X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jenis Najis Bayi: Kenali Setiap Jenis & Warna Yang Normal Mengikut Usia Bayi

5 min bacaan
Jenis Najis Bayi: Kenali Setiap Jenis & Warna Yang Normal Mengikut Usia BayiJenis Najis Bayi: Kenali Setiap Jenis & Warna Yang Normal Mengikut Usia Bayi

Jika anda perasan najis bayi anda berwarna lain pada setiap masa, jangan risau dulu! Mari ketahui jenis warna najis bayi dan maksudnya.

Bila adanya si manja dalam kehidupan, pasti para ibu bapa akan meneliti setiap gerak geri dan perubahan yang si manja tunjukkan terutamanya warna najis bayi. Jadi, kami kongsikan kepada anda jenis warna najis bayi dan maksudnya!

Apabila kita sudah menjadi sepasang ibu bapa, pasti kita akan meneliti setiap gerak geri dan perubahan yang si manja kita tunjukkan lagi-lagi jika ia melibatkan kesihatan. 

Cara paling senang bagi ibu dan ayah untuk mengetahui kesihatan anak adalah melalui warna najisnya. Bunyinya agak menggelikan tetapi itulah realitinya! Jika anda perasan akan perubahan di dalam warna najis si manja anda tetapi tidak mengetahui mengapa najis mereka berwarna sebegitu, nah, di sini kami kongsikan kepada anda supaya anda tidak terlalu risau!

Mengapa Najis Bayi Saya Berwarna Oren?

Secara jujurnya, najis bayi yang berwarna oren jarang berlaku. Tetapi, ia bukan bermakna bahawa najis si manja anda tidak normal. Bahkan ia agak normal, cuma jarang dapat dilihat!

Warna najis bayi bergantung kepada proses penghadaman anak anda termasuklah bakteria-bakteria yang bertanggungjawab memudahkan proses pencernaan si manja. Pemakanan yang bayi ambil, tidak kiralah makanan atau minuman juga memainkan peranan dalam mengubah warna najis cahaya mata anda, sepertimana vitamin, suplemen-suplemen dan ubat-ubatan.

Jika si manja anda mempunyai najis yang berwarna oren, ini mungkin disebabkan si manja anda sering memakan makanan yang mempunyai rona warna tersebut seperti lobak atau buah limau. Jika najis bayi berwarna oren tanpa simptom yang terang-terangan, anda tidak perlulah terlalu risau. Tetapi, jika ia diikuti oleh simptom yang jelas kelihatan, cepat-cepatlah hubungi pakar kanak-kanak anda.

Jadi, mari kita ketahui jenis warna najis bayi dan mengapa ia berwarna sebegitu!

Jenis Najis Bayi dan Sebab-sebabnya

  • Cair & Berwarna Hitam

warna najis bayi, najis bayi

Jika bayi najis anda berwarna hitam selepas beberapa hari dilahirkan, ini adalah normal! Bayi yang sedang menyusu badan dan botol akan mempunyai najis berwarna hitam. Tetapi, jika si manja anda masih mempunyai najis berwarna hitam beberapa bulan setelah dilahirkan, anda perlulah berjumpa dengan pakar kanak-kanak anda dan bincangkan mengapa.

  • Cair & Warna Kuning sawi

Bayi yang menjangkau usia seminggu dan menyusu badan akan mula mengeluarkan najis berwarna kuning sawi yang lembut setiap 24 jam. Tetapi, kebanyakan bayi akan membuang air sejurus selepas meminum susu, tetapi jika anak anda bukan begitu, janganlah risau! Semakin mereka membesar, semakin normal kitaran pembuangan mereka.

  • Kuning sawi (lebih gelap, dan berbau lebih kuat)

warna najis bayi, najis bayi

Jika bayi anda mempunyai warna najis kuning sawi yang lebih gelap dan berbau lebih kuat, ini mungkin kerana anda menyusukan si manja menggunakan hanya susu formula. Najis mereka tentu lebih pekat, dan akan nampak kehijauan atau kekuningan sekali-sekala. Ketekalan najis tersebut akan berupa seperti mentega kacang.

  • Perang kehijauan

warna najis bayi, najis bayi

Adakah anda sudah mula memperkenalkan makanan pepejal kepada si manja anda? Jika ya, jadi tidak syak lagi mengapa najis si manja berwarna seakan-akan perang kehijauan. Tambahan juga, semakin banyak anda menyuap si manja makanan pepejal yang berbagai warna, semakin kerap anda akan perasan najis bayi berwarna seakan-akan makanan yang disuap.

  • Perang, lebih keras

Pada ketika najis si manja kelihatan seperti warna di atas dengan ketekalan yang lebih keras ala-ala tanah liat Play-Doh, ini mungkin bermakna anak anda hanya telah mencecah usia pra-sekolah iaitu 3 atau 4 tahun! Jadi, anda tidak perlu terlalu risau jika najis si manja terlalu gelap. Sebaliknya, anda lebih perlu risau kepada deria bau anda.

  • Hijau pekat

Anda mungkin akan berasa lebih risau apabila melihat najis si manja berwarna hijau seterang ini, tetapi ia bukanlah tanda-tanda bahawa anda patut terlalu gementar. Jika najis bayi berwarna hijau seperti gambar di atas, cuba anda periksa bahan kandungan susu formula yang anda berikan pada si manja. Adakah ia mengandungi zat besi? Jika ya, nah, itulah puncanya! Kandungan zat besi dalam susu si manja akan menyebabkan najis mereka berwarna hijau sebegini dan ia tidak memberi apa-apa kesan kepada kesihatan bayi anda, tetapi mungkin memberi kesan kepada selera makan anda…

  • Putih

Sekiranya si manja mengeluarkan najis berwarna putih atau seakan-akan warna putih, ini masanya untuk anda mula risau kerana ia tentulah tidak normal. Tetapi, jangan panik! Pertama sekali, anda perlu segera membuat temu janji dengan pakar kanak-kanak yang anda percayai dan mendapatkan nasihat mereka. Tetapi secara amnya, bayi yang mengeluarkan najis berwarna putih pemakanan mereka mungkin disekat atau mereka mempunyai masalah pada hati (liver) mereka.

  • Kelabu

warna najis bayi, najis bayi

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Sepertimana najis berwarna putih, najis si kecil yang berwarna kelabu juga menandakan si manja anda mempunyai masalah yang lebih mendalam dan sepatutnya mendapatkan perhatian dari pakar kanak-kanak yang lebih mengetahui punca warna najis bayi anda yang tidak normal. Sama seperti najis berwarna putih, ia mungkin berpunca oleh sebab pemakanan bayi disekat atau mereka mempunyai masalah dalaman iaitu masalah dengan penghadaman. Tetapi, anda seeloknya menghubungi mereka yang lebih arif tentang perkara ini.

Jika difikirkan balik, agak menarik juga bahawa kita dapat mengetahui kondisi si manja hanya melalui warna najis mereka. Ya, kami tidak nafikan bahawa ia mungkin menggelikan, tetapi ia perkara yang normal bagi ibu bapa untuk meneliti najis si manja untuk memastikan kesihatan cahaya mata mereka. You do you, parents!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Flo, Healthline Parenthood 

Baca Juga: Warna Najis Bayi Kuning Cair Adakah Normal?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Jenis Najis Bayi: Kenali Setiap Jenis & Warna Yang Normal Mengikut Usia Bayi
Kongsikan:
  • Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!

    Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!

  • Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

    Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

  • Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

    Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!

    Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!

  • Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

    Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

  • Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

    Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.