Apabila sudah berkeluarga, pastinya kita akan ada satu masalah yang sama terutamanya apabila mempunyai anak-anak yang masih kecil, rumah bersepah dengan mainan! Ada sesetengah ibu bapa yang menyediakan ruang bermain untuk anak, malahan ada juga yang membiarkan anak bermain di ruang tamu tanpa mempunyai rak mainan yang sepatutnya.
Parents, sudah tiba masanya untuk menguruskan kekacauan mainan anak-anak dan merebut kembali ruang di rumah anda. Kunci untuk memastikan segala sesuatu itu lebih teratur adalah dengan memastikan semuanya mempunyai tempatnya sendiri.
Ajar si manja untuk meletakkan permainannya di satu tempat, contohnya mainan lembut di tempat lain,kereta di tempat lain sebaik-baiknya sedari kecil. Oh ya, sediakan sekotak "mainan rawak" untuk semua perkara kecil yang dikumpulkan selama bertahun-tahun yang tidak sesuai dalam satu kategori.
Bagaimana Memilih Rak Mainan Yang Terbaik Untuk Anak?
Rak simpanan boleh menjadi kaedah terbaik untuk memastikan bilik kanak-kanak, bilik permainan, atau bahkan bilik keluarga, lebih kemas dan bersih. Penting untuk memilih penganjur mainan yang boleh:
- Menahan penggunaan yang berat supaya rak tidak mudah jatuh, yang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak.
- Selamat digunakan oleh kanak-kanak seperti material yang tidak bertoksid, tidak mudah roboh atau mempunyai bucu tajam.
- Mudah untuk mereka mengakses mainan mereka dan menyimpannya semula
- Sesuai dengan hiasan ruangan yang lain
5 Rak Barang @ Rak Mainan Yang Terbaik di Pasaran
Bagi membantu anda, kami senaraikan beberapa rak mainan pilihan kami di theAsianparent.
[product-comparison-table title="5 Rak Mainan Anak Terbaik"]
Clear Plastic Storage Box with Color Stackable Lids
Rak Mainan Anak Terbaik Warna-warni Tahan Lasak
Diperbuat daripada bahan plastik tahan lama dan tebal, storaj mainan ini mempunyai ketahanan dan lasak , malahan dapat ditumpuk dengan stabil di atas satu sama lain. Kotak ini juga jenis lutsinar, membolehkan mainan dilihat dari luar. Kalau nak simpan lego dan blok, ini merupakan pilihan yang baik!
Apa yang kami suka?
- Selak di kedua-dua sisi boleh dilekatkan rapat pada takik penutup
- Elak mainan terkena habuk
- Mudah untuk dipindahkan
- Pilihan warna yang berbeza
- Menjimatkan ruang
2 / 3 / 4 Tier Trolley Kids Toy Storage Rack
Rak Mainan Anak Terbaik Bertingkat
Melihatkan warna dan rekaannya sahaja pasti ramai yang akan sukakan rak permainan ini. Rak yang comel ini didatangkan dalam 2, 3 dan 4 tingkat yang oleh dipilih mengikut kesesuaian kediaman anda. Ia jga mudah dipasang dan dialih kedudukan dengan adanya roda 360 darjah di bahagian bawah rak ini. Oh ya, jangan risau kerana produk ini diperbuat daripada material yang mesra untuk kanak-kanak.
Apa yang kami suka?
- Saiz lebih besar
- Universal Roller (boleh bertukar 360 darjah dengan mudah)
- Mudah dipasang dan sangat padat
- Bahan: PP (bahan bermutu tinggi tidak beracun dan selamat untuk kanak-kanak)
- Sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur, perpustakaan, kawasan permainan kanak-kanak
Children Kids 3/4 Tiers Toys Storage Rack Organizer
Rak Mainan Anak Terbaik Banyak Slot
Rak mainan jenis ini juga kerap menjadi pilihan ibu bapa kerana ia mempunyai banyak slot untuk meletakkan pelbagai mainan. Ibu ayah boleh juga melabel nama jenis mainan anak pada setiap bekas untuk mendidik si manja untuk sentiasa meletakkan barangan di tempat yang berlabel. Rumah pun akan sentiasa terurus dengan adanya rak jenis ini.
Apa yang kami suka?
- Penyusun penyimpanan 3 atau 4 peringkat dilengkapi dengan pelbagai kotak besar dan kecil
- Pastikan mainan anda kemas dan rapi
- Rangka dan kotak plastik berwarna-warni
- Membantu mengembangkan kemahiran organisasi anak-anak sambil melatih mereka menjaga mainan dengan betul
Acrylic Display Case 3-layer With Sliding Door For Lego/ Toys Car Model / Action Figure
Rak Mainan Anak Terbaik Untuk Display
Buat yang mempunyai mainan koleksi kesayangan, mungkin lebih tertarik untuk mendapatkan bekas simpanan seperti ini. Sesuai untuk menyimpan mainan yang disukai atau dijadikan koleksi dan jarang dikeluarkan seperti mainan kereta, figura aksi dan permainan lego. Ia juga akan menjadi perhiasan yang cantik di kediaman anda!
Apa yang kami suka?
- Dengan pintu boleh gelongoar
- Diperbuat daripada bahan akrilik, jelas dan ringan
- Reka bentuk ringkas
- Sesuai untuk paparan koleksi
- Menjadikan mainan sentiasa kemas dan bersih
Portable Kids Toy Storage Bag
Rak Mainan Anak Terbaik Mudah Alih
Beg simpanan ini menawarkan banyak ruang, tokoh aksi & mainan lain seperti Barbie, teka-teki, dan banyak lagi! Play Mat boleh berubah menjadi beg mudah alih dengan adanya tali bahu, hanya kumpulkan mainan, ikat dan simpan! Pasti tidak ada kekacauan dan semua mainan akan disimpan dengan kemas dan pantas, siap untuk sesi permainan seterusnya
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada bahan kain Parachute
- Storan pintar dan tanpa gangguan.
- Kabel nilon dan kunci tali yang tahan lama menyediakan sistem pembukaan dan penutupan yang mudah.
- Poket mesh yang dijahit
- Sangat sesuai untuk menjaga mainan di rumah
- Juga bagus ketika digunakan untuk membawa mainan dan permainan ke rumah rakan agar mainan tidak hilang
- Sesuai digunakan di tempat berkelah di luar rumah, perkhemahan, pantai dan banyak lagi.
- Mudah dibersihkan
Perbandingan Harga
Rak Mainan |
Harga (RM) |
Clear Plastic Storage Box with Color Stackable Lids
|
24.00 |
2 / 3 / 4 Tier Trolley Kids Toy Storage Rack
|
49.90 - 59.90 |
Children Kids 3/4 Tiers Toys Storage Rack Organizer
|
109.90 - 135.90 |
Acrylic Display Case 3-layer With Sliding Door For Lego/ Toys Car Model / Action Figure
|
165.00 |
Portable Kids Toy Storage Bag
|
18.99 |
Tips Mengajar Anak Untuk Mengemas Mainan Mereka Ke Dalam Rak Mainan Selepas Bermain
[caption id="attachment_466555" align="aligncenter" width="670"] Kredit gambar: Moms.com[/caption]
Jika ibu ayah tidak dapat menahan akan rasa sakit apabila terpijak satu atau lebih dari sebiji Lego, cuba kaedah ini untuk menggalakkan anak anda supaya mengemas mainan mereka sesudah selesai bermain.
1. Cipta satu tempat untuk segalanya
Walaupun nampaknya lebih mudah bagi kanak-kanak untuk menyimpan mainan mereka jika mereka hanya perlu membuang segala-galanya ke dalam tong mainan yang besar, ini biasanya tidak mudah untuk berlaku.
Kanak-kanak mempunyai satu rasa tertib yang kuat - mereka sukakan perkara yang begitu sahaja. Disebabkan ini, ramai kanak-kanak mendapat kepuasan yang mendalam daripada mengembalikan sesuatu ke satu spot yang dikhaskan. Mereka seakan lebih gemar untuk mengemas mainan mereka jika setiap mainan itu mempunyai tempat khas di mana ia patut berada.
Untuk mencuba kaedah ini, anda mungkin perlu meletakkan beberapa mainan mereka pada satu tempat. Luangkan sedikit masa memerhati anak untuk melihat apa yang mereka suka bermain.
Jika terdapat sesuatu yang mereka tidak langsung sentuh dalam masa seminggu, simpan mainan tersebut di dalam kabinet atau almari untuk kegunaan masa kemudian atau dermakannya jika anda rasakan yang mereka sudah cukup besar untuk bermain dengannya.
Kemudian susun mainan selebihnya di atas rak mainan khas jadi setiap item mempunyai spot yang jelas. Pastikan setiap rak tidak serabut. Anak anda mungkin akan mengejutkan anda apabila mula meletakkan mainan mereka dengan sendirinya, kini mereka tahu dengan tepat di mana patut meletakkannya.
2. Model dari usia muda
Dengan bayi dan kanak-kanak muda, cara terbaik untuk menggalakkan mereka untuk mengemas mainan mereka adalah dengan menjadi model. Jangan elak waktu mengemas untuk waktu tidur - jadikannya sebahagian proses untuk anda selesaikannya bersama.
Bayi anda akan melihat anda, dan anak kecil anda selalunya akan mula turut serta. Jika mereka tidak, berikan sedikit masa. Mereka selalunya akan mula untuk membantu jika ia dilihat seakan satu tugas natural untuk selesaikan bersama berbanding jika anda meminta mereka untuk melakukannya dan ia akan menjadi satu struggle yang agak mencabar.
Jika anda mempunyai seorang anak kecil yang lebih besar, ia juga tidak mengapa. Tidak ada terma terlambat untuk menjadi model akan bagaimana untuk mengemas. Anda mungkin melakukan majoriti tugas itu pada awalnya, tetapi anda boleh secara perlahan-lahan berundur dan menggalakkan anak anda untuk menjadi seorang peserta yang lebih aktif dalam mengemas.
3. Jadikan jangkaan jelas
Tentukan jangkaan yang anda punya untuk anak anda berkenaan dengan mengemas dan jadikannya eksplisit. Anda mahukan mereka hanya untuk menggunakan satu mainan pada satu masa dan meletakkannya semula atau anda okay dengan campuran mainan?
Adakah mereka dibenarkan untuk membiarkan satu projek besar, seperti ciptaan Lego dalam proses, semalaman atau segalanya perlu dikemas semula pada penghujung hari?
Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, siapa yang akan mengemas jika mereka bermain patung bersama, tetapi seorang anak lagi meneruskan dengan bermainan mainan lain sementara yang lain kekal bermain?
Peraturan yang anda pilih adalah kurang penting berbanding ketekalan dengan yang mana anda tekankan pada mereka. Pilih beberapa peraturan yang penting pada anda, kongsikan pada anak anda, dan ingatkan mereka selalu sehingga mereka menyerap masuk akan jangkaan baru itu.
4. Arahkan mereka untuk mengemas dengan cara yang positif
Sebalik daripada mengatakan "Jangan makan selagi mainan tidak kemas!" tetapi ujarkan, "Selepas awak mengemas mainan awak, kita boleh makan bersama."
Selalu highlight akan apa yang seterusnya adalah sesuatu insentif yang terbaik untuk kanak-kanak untuk mengemas atau menyimpan semula mainan mereka. Ia membantu transisi mental mereka kepada apa yang akan berlaku seterusnya dan memberikan mereka sesuatu pandangan pada masa akan datang.
5. Tunggu pada satu masa rehat yang semulajadi
Tiada siapa suka diganggu, dan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Sementara ia tidaklah selalunya possible, cuba untuk tunggu sehingga anak anda mencapai satu masa rehat dalam apa yang mereka sedang lakukan untuk meminta mereka mengemasnya.
Biarkan mereka selesai melukis. Biarkan mereka meletakkan beberapa blok terakhir pada menara mereka. Biarkan mereka siap membuat mud pie mereka.
Ia boleh jadi automatik untuk meminta anak anda untuk mengemas apabila kita ingin makan tengah hari atau makan malam atau mungkin tiba masa untuk tidur petang, tetapi cuba untuk anda tanya pada diri sendiri dulu, adakah ia boleh ditunggu selama lima minit?
Masalahnya, selalunya lebih cepat untuk membiarkan mereka menyelesaikan apa yang mereka sedang lakukan daripada mengganggu dan meminta mereka membersihkannya dengan segera.
Jika anda berada pada garis masa yang padat dan anda perlu mengganggunya, bersedia untuk membantu mereka dalam proses mengemas.
Tiada ibu bapa mahu menghabiskan masa tidur siang atau waktu selepas tidur yang berharga untuk mengemas mainan, dan anda tidak perlu melakukannya.
Tidak kira berapa umur anak anda, anda boleh menetapkan jangkaan yang jelas bahawa mereka menyimpan barang mainan mereka. Ia mungkin memerlukan sedikit latihan dan sedikit kesabaran, tetapi ia akan diterima tidak lama lagi jika anda konsisten dan menjadikannya satu kolaboratif. You've got this mama!
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 8 Tip Untuk Mengemas Mainan Anak-Anak Dengan Lebih Efisien
Baca juga: Nak Ajar Anak Cara Bersihkan Rumah? Guna 8 Trik Bijak Mengemas Ini!
Baca juga: Ajar Anak Bersihkan Rumah Dengan Panduan Mengikut Umur Ini