X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bukan Mudah Menangani Anak Tantrum, Perlukah Ibu Biarkan Saja Anak Mengamuk & Menangis?

5 min bacaan
Bukan Mudah Menangani Anak Tantrum, Perlukah Ibu Biarkan Saja Anak Mengamuk & Menangis?

Menurut ibu ini, apabila anak mengamuk, ibu dan ayah perlu pastikan emosi anda terurus terlebih dahulu sebelum menangani anak tantrum ini. Ini caranya...

Apa nak buat ya kalau anak tantrum? Sebelum kita nak marah-marah anak, tengking, cubit anak, apa kata ibu ayah baca tips cara menangani anak tantrum ini dulu.

Bila anak tantrum, pastikan emosi mak ayah terurus terlebih dahulu. Kids, as they get bigger, they have big emotions dan susah anak nak ekspresskan apa yang dia rasa dengan skil komunikasi yang masih terbatas dan dia sendiri belum faham tentang emosi.

Sebelum Menangani Anak Tantrum, Ibu Ayah Perlu Kekal Tenang

menangani anak tantrum

Jadi ibu ayah, you need to remain calm. Lepaskan ketepikan sekejap benda yang kita tengah buat. Contoh tengah memasak, lipat baju, basuh baju atau apa-apa saja. Berhenti sekejap. Cari masa dan ruang untuk kekal tenang.

“Anak tengah mengamuk macam mana nak tenang?!”

Ya kami tahu. Anak tengah mengamuk kan? Tapi cuba sehabis baik untuk utamakan emosi diri sendiri dahulu.

All you need is just 90 seconds.

30 saat pertama: Tarik dan hembus nafas sambil zikir-zikir dalam hati (untuk yang beragama Islam. Yang bukan Islam boleh kekal pujuk diri untuk tidak marahkan anak). Masa ini emosi tengah meningkat naik. Berhenti saja buat apa-apa yang kita tengah buat. Lepaskan apa yang kita tengah pegang. Free your mind and your body.

30 saat kedua: Masa ini emosi memang tengah memuncak. Kalau anda tak buat yang 30 saat pertama, masa 30 saat kedua inilah anda akan lepaskan amarah dengan merosakkan barang, hempas, pukul anak, menjerit, herdik dan macam-macam lagi. Tak nak marah anak kan? So WAJIB BUAT.

Ni sebab limbic sistem (otak) anda gagal untuk beroperasi. Ini fasa paling bahaya.

30 saat terakhir: Tempoh bertenang. Masa ini emosi akan mula menurun. Anda akan mula bertenang kalau sudah buat yang 30 saat pertama tadi dan sudah dapat elakkan kejadian 30 saat kedua. Masa inilah anda akan rasa lebih tenang dan relaks.

Kalau selepas 90 saat anda masih rasa marah dan hendak mengamuk, ini bermakna ibu dan ayah sendiri nak pilih untuk kekal dalam emosi marah itu. And also, ego as an adult.

Selepas 90 saat ini, ibu dan ayah sudah boleh mula handle anak.

Cara Mengatasi Anak Suka Mengamuk Guna 4 Langkah Ini

menangani anak tantrum

Kalau anak mengamuk hentak badan kaki atau berguling-guling, cuba tips menangani anak tantrum ini:

1) Monitor anak asalkan anak berada kat tempat selamat, tak ada benda-benda yang boleh membahayakan anak seperti gunting, besi, atau apa sahaja yang boleh mencederakan anak.

2) Biar anak luahkan apa yang dia rasa. Nak menjerit, nak nangis kuat, biarkan. Itu adalah satu-satunya cara anak nak ekspres emosi dia. Ingat ya, umur macam ini anak tak pandai lagi nak validate feelings and regulate emotion dia.

For anak, menangis adalah cara terbaik untuk dia luahkan perasaan. So, kita as parents kena remain calm untuk tunjuk dan ajar anak yang “stay calm is one way to handle emotion”. Kalau anda marah anak masa dia tengah menangis dan mengamuk, dia akan jadi lebih nak mengamuk dan tempoh tantrum tu akan jadi lebih lama.

Jangan halang anak nangis, jangan marah anak mengamuk hentak kaki guling. Jangan. Biarkan. Cuma monitor. If you cannot stand it, be there tapi jangan tengok. But always be present for your kid. Normal tantrum will end paling sekejap 2-3 minit. Paling lama 10-15 minit. If more than that, it can lead to behaviour problems – if this happens frequently, your kid needs help.

Bukan Mudah Menangani Anak Tantrum, Perlukah Ibu Biarkan Saja Anak Mengamuk & Menangis?

3) Bila tengok anak sudah mula bertenang, mula tunjuk tanda nak berhenti menangis dan mengamuk, inilah peluang untuk ibu dan ayah pujuk anak.

“Kalau adik nak peluk mama, mama ada dekat sini untuk peluk adik.”

“Mama always here. You can come to me if you are ready”

4) Bila anak mula dekat dan sudah mula boleh ketawa dan bermain benda lain, jangan tanya soalan “Why did you cry just now?” “Kenapa adik marah?” “You know kan mama tak suka adik cry” – those sentences bahaya.

So elakkan tanya balik pada anak kenapa dia menangis dan mengamuk. Tapi cuba sehabis baik untuk jelaskan pada anak yang kita faham perasaan dia dan kita faham kenapa dia sedih dan mengamuk.

“Tadi adik menangis marah sebab tak dapat main pisau ye”

Dan pada masa yang sama, jelaskan pada anak kenapa dia tak dapat sesuatu itu.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

“Pisau tajam, bahaya. Mama tak bagi sebab nanti adik luka, sakit. Kalau adik nak guna pisau, boleh guna pisau (cake knife or butter knife) yang mama selalu bagi adik guna tu.”

Tantrum adalah normal. Tantrum adalah sebahagian daripada perkembangan emosi anak.

menangani anak tantrum

Artikel ini ditulis oleh Nur Syifaa Binti Mohd Shahri untuk theAsianparent Malaysia. Dia seorang Guru Pendidikan Awal Pendidikan Khas, Child Development and Play Advocate.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga: Usah Malu Bila Anak Tantrum Depan Orang Ramai, Sudah Lumrah Dia Sedang Membesar!

Baca juga: Perlukah Masukkan Anak Ke Sekolah KAFA? Ibu Ini Cerita Anak Pandai Urus Baligh Ustaz KAFA Ajar

Baca juga: Rak Mainan Terbaik Untuk Elak Rumah Bersepah Dengan Mainan Anak, Baru Hati Ibu Tenang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
img
Penulis

Nur Syifaa Mohd Shahri

Jadi Penyumbang Kami

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah benar
  • /
  • Bukan Mudah Menangani Anak Tantrum, Perlukah Ibu Biarkan Saja Anak Mengamuk & Menangis?
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham