TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bau Bayi Wangi Kerana Adanya Lapisan Vernix, Ibu Tidak Perlu Mandikannya Guna Sabun

4 min bacaan
Bau Bayi Wangi Kerana Adanya Lapisan Vernix, Ibu Tidak Perlu Mandikannya Guna Sabun

Bau anak yang baru lahir sangat unik dan memberikan kesan menenangkan orang di sekelilingnya. Justeru ibu tidak perlu mandikannya dengan sabun

Bau anak yang baru lahir adalah paling wangi. Namun tahukah anda ia adalah disebabkan oleh vernix, iaitu salutan putih pada badan bayi semasa dilahirkan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bau anak disebabkan vernix, ibu tidak perlu mandi guna sabun
  • Manfaat lapisan vernix terhadap bayi
  • Melambatkan mandian pertama bayi baru lahir

Jadi janganlah cuci ia sejurus bayi dilahirkan, rugi! Dulu saya biarkan anak seharian tanpa mandi. Pada keesokannya barulah mandikan bayi dengan air suam kosong, tidak guna sabun, tidak gosok pun badan dia. Hanya siram sahaja.

Bau anak disebabkan vernix, ibu tidak perlu mandi guna sabun

bau bayi baru lahir

Sayang bila vernix itu hilang cepat. Dahlah nak bau anak kena bersalin dulu. Takkanlah ibu nak beranak setiap tahu pula kan?

Jadi apakah itu vernix caseosa? sebutannya ialah (si-ko-sa).

Ia adalah lapisan pelindung pada kulit bayi yang kelihatan seperti keju berwarna putih. Salutan ini akan ada lebih tebal pada bayi pramatang berbanding bayi yang lahir cukup bulan.

Bagi mereka yang kekurangan ilmu akan memandangnya jijik dan mengatakan ia adalah air manis si ayah yang melekat pada badan anak. Ini adalah pemahaman yang paling salah dalam masyarakat kita.

Untuk memahami peranan vernix ini, hadamkan bagaimana cara kulit kita bertindak balas terhadap pendedahan air yang lama dan banyak. Bayangkan selepas anda berenang lama, kulit mesti akan ‘berkedut’ kan?

Ini sama seperti bayi, bayi berenang dalam air ketuban selama sembilan bulan. Dan apa yang melindungi kulit bayi daripada tercedera? Salutan vernix inilah.

Tanpa vernix, kulit bayi akan pecah atau berkedut di dalam rahim. Vernix caseosa turut berperanan memberikan kelembapan kepada kulit bayi anda selepas lahir.

Manfaat lapisan vernix terhadap bayi

sebab bayi baru lahir wangi

#1. Mempunyai sifat antimikrob

Bayi yang baru lahir memiliki sistem imun yang rapuh. Selain dari bantuan penyusuan susu ibu yang mampu meningkatkan sistem imun bayi, vernix caseosa turut berperanan melindungi bayi baru lahir daripada sebarang jangkitan.

Hal ini kerana vernix adalah salutan yang mengandungi antioksidan, serta sifat anti-jangkitan dan anti-radang.

#2. Membantu mengawal suhu badan bayi

Semasa mengandung, badan ibu memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan bayi. Bayi perlukan masa bagi mengawal suhu badannya sendiri selepas dilahirkan.

Dengan melambatkan mandian pertama bayi anda selepas kelahiran, salutan vernix caseosa pada kulit bayi yang dibiar sebelum dicuci berupaya menstabilkan suhu badan mereka secara semula jadi.

#3. Membantu melembapkan kulit bayi

Vernix caseosa turut bertindak sebagai pelembap kepada kulit bayi daripada masalah kekeringan dan rekahan.

Melambatkan mandian pertama bayi baru lahir

Sekarang anda sudah tahu ada banyak manfaat vernix pada bayi selepas kelahiran. Ia bersebab. Ramai ibu negara barat tidak memandikan bayi mereka selepas beberapa hari atau sehingga seminggu selepas kelahiran.

Tapi bagi kita yang orang Asia, sudah memadai melambatkan mandian pertama bayi selepas tempoh 24 jam kelahiran bagi memperoleh manfaat vernix tersebut.

bayi baru lahir wangi

Beritahu doktor dan jururawat bahawa anda tidak mahu mereka memandikan bayi secepat mungkin dan jangan bersihkan salutan vernix pada badan bayi anda.

Cukuplah sekadar lap sahaja badan bayi dengan kain lembut bayi menghilangkan kesan darah dan cecair amniotik daripada bayi.

Ketika waktu ‘room in’ bersama bayi selepas lahir, urut lembut salutan vernix itu agar ia diserap dalam kulit bayi anda. Losyen percuma tu!

Justeru sudah jelas bukan bahawa bayi baru lahir sebenarnya tidak memerlukan sebarang sabun mandi ataupun syampu. Cukuplah ibu memandikan mereka menggunakan air suam kosong sahaja.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Sayanglah jika bau bayi ini cepat hilang, paling best tu boleh buat kita berasa lebih tenang dan bahagia!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bau Bayi Baru Lahir Boleh Buat Ibu Lebih Gembira Dan Ketagih Macam Dadah

Baca juga: Bau Ibu Adalah Paling Harum Buat Bayi, Patutlah Si Manja Boleh Berhenti Menangis

Baca juga: Mulut Berbau, Mengadu Pening Kepala Antara Tanda Anak Kurang Minum Air Putih!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bau Bayi Wangi Kerana Adanya Lapisan Vernix, Ibu Tidak Perlu Mandikannya Guna Sabun
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham