TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Tidak Boleh Berenggang Tanda Anak Yang Sihat, Pakar Kongsi Cara Atasinya

5 min bacaan
Anak Tidak Boleh Berenggang Tanda Anak Yang Sihat, Pakar Kongsi Cara Atasinya

Anak suka menangis dan tidak boleh berenggang membuatkan ramai ibu berasa penat serta tertekan. Justeru, ada beberapa cara mengatasinya

Dilema anak suka menangis sering kali menguji kesabaran ibu ayah. Tetapi seorang anak yang mula rasa takut untuk berpisah boleh menjurus kepada risiko yang berpanjangan jika tidak dibendung.  Perkongsian ini diceritakan oleh seorang Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah.
 
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
  • Anak suka menangis dan tidak boleh berpisah dengan ibu ayah
  • Anak selalu menangis perlu dibiasakan untuk berpisah
  • Bagaimana membantu anak selalu menangis dengan rasa selamat
  • Perbualan dengan anak 1 tahun ke atas
  • Perbualan dengan anak 4-12 bulan

Anak suka menangis dan tidak boleh berpisah dengan ibu ayah

anak selalu menangis

Masalah anak suka menangis memerlukan perhatian yang menyeluruh. Makna faham adalah perbuatan yang mungkin dianggap mudah tetapi sebenarnya amat sukar dipraktikkan oleh ibu bapa. 

Tindakan takut berpisah atau berjauhan jelas menunjukkan yang anak dalam keadaan yang sihat. Hal ini kerana, mereka sudah kenal akan bentuk-bentuk emosi mudah seperti “sayang”, “rindu”, “marah”, dan “sedih terhadap hubungan dengan ibu ayah.

Justeru tugas kita sebagai ibu ayah untuk peka mengenal pasti punca keadaan ini berlaku. Biasanya anak yang mula bertindak sedemikian kerana dalam peringkat umur yang masih mentah seperti itu mereka tidak faham banyak perkara tentang dunia. 

“Bila ibu nak balik keje?”

“Taman permainan tu bahaya ke?”

“2 minit tu berapa lama?”

Soalan-soalan seperti ini sering kali berlegar-legar di minda anak anda yang masih kerdil. Meraka  pasti mengejar-gejar kita untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan yang timbul.  

Mudah sahaja, cubalah menjadi ibu bapa yang meletakkan kedudukan anda pada “kasut mereka”. Lama-kelamaan, kita akan mudah untuk memahami apa yang bersarang dalam hati anak. 

Anak selalu menangis perlu diajar untuk berpisah

anak menangis tidak boleh berenggang

Memastikan anak sentiasa berasa dalam keadaan dilindungi dan selamat adalah tugas utama ibu bapa. Ini kerana dalam usia yang kecil, individu yang paling mereka percaya dan menjadi tempat berlindung adalah kita. 

Namun begitu tugas melindungi biarlah seimbang dengan amalan berdikari yang boleh dipupuk kepada anak-anak sejak dinihari. 

Berdepan dengan situasi ini,  adakah anda akan memilih untuk kelam kabut angkat / mengendong mereka atau pun membiarkan sahaja anak menangis dan jika teruk baru bertindak?

Dukung anak harus seimbang dengan mengajar anak untuk berenggang. Dua keadaan ini sebenarnya tanpa kita sedar sangat mempengaruhi perkembangan kognitif, psikomotorik, dan afektif anak anda.

Anak yang diajar untuk berenggang, akan bersikap lebih yakin untuk meneroka, berimaginasi, kreatif, dan bersosial dengan ramai orang. 

Bagaimana membantu anak selalu menangis dengan rasa selamat

Beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan untuk membantu anak sentiasa rasa dalam keadaan selamat. Antara cara yang boleh diamalkan adalah seperti:

  • Sentiasa mengingatkan mereka yang ibu bapa ada sebagai pelindung
  • Pasang mindset pada anak yang perasaan takut itu OK
  • Sentiasa ingatkan anak yang mereka selamat
  • Gunakan bahasa yang baik dan tidak menyakitkan hati jika ingin menegur 

Perbualan dengan anak 1 tahun ke atas

anak tidak boleh berpisah

“Papa kena pergi kerja, sayang. Papa tahu adik tak suka papa tinggalkan adik duduk seorang tapi papa kena pergi kerja. Adik cuba pasang lego dengan mama dulu ya. Nanti papa balik, kita main sama-sama.”

Gunakan konsep “action speak louder than words” dalam menangani anak berumur 1 tahun ke atas. Apabila anda lihat mereka mula menangis, tidak perlu batalkan niat anda. Tetapi ciptalah kreativiti tersendiri untuk menenangkan atau memujuk mereka.

Anak menangis kerana mereka mula rasa takut atau cemas dengan situasi yang terjadi. Namun reaksi dan respon ini jugalah yang penting untuk mereka belajar lalui rasa takut. 

Anda sebagai ibu bapa, harap bertenang dan jangan cemas. Takut-takut rasa cemas anda berjangkit pula dengan anak. 

Perbualan dengan anak 4-12 bulan

Anak yang berumur lingkungan 4 hingga 12 bulan cenderung untuk kurang faham banyak perkataan apatah lagi memproses situasi yang amat berbeza bagi mereka seperti masalah dan jawapan.

Gunakan gerakan tubuh, reaksi wajah, serta intonasi suara yang sesuai ketika berbicara dengan mereka kerana mereka pandai menterjemahkannya dengan ayat.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Contoh jika anak menjerit meminta dukung sedangkan anda sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di dapur. Cubalah pandang anak semula dan cakap, “It’s okay, mama ada dekat sini sayang.” Ciuman atau pelukan juga boleh meransang emosi anak-anak anda untuk membuatkan mereka rasa sentiasa selamat.

Antara tips skrip perbualan yang boleh anda ikuti seperti:

  • Gunakan ayat yang ringkas dan pendek
  • Lebihkan aksi/intonasi (dramatik) yang sesuai
  • Cuba terangkan anak dengan cara yang kurang efektif terlebih dahulu seperti nyanyian, usapan, atau percakapan ringkas 
  • Sentiasa kreatif menggunakan peluang untuk mengajar mereka tentang konsep hilang dan berpisah

Ibu bapa yang berjaya bukanlah mereka yang mampu memanjakan anak dalam apa jua keadaan. Sebaliknya intipati sebenar  kejayaan seorang ibu bapa adalah yang boleh membantu anak-anak beradaptasi ketika berhadapan dengan semua situasi, konflik, dan dilema.

Facebook ,mypositiveparenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi Menangis Malam Tanda Ada Gangguan Dalam Rumah? Ibu Ini Cara Mengatasinya!

Baca juga:  Anak Selalu Menangis Apabila Dalam Jagaan Ayah, Lelaki Ini Sanggup Tiru ‘Body’ Isteri

Baca juga: Bukan Mudah Menangani Anak Tantrum, Perlukah Ibu Biarkan Saja Anak Mengamuk & Menangis?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Tidak Boleh Berenggang Tanda Anak Yang Sihat, Pakar Kongsi Cara Atasinya
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham