Bila pertama kali bergelar seorang ibu, ada sahaja barangan bayi yang hendak dibeli. Mesti teruja untuk menyambut kelahiran bayi. Bayangkan, nak beli pakaian sahaja sudah rambang mata. Belum barangan yang lain lagi! Tapi apa pun sikat rambut adalah perlu jika bayi berambut lebat!
Bagi ibu ayah yang sudah start membeli barangan bayi, pastikan anda tidak tertinggal satu pun barang keperluan bayi yang penting. Turut tidak terkecuali, sikat rambut untuk si manja!
Penting Sikat Rambut Untuk Penjagaan Rambut Bayi
Sikat rambut merupakan alat yang penting dalam penjagaan rambut bayi. Pemilihan sikat rambut yang betul amatlah penting dalam proses menyikat rambut bayi.
Ini kerana dapat melancarkan peredaran darah, menyihatkan kulit dan membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut bayi.

Pemilihan Sikat Rambut Terbaik Untuk Kulit Bayi
Ramai ibu ayah terlepas pandang tentang pemilihan sikat rambut bayi. Ini kerana, ada yang menganggap bahawa sikat rambut dewasa juga sesuai dipakai untuk bayi. Ini tidak benar, ya.
Memandangkan kulit kepala bayi terdapat fontanella yang sangat lembut dan sensitif, parents perlu menggunakan sikat yang lembut dan sesuai supaya bayi lebih selesa.
Berikut adalah tips sebelum membeli sikat rambut bayi.
- Pilih reka bentuk yang selamat untuk kulit bayi. Perkara penting yang perlu diperhatikan adalah pilih pemegang yang berkualiti supaya boleh dipegang dengan selesa. Pilih jenis berus dengan hujung bergigi bulat supaya tidak menyakitkan kepala si kecil.
- Pilih bahan buatan sikat dan kelebihannya. Bahan berus terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan sintetik (biasanya nilon) dan bulu haiwan. Kelebihan berus nilon adalah lebih lembut dan mudah dibersihkan, manakala sikat bulu haiwan sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif dan harganya lebih mahal.
- Beli sikat rambut yang tersedia dalam set. Untuk meringankan beban ekonomi keluarga, ibu ayah boleh memilih produk penjagaan bayi yang dijual dalam bentuk set. Lengkap dengan barangan bayi lain seperti gunting, kepit kuku, dua jenis berus rambut bayi berbeza dan banyak lagi. Sangat mudah & lebih berbaloi!

7 Jenis Sikat Rambut Yang Terbaik dan Selesa Untuk Kulit Bayi
Tidak dinafikan terdapat banyak pilihan sikat rambut di pasaran, tetapi kami kongsikan senarai sikat rambut yang paling ‘best’ dan sesuai mengikut keselesaan si manja!
Jenis Sikat Rambut Terbaik dan Selesa Untuk Bayi
 | Tomme Tippee Brush and Comb Set Terbaik untuk kulit sensitif |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Snapkis Baby Wooden Brush & Comb Set Terbaik untuk kulit alahan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Babyshop Juniors Printed Soft Grip Brush and Comb Set Terbaik untuk keselamatan rambut bayi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Dodo Brush And Comb Terbaik untuk digunakan untuk jangka masa yang lama |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Honey comb rattle Clinting baby Sound baby comb brush Toddler Terbaik untuk merangsang pendengaran si manja |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Chicco Brush & Comb Safe Hygiene Terbaik untuk merapikan rambut bayi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Comel Baby 10 in 1 Newborn Baby Kit Health-Care Grooming Set Maternal and Infant Care Terbaik sebagai kelengkapan penjagaan bayi |  | View Details | Beli di Shopee |
Tommee Tippee Brush And Comb Set
Terbaik untuk kulit sensitif

Tommee Tippee Brush And Comb Set direka khas untuk digunakan pada kulit bayi yang masih lembut. Bulu berusnya lembut untuk mengelakkan rambut tertarik dan kusut.
Jika bayi anda mempunyai kulit sensitif, sikat bayi ini boleh menjadi pilihan terbaik untuknya!
Hadir dengan dua pilihan berus yang berbeza. Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang berlainan usia, set berus ini cukup berbaloi!
Apa yang kami suka?
- Direka khas dengan bulu yang sangat lembut dan licin supaya ia selesa digunakan.
- Mempunyai pemegang yang tidak licin dan selamat semasa menyikat rambut bayi.
- Berus berbulu lembut untuk mengurangkan tarikan dan ketidakselesaan semasa menyikat.
- Sesuai digunakan untuk bayi baru lahir.
Snapkis Wooden Baby Hair Brush Set
Terbaik untuk kulit alahan

Adakah anda sedang mencari berus rambutyang lembut dan selamat untuk bayi anda? Jika ya, sudah tentu, sikat rambut jenis ini menepati citarasa anda.
Diperbuat daripada kayu dan bulu kambing yang asli, sikat rambut jenis ini sama sekali tahan lama dan tidak mudah tertanggal walaupun selepas mencuci. Menarik bukan?
Sikat rambut ini lebih selamat digunakan kerana ia tidak menyebabkan sebarang alahan tidak diingini terhadap bayi.
Tidak seperti plastik atau logam, sikat rambut jenis ini adalah bersifat antistatik iaitu tidak mudah patah. Ia bagi mengelakkan kerosakan pada rambut halus bayi. Selain menyikat, ia juga dapat memberikan urutan lembut pada kulit kepala dan menjadikan rambut bayi lebih halus.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada bahan semulajadi, sesuai digunakan untuk elak sebarang alahan pada bayi.
- Bersifat antistatik – tidak menjadikan rambut bayi rosak dan bercabang.
- Memberi sensasi yang menenangkan semasa menyikat rambut.
- Menjadikan rambut bayi lebih halus dan rapi.
Babyshop Juniors Printed Soft Grip Brush and Comb Set
Terbaik untuk keselamatan rambut bayi

