X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?

4 min bacaan
Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?

Setiap ibu bapa pasti akan merasakan kerisauan apabila bayi mereka menunjukkan walaupun sedikit pun perubahan. Tetapi, perlukah ibu bapa terlalu risau apabila najis bayi menunjukkan perbezaan?

Semua ibu dan ayah yang menimang cahaya mata pasti akan meneliti setiap perubahan yang ditunjukkan oleh si manja mereka. Lagi-lagi dari perbezaan najis bayi. Jadi, apabila najis bayi kini keras dan berbau lebih busuk dari sebelum ini, adakah itu petanda untuk ibu dan ayah untuk risau?

Sebelum itu, hendak kami ingatkan bahawa ibu dan ayah tidaklah perlu terlalu risau dengan setiap perubahan yang ditunjukkan oleh bayi kerana kebanyakan kesnya ialah si manja hanya sedang mengalami proses pembesaran.

Adakah Normal Najis Bayi Jadi Keras Selepas Mula Makan Pejal?

najis bayi keras

Sekiranya najis bayi anda mula mengeras dan berbau lebih busuk, maka percayalah bahawa ianya normal! Tambahan pula jika anda sudah mula menyuapkan makanan pepejal pada si manja. Ya, ia bukan bermakna anak anda sedang sembelit atau mempunyai masalah dalaman yang anda tidak ketahui.

Ia hanyalah proses tumbesaran si manja!

Dengan itu, mari kita ketahui lebih lanjut tentang najis bayi anda: warna, tekstur, bauan serta jumlah yang normal untuk si manja anda keluarkan!

#1. Warna najis bayi

Beberapa hari selepas kelahiran bayi, najis mereka memang akan berwarna hitam tetapi mereka akan mula bertukar menjadi kekuningan atau keperang-perangan dengan pertambahan usia bayi. Sekiranya najis bayi berwarna hijau atau perang gelap, ia masih normal! Hanya ada tiga warna najis bayi yang menandakan si manja anda mengalami masalah yang perlu anda periksa segera: merah, putih dan hitam.

#2. Tekstur najis bayi

Ketika si manja masih menyusu badan, najis si manja mungkin lebih lembut berbanding bayi yang diberi susu formula yang akan mempunyai najis yang lebih pepejal, seakan-akan mentega kacang. 

Jika si manja anda mengeluarkan najis yang terlalu berair, ia adalah tanda bayi anda tidak mendapat nutrien yang secukupnya. Ia juga boleh membawa tanda masalah yang lebih mendalam seperti jangkitan pada usus bayi atau alahan pada protein susu. Sekiranya ia membawa kerisauan, anda boleh berhubung dengan doktor anda.

Manakala, najis yang terlalu keras bagi seorang bayi adalah tanda bahawa bayi anda sedang mengalami sembelit. Tetapi, kesemua masalah ini boleh dirawat dengan mudah dan bukanlah bermaksud anda perlu terlalu risau.

#3. Bau najis bayi

najis bayi keras

Ha, ini persoalannya! Mengapa najis bayi makin lama makin membusuk? Sedangkan pemakanan mereka terkawal. Pada awal kehidupan si manja, memang najis mereka tidak akan berbau tetapi semakin usia mereka bertambah, bakteria juga akan mula berada di usus mereka lalu menjadi penyebab najis bayi semakin berbau. Ya, ini adalah normal!

Jika najis bayi anda terlalu busuk, ia mungkin bermakna sistem dalaman bayi anda tidak menyerap nutrien secukupnya. Tetapi, jika si manja tidak menunjukkan tanda-tanda mereka dalam kesakitan dan warna serta tekstur najis bayi anda kelihatan normal, maka si manja anda masih dalam keadaan baik.

#4. Kekerapan si manja perlu membuang air

Beberapa bulan pertama kehidupan bayi, anda perlulah menukar lampin si manja sebanyak 10 kali satu hari dan beransur kepada dua ke empat kali sehari ketika usia mereka mula menjangkau 4 bulan ke atas. 

Tetapi, dengan kekerapan pembuangan si manja, ia bergantung kepada bayi itu sendiri. Segelintir bayi akan memproses najis yang terlalu sedikit sehingga mereka hanya perlu dibersihkan seminggu sekali, manakala ada sesetengah bayi yang memerlukan penukaran lampin sejurus sahaja selepas makan atau minum.

Seperti yang telah dikongsikan di atas tadi, sekiranya si manja anda mempunyai najis yang terlalu keras bagi seorang bayi, ia mungkin petanda anak anda mengalami masalah sembelit. 

Cara Melegakan Perut Bayi

najis bayi keras

Jadi, ini beberapa contoh makanan yang anda boleh berikan kepada si manja untuk melegakan masalah mereka!

  • Serat

Makanan yang kaya dengan kandungan serat pasti akan dapat membantu si manja anda membuang air dengan lebih mudah. Contohnya, bijirin, pasta penuh serat serta nasi perang.

  • Buah-buahan

Seperti yang kita ketahui, buah-buahan memang bagus dalam membantu menyelesaikan masalah sembelit walaupun bagi orang dewasa! Antara buah-buahan yang bagus untuk melegakan masalah ini ialah tembikai dan betik, oleh sebab kandungan air yang tinggi dalam kedua-dua buah ini.

Selain itu, buah pir, plum, persik (peaches) dan prun atau dikenali sebagai “Kumpulan Buah P” juga terkenal untuk melegakan sembelit si manja anda.

  • Sayur-sayuran

Selain buah-buahan, sayur-sayuran seperti brokoli, kekacang dan pucuk Brussels juga boleh membantu anak anda membuang air dengan lebih mudah.

  • Air

Kadang-kala, ia bukan berpunca dari pemakanan si manja yang tidak lengkap (atau lengkap!). Tetapi, ia mungkin berpunca kerana si manja anda kekurangan air di dalam badan. Galakkan si manja anda untuk minum lebih air putih, tetapi beringatlah bahawa bayi hanya boleh minum dan makan selepas mereka menjangkau usia 6 bulan ke atas.

Kami berharap perkongsian kami pada kali ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa di luar sana untuk tidak terlalu pening kepala. Happy parenting, semua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?
Kongsikan:
  • Panduan Lengkap Najis Bayi Dari Warna, Tekstur, Bau & Kekerapan Buang Air Besar

    Panduan Lengkap Najis Bayi Dari Warna, Tekstur, Bau & Kekerapan Buang Air Besar

  • Jenis Najis Bayi: Kenali Warna Normal Mengikut Usia, Ia Penting Kesan Sebarang Komplikasi

    Jenis Najis Bayi: Kenali Warna Normal Mengikut Usia, Ia Penting Kesan Sebarang Komplikasi

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Panduan Lengkap Najis Bayi Dari Warna, Tekstur, Bau & Kekerapan Buang Air Besar

    Panduan Lengkap Najis Bayi Dari Warna, Tekstur, Bau & Kekerapan Buang Air Besar

  • Jenis Najis Bayi: Kenali Warna Normal Mengikut Usia, Ia Penting Kesan Sebarang Komplikasi

    Jenis Najis Bayi: Kenali Warna Normal Mengikut Usia, Ia Penting Kesan Sebarang Komplikasi

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.