Yang Misteri, Bayi Ini Hanya Boleh Mandi Sekali Sahaja Dalam Seminggu

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.