8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

lead image

Bagaimana nak ajar anak bersihkan rumah? Mereka selalunya hanya mengemas kerana ingin kita berhenti menyuruh. Sebab itu anda patut cuba 8 cara bijak ini!

Ajar anak bersihkan rumah

Sebagai ibu bapa, kita rasa penting untuk ada standard kebersihan dan aturan dalam rumah.

Namun bagi kanak-kanak, mereka mahu bilik mereka kelihatan seperti tempat yang seronok untuk bermain. Jadi di sinilah masalahnya.

Ibu bapa akan menjerit suruh anak kemas barang-barangannya, anak-anak akan menangis, dan kitaran ini tetap berulang.

Bukan mudah untuk melibatkan anak-anak dalam membersihkan rumah terutamanya jika mereka hanya mengemas supaya ibu bapa berhenti menyuruh.

Tapi berikut antara 8 cara bijak untuk melibatkan anak anda dengan kerja rumah yang patut anda cuba.

1. Beri tugasan yang sesuai dengan umur

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Ajar anak bersihkan rumah dengan memberi tugasan yang sesuai dengan umur

Anak-anak yang masih kecil lebih suka menerima arahan yang terperinci. Contohnya, pergi simpan mainan dalam bakul dan bukannya, kemas bilik anda.

Juga ingat untuk beri tugasan yang sesuai mengikut umur mereka dan ubah tugasan tersebut apabila mereka semakin besar.

Anak kecil mungkin boleh melakukan tugasan ringkas seperti mengemas buku di rak buku, sementara anak yang lebih besar boleh membuat tugasan lebih mencabar seperti meletakkan baju kotor dalam mesin basuh.

2. Berikan mereka rasa tanggungjawab

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Ajar anak bersihkan rumah dengan beri rasa tanggungjawab

Anak-anak yang lebih kecil suka rasa yang mereka ini sebenarnya membantu anda.

Pastikan anda menerangkan kepada mereka kenapa sesuatu tugasan itu penting dan mengapa anda yakin mereka boleh lakukan tugasan tersebut.

Jika anda mempunyai beberapa orang anak, berikan mereka tugasan yang sama berulang kali supaya semua orang di dalam rumah juga meminta bantuan mereka untuk tugasan itu.

Jangan lupa untuk memuji dan memberi ganjaran jika mereka berjaya melakukan dengan baik!

3. Jadikan ia misi dengan had masa

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Tetapkan had masa. Foto kredit nairametrics

Ambil jam pemasa dan jadikan tugasan tersebut menyeronokkan!

Berikan anak anda had masa yang sesuai untuk menyelesaikan tugasan mereka. Ini akan mendorong mereka untuk segera menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Tip tambahan: pasangkan lagu Mission Impossible untuk menaikkan lagi semangat mereka berlawan dengan masa!

4. Jangan letak harapan terlalu tinggi

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Janganlah samakan mereka dengan pencuci profesional. Mereka hanyalah kanak-kanak

Jika anda sudah terbiasa mempunyai pembantu rumah atau pencuci profesional yang menguruskan rumah anda, jangan anggap anak anda boleh melakukan perkara yang sama.

Mereka hanyalah anak kecil yang selalu melakukan kesilapan dan kesanggupan mereka untuk melakukan tugasan itu sudah cukup membanggakan.

Tetapi, ketahuilah dengan dorongan anda, mereka akan memberikan yang terbaik.

5. Bergerak seiring muzik!

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Membersih dengan muzik lebih menyeronokkan. Foto kredit youtube

Kebanyakkan kanak-kanak sukakan muzik.

Pasangkan lagu kesukaan mereka dan galakkan mereka membuat kerja rumah diirngi lagu yang mereka gemari.

Kerja akan lebih cepat selesai dengan seronok!

6. Ajar kanak-kanak tentang had

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Hadkan mainanan mereka.

Terutamanya di musim perayaan, kanak-kanak terdorong untuk memiliki banyak barang.

Mainan hingga tidak muat almari dan laci. Beritahu anak anda tentang had yang berpatutan untuk memiliki mainan. Contohnya cukup tiga kotak sahaja.

Apabila telah mencapai had, berikan mereka pilihan sama ada memberikan mainan lama kepada orang lain atau tidak membeli mainan baru.

Ini juga akan mengajar anak anda untuk tidak menjadi seorang yang membazir.

7. Berlakon bersama mereka

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Berlakon bersama mereka! Malah terdapat banyak mainan menemas rumah yang boleh mereka guna.

Tiada apa yang lebih menyeronokkan dari bermain berlakon dengan anak anda!

Contohnya menjadi ‘Cinderella’ yang terpaksa mengemas rumah. Pakaikan mereka pakaian seperti karakter itu.

Mereka pasti akan teruja untuk berlakon sambil membantu anda.

8. Guna bantuan visual tentang apa yang anda harapkan

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Foto kredit simply maid

Tidak semua kanak-kanak belajar melalui pendengaran sahaja. Ada yang lebih baik menerima maklumat melalui gambaran.

Tunjukkan kepada mereka bagaimana bersih dan cantik kelihatan. Galakkan mereka untuk mencuba mendapatkan seperti di dalam visual.

Minta mereka gunakan imaginasi mereka semasa membersihkan rumah. Ini juga akan membantu mereka mengemas mengikut kesukaan mereka tanpa paksaan.

Namun jika semua ini tidak berjaya…

Gunakan servis luar untuk membantu memastikan rumah anda bersih dan teratur supaya anda mempunyai lebih masa bersama keluarga melakukan aktiviti lain.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Kemas Rumah Cara KonMari – Kanak-Kanak Pun Boleh Tolong Mengemas!

Jom Bongkar 5 Rahsia Bagaimana Rumah Selalu Nampak Kemas Saja!

Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner