X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai

6 min bacaan
Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai

Permohonan cerai boleh dilakukan di Mahkamah Syariah. Namun prosesnya boleh menjadi sukar bila suami enggan berpisah secara baik

Permohonan cerai adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal. Ini kerana suami isteri yang berpisah akan memberi kesan buruk bukan saja kepada diri sendiri, tetapi  anak-anak serta keluarga terdekat.

Secara lazimnya pasangan suami yang tidak sehaluan akan melafaz talak atau mentalakkan isterinya. Namun disebabkan faktor tertentu, ramai isteri zaman kini perlu pertahankan haknya sehingga perlu turun naik mahkamah untuk proses permohonan cerai.

Kenapa suami enggan lepaskan isteri yang buat permohonan cerai?

suami enggan lafaz cerai talak

Melalui ujian rumah tangga di akhir zaman ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sejak kebelakangan ini banyak kes melibatkan artis dianiayai oleh suami hanya kerana kehadiran orang ketiga.

Paling menyedihkan sudahlah ada perempuan lain, isteri dan anak-anak sendiri dibiarkan gantung tidak bertali. Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa suami enggan lafaz cerai dan tidak mahu berpisah dengan isteri.

Menurut penasihat kehidupan dan perceraian, Dr Karen Finn, ramai suami memilih untuk mengekalkan perkahwinan meskipun mereka tidak setia dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

Apa yang saya dapati ialah terdapat tiga sebab utama lelaki yang sudah berkahwin mengatakan mereka ingin mengekalkan hubungan suami isteri meskipun dalam masa sama ada perempuan lain:

#1. Keinginan yang lebih lagi

Sesetengah lelaki yang tidak setia masih menyayangi isteri mereka tetapi memerlukan sesuatu yang lebih.

Sesuatu yang lebih mereka dambakan mungkin keseronokan, sokongan, seks atau apa-apa keperluan lain yang mereka percaya isteri mereka tidak mampu menyediakannya.

#2. Rasa bimbang terhadap kewangan

Bagi kebanyakan lelaki, bahagian terpenting dalam perkahwinan mereka adalah menjaga keluarga. Dan sebahagian besar menjaga keluarga adalah berkaitan dengan kewangan.

Ramai lelaki mempunyai sikap yang mendorong mereka bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang terbaik kepada keluarga. Jika permohonan cerai dari isteri diterima, ia boleh menyukarkan kehidupan mereka. 

Setiap proses bercerai bukanlah percuma. Anda dikehendaki membuat bayaran. Jika kes agak sukar, maka lebih banyak waktu dan proses terlibat.

#3. Fikirkan masa depan anak-anak

Ramai lelaki tahu bahawa perpisahan yang berlaku boleh membuatkan mereka terpisah dengan anak-anak. bermakna kurang masa bersama anak-anak.

Biasanya, isteri mendapat hak penjagaan utama untuk anak yang masih kecil. Meskipun ada perjanjian jagaan, ini tidak bermakna mereka dapat berjumpanya setiap hari. 

Mereka juga mungkin bimbang bahawa perceraian akan menimbulkan kebencian antara anda berdua, yang mungkin menyebabkan anak-anak kurang kasih sayang.

#4. Suami rasa malu

Bagi kebanyakan orang, perceraian adalah sesuatu yang tidak OK. Pasangan membuat ikrar antara satu sama lain pada hari perkahwinan mereka untuk mencintai dan menghargai satu sama lain selama-lamanya.

Bila berpisah, ia bermakna anda melanggar ikrar itu, memalukan suami.

Perpisahan adalah melibatkan emosi ramai orang. Lelaki mungkin merasakan lebih baik untuk mengekalkan perkahwinan daripada menamatkan segala kebahagiaan yang pernah ada.

Keadaan ini turut mendorong ramai suami bersikap pentingkan diri sendiri. Walaupun mereka sudah berubah hati kepada wanita lain, sesetengah suami lepaskan isteri kerana ingin memastikan tiada lelaki lain memilikinya.

Sesetengah lelaki mungkin berasa hebat dan bangga apabila dapat mengatakan ‘Ini isteri saya’ dan pada masa yang sama didampingi seorang wanita muda yang lebih cantik.

#5. Lelaki takut menyakiti isteri mereka

Setiap lelaki yang saya temui yang termasuk dalam kategori ini menyedari bahawa jika isteri mengetahui perselingkuhan mereka, dia akan sangat terluka.

Oleh itu, mereka enggan mengakui hubungan sulit kerana percaya ia akan menyebabkan isteri kecewa dan lebih sakit.

Langkah yang boleh isteri buat jika suami enggan lafaz talak

permohonan cerai di mahkamah

Ramai yang beranggapan bahawa talak adalah hak suami dan hanya dia sahaja boleh melafazkannya.

Hakikatnya tidak begitu, lafaz talak oleh suami hanyalah salah satu daripada cara bercerai. Ada beberapa cara isteri boleh berpisah, walaupun enggan melafazkannya.

Jika suami tidak mahu melafazkan talak dan si isteri nekad tidak mahu hidup sebagai suami isteri lagi, maka wanita berkenaan bolehlah melakukan dua perkara berikut:

#1. Menuntut fasakh

Penceraian fasakh atau (pembubaran perkahwinan) di Mahkamah Syariah. Menurut Jabatan Bantuan Guaman, seorang isteri boleh membuat permohonan cerai fasakh kepada Mahkamah atas alasan seperti yang berikut, bergantung pada negeri tempat tinggal:

  •  Suami telah menghilangkan diri tanpa diketahui di mana berada selama tempoh lebih daripada setahun;
  • Suami cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri dan anak-anak selama 3 bulan
  • Suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
  • Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
  • Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.
  • Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.
  • Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur 16 tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu.
  • Suami menganiayanya iaitu seperti berikut:

a) Menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan menganiaya

b) Berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak

c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah

d) Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu

Stories Rakan Kongsi
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!

e) Menghalang isteri daripada menunaikan kewajipan atau amalan agama

f) Jika mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syarak

g) Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.

Isteri minta cerai melalui fasakh tidak boleh kembali atau rujuk kepada suaminya melainkan jika didahului dengan akad nikah yang baru.

#2. Memohon pensabitan cerai taklik

sebab mengapa suami enggan lafaz cerai

Selain itu, isteri juga boleh melakukan permohonan cerai taklik. Bagi prosedur ini, anda perlulah mengemukakan bukti bahawa suaminya telah melanggar salah satu atau lebih dari syarat taklik cerai.

(a)Maksud cerai taklik ialah lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah

B) Pada lazimnya taklik menyebut antara lain sekiranya suami meninggalkan isteri lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya.

(c) Sekiranya suami memukul atau mendera atau mendatangkan mudarat kepada isterinya isteri yang ditinggalkan atau dicederakan seperti di atas boleh mengadu kepada Mahkamah Syariah di kawasan tempat tinggalnya.

(d) Sekiranya pengaduan itu sabit dan disahkan oleh mahkamah, maka terjadilah perceraian secara taklik.

(e)Isteri yang bercerai melalui taklik tidak boleh kembali atau rujuk kepada pernikahannya yang dahulu melainkan dengan suatu akad nikah yang baru.

Dr Karen Fin, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dicerai Ketika Hamil, Wanita Cekal Ini Pernah Bungkus Anak Dalam Plastik Redah Hujan

Baca juga: Sudah Tawar Hati & Ingin Berpisah, Lelaki Ini Kongsi Cara Cerai Paling Cepat/ Fast Track

Baca juga: Suami Abaikan Perasaan Isteri Secara Sengaja, Boleh Sempitkan Rezeki & Sukar Untuk Berjaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai
Kongsikan:
  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus

    Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus

  • 9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

    9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus

    Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus

  • 9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

    9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.