Sikat rambut jenis ini mempunyai bentuk bulat tanpa bucu yang tajam, sesuai untuk digunakan dengan selamat pada rambut bayi semasa menyikatnya. Berbanding dengan berus rambut jenis ekor yang tirus dan tajam pada hujung pemegang tidak sesuai digunakan untuk bayi kerana boleh mengakibatkan kecederaan.
Apa yang kami suka?
- Direka khas dengan reka bentuk bergerigi kecil dan padat bagi memudahkan anda menyikat rambut bayi dengan kemas.
- Bersifat antibakteria, jadi ia tidak merengsakan kulit bayi.
- Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, lembut pada rambut dan kulit bayi baru lahir.
Dodo Brush And Comb
Terbaik untuk digunakan untuk jangka masa yang lama

Dodo Brush And Comb adalah pilihan sikat rambut yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Jika anda ingin menjimatkan perbelanjaan, ini adalah pilihan yang tepat!
Ia mempunyai dua jenis gigi sikat rambut. Gigi yang rapat boleh digunakan semasa rambut bayi masih halus dan nipis. Manakala, jenis gigi bergerigi boleh digunakan untuk menyikat rambut yang lebat dan tebal.
Apa yang kami suka?
- 2 in 1 –mempunyai dua jenis sikat rambut yang boleh disesuaikan mengikut ketebalan rambut bayi yang berbeza.
- Boleh digunakan sehingga anak kecil membesar.
Honey Comb And Brush with Rattle
Terbaik untuk merangsang pendengaran si manja

Honey Comb And Brush with Rattle memberikan keunikan yang berbeza berbanding sikat rambut yang lain. Ia selamat digunakan untuk kepala bayi yang lembut dalam masa yang sama merangsang minat si manja!
Ia hadir dengan bunyi yang menarik, sambil menyisir sambil merangsang pendengaran anak. Malah ia juga hadir dengan warna-warna menarik.
Dua jenis berus berbeza ini boleh memberi pilihan kepada ibu bapa. Jika anak sudah semakin besar bolehlah menggunakan sisir yang lebih keras.
Apa yang kami suka?
- Boleh didapati dengan pelbagai variasi warna menarik – Hijau, Pink, Kuning, Biru.
- Menghasilkan bunyi gemeretak apabila digerakkan.
- Menyikat rambut sambil merangsang pendengaran si manja.
Chicco Brush and Comb
Terbaik untuk merapikan rambut bayi

Set Chicco Brush and Comb membolehkan anda menyisir rambut bayi dengan lembut. Bulu berus semula jadi yang lembut dan gigi dengan hujungnya bulat sesuai untuk kepala bayi yang halus.
Kedua-duanya mempunyai pemegang besar yang boleh dipegang dengan mudah dan selamat. Memudahkan anda menyisir bayi tanpa perlu ‘grip’ dengan kuat.
Penggunaan sikat ini akan membuatkan rambut bayi lebih rapi dan kemas.
Apa yang kami suka?
- Setiap hujung sikat berbentuk bulat – selamat digunakan untuk bayi kulit sensitif
- Pemegang yang selesa – memudahkan tangan ibu untuk menyikat
- Diperbuat daripada bulu lembut, jadi mengurangkan risiko kecederaan pada kulit bayi.
- Sesuai untuk bayi baru lahir.
- 1 set mempunyai sikat biasa dan berus.
- Boleh didapati dalam variasi warna pink, biru & oren.
Comel Baby Care Set Kit 10 in 1
Terbaik Sebagai Kelengkapan Penjagaan Bayi

Sesetengah ibu bapa baru terlepas pandang untuk memilih satu persatu barang keperluan bayi baru lahir, selain berus rambut. Tak perlu kelam kabut, untuk memudahkan urusan anda kelak pilih sahaja set ini kerana sudah lengkap dengan penjagaan kulit bayi.
Set penjagaan ini termasuklah pengetip kuku, thermometer, penyedut hidung, sikat rambut, gunting dan berus gigi bayi.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai variasi warna: Biru & Pink
- Diperbuat daripada bahan silicon dan plastik
- 10 in 1 – Lengkap dengan set penjagaan bayi
Perbandingan Harga
Jenama |
Harga |
Tommee Tippee Brush And Comb Set
|
RM15.90 |
Snapkis Wooden Baby Hair Brush Set
|
RM39.20 |
Babyshop Juniors Printed Soft Grip Brush and Comb Set
|
RM12.75 |
Dodo Brush And Comb
|
RM19.50 |
Honey Comb And Brush with Rattle
|
RM11.99 |
Chicco Brush and Comb
|
RM23.00 |
Comel Baby Care Set Kit 10 in 1
|
RM16.72 |
Cuba perhatikan senarai semak, ada atau tak sikat item ini di dalam senarai anda? Pastikan jangan ada yang tertinggal tau! Semoga artikel ini dapat membantu ibu ayah mencari sikat rambut bayi yang ideal!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Baca juga: Barang Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Perlu Disediakan Parents!
Baca juga: Rambut Bayi Yang Tumbuh Selepas Dicukur Lebih Lebat? Ya Atau Tidak?
Baca juga: Rambut Bayi Lambat Tumbuh? Ketahui Punca & Cara Menangani