X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ini Kongsi Rawatan Eczema Bayi Yang Berkesan, Jika Anak Anda Sakit Juga Jom Cuba!

5 min bacaan
Ibu Ini Kongsi Rawatan Eczema Bayi Yang Berkesan, Jika Anak Anda Sakit Juga Jom Cuba!

Remuknya hati melihat anak seawal usia 3 bulan sengsara kerana eczema bayi. Hebat betul si ibu ini yang berkongsi dengan kami tips penjagaan kulit anaknya!

Eczema bayi adalah masalah kulit yang anak saya hadapi walaupun saya dan suami tidak menghidapinya.

Saya adalah seorang ibu kepada seorang bayi lelaki. Sekitar bulan kedua kelahiran, saya memerhatikan kulit anak saya di kedua belah bahagian cuping telinga mengeluarkan cecair jernih-kekuningan.

Masalah Kulit Eczema Bayi, Adakah Anak Saya Juga Hadapinya?

Saya telah membawa anak saya ke klinik XX dan jururawat mengatakan adalah normal untuk bayi baru lahir. Sebulan berlalu cecair tersebut masih ada dan saya merujuk kepada doktor, beliau hanya memberikan antibiotik. Seminggu pula berlalu, masih tiada perubahan.

Maka, saya bawa pula ke klinik YY. Ketika itu kepala anak saya sudah mula mengeluarkan cecair yang sangat banyak sehingga kelihatan lebam.

Doktor mengatakan ia adalah cradle cap dan sangat normal bagi bayi baru lahir dan meminta saya menunggu selama 14 hari, jika tiada perubahan saya perlu datang semula.

eczema bayi

Saya tidak dapat menunggu lagi, hati saya remuk dan sedih melihat keadaan anak saya yang berusia 3 bulan itu tidak dapat tidur malam dengan lena disebabkan telinga dan kepala yang gatal. Saya pergi ke klinik ZZ dan minta untuk dirujuk ke klinik pakar kulit.

Apabila saya berjumpa dengan pakar kulit, melihat sahaja beliau sudah tahu ia adalah Atopic Eczema. Ketika itu saya masih kekurangan ilmu berkaitan eczema kerana saya tidak menyangka anak saya boleh terkena penyakit tersebut.

Ini adalah pengajaran untuk diri saya. Di sini saya ingin ingatkan kepada ibu bapa di luar sana, terutamanya ibu bapa baru baru tentang beberapa perkara jika anak anda menghadapi apa sahaja masalah kesihatan ataupun perkembangan:

  1. Sila rujuk ke pakar kanak-kanak/ berkaitan jika berlaku apa sahaja yang anda was-was
  2. Tidak salah untuk mendapatkan pandangan kedua mahupun ketiga daripada doktor berlainan

Setelah itu, saya membaca dan mempelajari tentang selok belok eczema bayi. Saya mencari dan mengupas topik ini sedalamnya. Bermula daripada telinga, eczema tersebut menyerang kepala, pelipat badan dan terakhir muka.

Si Manja Ada Eczema Bayi Atopic Eczema

Ibu Ini Kongsi Rawatan Eczema Bayi Yang Berkesan, Jika Anak Anda Sakit Juga Jom Cuba!

Ketika flare di muka, eczema anak saya bagai di puncak. Setiap hari susah tidur dan meragam. Hati ibu mana yang tidak sayu.

Kini, anak saya sudah 8 bulan bertarung dengan eczema bayi dan mula menunjukkan kesembuhan. Sebelum itu, ibu apa perlu tahu bahawa eczema ini tidak akan sembuh. Kita hanya boleh mengawal.

Masa yang akan menentukan bila ia akan sembuh. Ia adalah faktor keturunan. Menurut pakar kulit, kanak-kanak di bawah tujuh tahun mempunyai peluang yang sangat cerah untuk sembuh sepenuhnya.

7 Tips Untuk Kawal Ekzema Bayi

  1. Mengawal Pemakanan Ibu Menyusu

eczema bayi

Ada sesetengah pakar mengatakan pemakanan ibu menyumbang kepada alergik anak. Pakar kulit yang saya temui mengatakan peratusannya hanya sedikit.

Walau bagaimanapun, ibu boleh memerhatikan kalau setiap kali selepas makan dan anak menyusu adakah akan keluar flare tersebut.

  1. Mengawal Pemakanan Anak

Apabila anak mula makan, saya melakukan 4DR. Jadi saya boleh take note apa sahaja makanan yang menjadi punca. Setakat ini, anak saya tidak alergik kepada sebarang makanan walaupun ayam dan ikan.

  1. Kuku Anak Sentiasa Pendek

Ha! Ibu bapa kena rajin ya tengok kuku. Saya potong kuku anak saya 2 hari sekali.

  1. Membantu Menggaru Kulit Anak

Ini adalah nasihat daripada pakar kanak-kanak anak saya. Kita boleh tolong pretend menggaru. Bukan garu betul-betul ya!

  1. Perhatikan Apa Yang Triggered Eczema

eczema bayi

Bukan sahaja makanan, perhatikan juga jenis pakaian, sabun basuh baju, berpeluh, cuaca kering, udara kotor atau habuk. Setelah diperhatikan, anak saya sebenarnya alah kepada habuk.

  1. Sentiasa Memastikan Kulit Anak Sentiasa Lembab

Kulit eczema akan cepat kering, maka ia akan menjadi gatal. Jadi, apabila kering saya akan terus sapukan pelembap.

  1. Anak Eczema Tidak Boleh Stress

Bahagian ni bagi saya antara paling susah untuk dikawal. Bila anak stress, dia akan makin kuat menggaru dan menangis. Kesabaran yang sangat tinggi diperlukan. Sepanjang anak saya menghidap eczema di kepala, saya memangkunya tidur sepanjang malam.

  1. Eczema Basah vs Kering

Yang basah adalah bahagian yang sudah dijangkiti bakteria, jadi kita perlu troubleshoot terlebih dahulu. Bila sudah kering baru kita sapukan pelembab.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
  1. Memilih Produk Pelembab Yang Sesuai

Saya tidak akan kongsikan produk apa yang saya gunakan untuk merawat eczema anak saya kerana setiap individu lain penerimaannya untuk sesuatu produk. Tips daripada pakar kulit, sekiranya selepas kita sapukan pelembab semakin menggatalkan kulit, maka ia tidak sesuai.

Sama juga sekiranya tidak berlaku perubahan, mungkin disebabkan bahan yang tidak sesuai. Hentikan dan cuba yang lain. Saya telah mencuba sangat banyak produk di luar sana, daripada murah ke mahal. Alhamdulillah sekarang ia membuahkan hasil.

Walapun eczema anak saya mula sembuh, saya masih sentiasa berhati-hati setiap saat. Semoga penulisan ini boleh memberi idea kepada anda bagaimana membantu anak yang menghadapi Eczema.

Untuk ibu bapa diluar sana, semoga ada penawar untuk eczema bayi anda dan jangan berputus asa. Temui pakar anda.

Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.

Ibu Ini Kongsi Rawatan Eczema Bayi Yang Berkesan, Jika Anak Anda Sakit Juga Jom Cuba!

Artikel ini ditulis oleh VIP Parent Nurul Najwa Binti Kornain untuk theAsianparent Malaysia. Dia seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak lelaki.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya!

Baca juga: 5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

Baca juga: Anak Tunjuk Reaksi Pelik Terhadap Makanan Secara Tiba-Tiba? Ini Petanda Si Manja Ada Alahan Makanan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Ibu Ini Kongsi Rawatan Eczema Bayi Yang Berkesan, Jika Anak Anda Sakit Juga Jom Cuba!
Kongsikan:
  • Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

    Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

  • Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

    Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

  • Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

    Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

  • Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

    Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

  • Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

    Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

  • Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

    Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.