X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit

4 min bacaan
Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit

Bayi sembelit adalah normal sekiranya anda menukar susu mereka dan baru perkenalkan makanan pejal, namun anda perlu tahu cara mengatasi bayi sembelit.

Masalah bayi sembelit memang biasa berlaku untuk bayi yang sudah diperkenalkan dengan susu formula atau makanan pejal. Walau bagaimanapun anda sebagai ibu bapa perlu tahu cara mengatasi bayi sembelit

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan, kerana susu badan selalunya cukup mudah untuk diproses oleh usus bayi yang masih kecil. 

Bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan akan berkurangan selepas beberapa minggu. Walaupun tekstur najis mereka lembut atau cair, bayi tetap perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda boleh perasan dahi bayi akan berkerut dan berbunyi meneran apabila mereka sedang membuang air besar.

Bagi bayi yang diberikan susu formula pula, mereka akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Simptom bayi sembelit

cara mengatasi bayi sembelit

Sama seperti orang dewasa, bayi juga akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar.

Advertisement

Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula.

Sesetengah bayi akan mengeluarkan bunyi meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Sekiranya bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Baca juga: 7 Cara Mengatasi Sembelit Bayi

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:

  • Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
  • Abdomen yang keras.
  • Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
  • Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Kenapakah sembelit berlaku?

cara mengatasi bayi sembelit

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawa bayi untuk pemeriksaan. Doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi apa-apa penyakit selain sembelit.

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan lanjut, dan diberikan ubat yang sepatunya. Kebanyakan masalah bayi sembelit, boleh dirawat di rumah dan tidak memerlukan pemerhatian di hospital.

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

Cara mengatasi bayi sembelit

Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

cara mengatasi bayi sembelit

Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutama sekali apabila mereka sudah mula diberikan makanan pejal. Ini kerana usus mereka baru belajar bagaimana memproses makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap. Cuma pastikan pengambilan makanan bayi anda adalah penuh serat. Berikan bayi makanan yang memudahkan pencernaa. Jangan lupa sayuran hijau dan buah-buahan berserat tinggi!

Untuk mengetahui apa makanan bayi yang mudah dicerna dan tinggi serat anda boleh baca artikel kami disini makanan untuk bayi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Baby Center

Stories Rakan Kongsi
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit
Kongsikan:
  • Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
    Stories Rakan Kongsi

    Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

  • Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
    Stories Rakan Kongsi

    Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham